Drama Hindi | Meri Gudiya (Sonia TV3)


Drama : Meri Gudiya
Pengarah : Mohit Jha, N R Pachisia
Penulis Skrip : Anirudh Pathak, Sweta Mishra
Siaran : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Episod : 81
Pelakon : Aalisha Panwar, Jinisha Padhuri, Gaurav S Bajaj, Vineet Raina, Vidisha, Nishigandha Wad, Rahul Singh

Slot Sonia TV3 membawakan sebuah lagi drama hindi terbaru bertajuk Meri Gudiya, drama fantasi romantik yang ditayangkan setiap hari isnin hingga khamis jam 4 petang bermula 2 Mac 2022.

Meri Gudiya mengisahkan Avi yang kehilangan ibunya dalam kemalangan. Demi mengisi kesunyian, Avi menumpang kasih pada sebuah anak patung yang memiliki roh ibunya.

Baca juga : Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Musim 2



Meri Gudiya sebuah kisah yang berlaku kepada keluarga Gujral yang tinggal di Shimla. Raghvendra Gujral (Gaurav S Bajaj) seorang usahawan berjaya yang menguruskan ladang kopi milik keluarga mereka. Gujral berkahwin dengan Madhuri (Aalisha Panwar) dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 tahun bernama Avi (Jinisha Padhuri).

Madhuri sangat menyayangi dan melindungi anaknya. Pada hari jadi Avi, Madhuri telah membuat kejutan dengan menghadiahkan satu anak patung kepada Avi. 

Namun Madhuri khuatir sesuatu tentang Avi dan cuba menghalang sebarang bahaya mendekati anaknya. Namun apakah benar sesuatu bahaya akan mendekati Avi?

Tonton Online : Meri Gudiya (Sonia TV3)

Post a Comment

0 Comments