Review Drama | The Fame Game (2022)


Title : The Fame Game
Director : Bejoy Nambiar, Karishma Kohli
Screenwriter : Sri Rao
Network : Netflix
Release Date : 25 February 2022
Episodes : 8
Duration : 45 minutes
Cast : Madhuri Dixit, Sanjay Kapoor, Manav Kaul, Rajshri Deshpande, Muskkaan Jaferi, Laksvir Saran, Gagan Arora, Suhasini Mulay


A global superstar, wife, and mom suddenly vanishes without a trace. As police and loved ones search for answers to her disappearance, her perfectly crafted facade is stripped away, revealing hidden truths and painful lies in the life of an iconic actress.


The Fame Game mengisahkan Anamika Anand (Madhuri Dixit), seorang pelakon terkenal Bollywood yang sudah bertahan dalam industri selama 30 tahun. kehidupan Anamika digambarkan sangat sempurna sebagai seorang anak, isteri dan ibu.

Suatu hari, dunia kecoh apabila Anamika hilang dari rumahnya tanpa meninggalkan sebarang jejak. polis juga menghadapi kesukaran untuk menyiasat apabila tiada panggilan daripada penculik malah hasil soal siasat dengan keluarga Anamika juga tidak memberi sebarang input yang berguna seolah menyembunyikan sesuatu.


jalan ceritanya flashback kembali beberapa bulan sebelum kes kehilangan Anamika apabila Anamika dan suaminya, Nikhil (Sanjay Kapoor) mahu menerbitkan filem baru tapi menghadapi kesukaran untuk mencari pasangan yang serasi. lalu Anamika mencadangkan Manish yang pernah bergandingan denganya 20 tahun yang lalu dan pernah best couple dengan Manish.

dari sini satu persatu kepincangan dalam keluarga Anamika mula ditunjukkan. hubungan Anamika dan Nikhil sebenarnya tidak bahagia, pertemuan dengan Manish juga telah menyambung kembali hubungan yang terputus dahulu.

anaknya juga mempunyai masalah tersendiri, Avinash tertekan apabila terpaksa menyembunyikan perasaan kepada kawan lelakinya manakala Amara pula tidak mempunyai keyakinan diri apabila ramai yang membandingkan dirinya dengan ibunya. dalam masa yang sama, muncul peminat fanatik Madhav yang terlalu obsess dengan Anamika.


walaupun drama The Fame Game ni cuma ada 8 episod tapi struggle juga nak habiskan setiap episod sebab banyak sangat drama dan watak dalam cerita ni pula ada isu dalaman dan rahsia tersendiri. macam mak Anamika yang toksik dan pengawal polis yang menyiasat kes tersebut iaitu Shobha terlalu sinis dengan dunia glamor bollywood.

walaupun episod awal-awal agak slow dan banyak drama, bagi aku dua episod last tu sangat menarik, time ni juga baru suka tengok Shobha buat kerja dan terkejut juga bila dia punya teori betul tapi sayang orang atas tak nak dengar pendapat dia.

dari awal aku teka Anamika yang merancang sendiri kes kehilangan dirinya sebab cctv dalam rumah tak berfungsi dan pengawal keselamatan tak perasan orang keluar masuk rumah waktu tersebut. part ini memang betul tapi banyak plot twist yang menarik dalam drama ni dan kat hujung tu memang tak sangka langsung siapa sebenarnya yang kena game.


setiap keluarga ada rahsianya dan setiap individu juga ada rahsia tersendiri. dalam The Fame Game, agak dark juga rahsia yang cuba disembunyikan keluarga Anamika daripada pengetahuan umum.

so overall, jalan cerita The Fame Game agak menarik juga walaupun pacing dia agak slow tapi suka part misteri dalam drama ni sebab tak habis berteka-teka dengan kehilangan Anamika. suka ending dia walaupun agak tergantung.

Post a Comment

2 Comments