Sinopsis Telefilem Ah How Putus Cinta Di Awesome TV


Telefilem : Ah How Putus Cinta
Produksi: Suara Kita Production
Pengarah: Wan Saiful Shahrizan
Penulis Skrip : Wan Saiful Shahrizan
Siaran : Awesome TV
Tayangan : 1 Februari 2022
Masa : Selasa | 8.30 Malam
Pelakon: Idris Khan, Elizabeth Tan, Chew Kim Wah, Bell Ngasri, Melanie Tan, Ucop Cecupak

Telefilem Ah How Putus Cinta ditayangkan semula sempena sambutan Tahun Baru Cina mengisahkan pasangan suami isteri lakonan Elizabeth Tan dan Idris Khan yang membuka restoran halal makanan laut Cina halal. 

masalah terjadi apabila tukang masak mereka, Ah How (Chew Kin Wah) tiba-tiba menghilang diri selepas putus cinta dengan kekasihnya dan langsung tak dapat dihubungi. Mereka buntu dengan situasi tersebut kerana pelanggan mula merungut rasa makanan yang dimasak tidak sedap dahulu.

Ah How sebenarnya sesat sewaktu membawa diri ke dalam hutan, nasib baik ada Orang Asal yang menyelamatkannya dan membantu membawa keluar dari situ. adakah Ah How berjaya melupakan kesedihannya dan kembali semula berkhidmat sebagai tukang masak?

Saksikan kesemuanya dalam telefilem Ah How Putus Cinta pada 1 Februari 2022, hari selasa jam 8.30 malam di Awesome TV. Jika terlepas boleh tonton semula di laman rasmi Awesome TV.

Post a Comment

0 Comments