Review Chinese Drama | Rush to the Dead Summer (2017)


Title : Rush to the Dead Summer
Another Title : Love 'til the End of Summer
Network : Hunan TV / VIU
Aired : 11 June 2017 - 8 July 2017
Episodes : 46
Duration : 45 minutes
Cast : Cheney Chen, Zheng Shuang, Bai Jing Ting, Chai Bi Yun


Rush To The Dead Summer mengisahkan Li Xia (Zheng Shuang), seorang pelajar miskin yang bekerja keras untuk mendapatkan biasiswa ke sekolah tinggi Qian Chuang. di situ dia bertemu dua sahabat baik yang popular dalam kalangan pelajar perempuan iaitu Fu Xiao Si (Cheney Chen) dan Lu Zhi Ang (Bai Jing Ting).

Mereka bertiga belajar di kelas yang sama dan lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat. Xiao Si dan Lu Zhiang banyak menolong Li Xia jika berada dalam kesusahan. dalam diam juga, Xiao Si dan Lu Zhiang menyimpan perasaan pada Li Xia.


Fu Xiao Si dan Lu Zhiang berkawan baik sejak kecil lagi tapi perwatakan mereka berdua sangat berbeza. Xiao Si seorang yang pendiam dan kurang mesra dengan pelajar lain. Manakala Lu Zhiang pula lebih peramah dan happy go lucky. mereka berdua merupakan pelajar cemerlang di sekolah tersebut.

Xiao Si boleh rapat dengan Li Xia kerana mereka berkongsi hobi yang sama iaitu suka melukis dan join kelab yang sama secara tak langsung Xiao Si selalu memberi tunjuk ajar kepada Li Xia dalam pelajaran dan seni lukisan.


Li Xia mempunyai kawan baik bernama Cheng Qiqi (Chai Bi Yun) tapi tak sekelas. Cheng Qiqi seorang yang ceria dan peramah tapi aku tak suka sangat dengan dia ni sebab boleh nampak dia cemburukan Li Xia dan ada perasaan pada Fu Xiao Si.

bila Li Xia melepak dengan Lu Zhiang dan Xiao Si, Qiqi pun sibuk nak menyelit sekali. bila orang terlupa nak ajak dia, mulalah nak merajuk dan tak puas hati bagai. actually Chen Qiqi ni watak antagonis yang akan menghuru-harakan persahabatan mereka bertiga.


aku suka tengok episod bahagian awal bila mereka di zaman sekolah sebab tak banyak konflik, tak serabut dan lebih fokus tentang persahabat dan cinta yang baru nak berputik dalam hati masing-masing. time melayan drama ni juga tersuka dengan hero kedua dia lakonan Bai Jing Ting.


Rush to the Dead Summer sebuah kisah remaja sehinggalah mereka dewasa, dalam 10 tahun pelbagai perkara berlaku kepada persahabatan dan hubungan mereka bertiga. 46 episod tu sangat panjang untuk aku dan sampai sekarang tak habis tengok drama ni.

mula-mula tengok ingatkan cerita cinta ringan tapi drama ni sebenarnya lebih kepada melodrama. jalan cerita makin sedih bila mereka habis sekolah dan ada benda yang tak best jadi kat second hero terus stop tengok, sampai ke sudah tak tahu ending dia macam mana..haha

Post a Comment

0 Comments