Saksikan Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di RTM


Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberi kepercayaan menjadi penyiar rasmi untuk temasya sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang bakal berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022 di Beijing, China. Selaras dengann tema sukan untuk semua, RTM menjanjikan siaran terbaik bagi tontonan rakyat Malaysia mengikuti perkembangan atlet Malaysia di Beijing, China.

Liputan siaran langsung akan bermula 4 hingga 20 Februari 2022 dengan menyiarkan upacara perasmian yang bersiaran secara langsung pada 4 Februari ini di saluran TV2, dan saluran Sukan RTM, 111 Myfreeview pada pukul 7.55 malam.

Seterusnya penonton dapat mengikuti Laporan Harian Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang disiarkan tiga sesi setiap hari menerusi saluran Sukan RTM bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, pukul 2.00 hingga 5.00 petang dan sebelah malam pukul 8.00 hingga 10.00 malam. Manakala, rangkuman harian Olimpik Musim Sejuk akan bersiaran pada pukul 8.00 pagi dan 11.00 malam.

Pengulas-pengulas terbaik RTM yang diamanahkan untuk memberi ulasan sepanjang temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing berlangsung ialah Rasdi Jumaat, Syafiq Asyraf dan Dr. Harmi Taazim. Sementara itu pada siaran kali ini turut melibatkan pengacara berpengalaman RTM iaitu Nazrie Fahmi, Jeed Zulkefli, Ninie Ibrahim dan Zackhi Ahmad Suri.


Antara yang paling dinantikan adalah acara Alpine Skiing dimana Malaysia turut menghantar penyertaan dua orang atlet, iaitu Jeffrey Webb, 23, yang akan bertanding dalam kategori slalom lelaki dan Aruwin Idami Salehhuddin, 17, bagi kategori slalom dan giant slalom wanita.

Kali terakhir RTM menyiarkan temasya ini ialah pada tahun 2018, iaitu di Pyeong Chang Korea Selatan.

Siaran langsung liputan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang diterbitkan sepenuhnya oleh pasukan penerbitan Unit Sukan TV RTM ini juga dapat ditonton melalui laman sesawang rtmklik.rtm.gov.my.

TRIVIA
  • Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 adalah penganjuran edisi terakhir daripada 3 Sukan Olimpik yang di adakan berturut turut di Asia Timur.
  • 3 Bandar Terakhir Dalam Pemilihan Tuan Rumah, ALMATY BEIJING OSLO 31 Julai 2015 semasa sesi IOC ke-128 yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Beijing telah diumumkan sebagai Tuan Rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
  • Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 adalah penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk pertama di China dan penganjuran Sukan Olimpik yang ke 3 di negara tersebut.

Sumber: RTM

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak sempat nak tengok opening Sukan Olimpik ni. Good luck untuk team Malaysia.

    ReplyDelete
  2. akhirnya bermula juga sukan olimpik ni. moga ada kejayaan utk negara

    ReplyDelete