Review Movie | The Whole Truth (2021)


Title : The Whole Truth
Country : Thailand
Director : Sid Wisit Sasanatieng
Network : Netflix
Release Date : 2 December 2021
Duration : 2 hour 5 minutes
Cast : Punpun Sutatta, Mac Nattapat, Koi Tarika, Hmu Sompob, Nicole Theriault


In this world, there are three things that cannot be hidden: 
The Sun, The Moon and.. The Truth.

The Whole Truth sebuah drama seram misteri dari Thailand mengisahkan dua beradik iaitu Pim (Punpun Sutatta) dan Putt (Mac Nattapat) yang tinggal bersama datuk dan nenek mereka selepas ibu mereka koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.


Pim dan Putt terpinga-pinga apabila datuk mereka, Pong (Hmu Sompob) tiba-tiba muncul untuk mengkhabarkan berita buruk mengenai ibu mereka lalu diperkenalkan dengan nenek mereka, Wan (Koi Tarika) padahal ibu mereka, Mai (Nicole) langsung tidak pernah menceritakan atau bertemu dengan Wan dan Pong.

Mereka berdua tiada pilihan bila terpaksa tinggal dengan Wan dan Pong. walaupun keadaan agak janggal, Pim cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut sebaliknya Putt rasa tidak selesa tinggal di situ dan tidak suka apabila sering dipaksa minum susu oleh Wann.

Putt agak ragu-ragu, betul ke Wan dan Pong adalah datuk dan nenek mereka. kenapa Mai langsung tak pernah menceritakan tentang kedua ibu bapanya?


Putt dan Pim terjumpa lubang di dinding ruang tamu rumah tersebut, yang pelik bila diberitahu kepada Wan dan Pong, mereka mengatakan tidak nampak lubang tersebut malah Pong naik angin kerana merasakan dua beradik tersebut menipunya.

Mereka berdua mengintai melalui lubang tersebut dan masing-masing terkejut apabila ternampak budak perempuan di rumah sebelah tapi setiap kali mereka mengintai lubang tersebut, situasinya berubah-ubah. Putt ternampak budak perempuan tersebut dalam rupa menakutkan manakala Pim pula ternampak budak tersebut mati di situ.

banyak benda aneh dan pelik yang mereka alami sejak tinggal di situ, Pim dan Putt percaya yang lubang tersebut cuba memberitahu sesuatu dan Putt percaya yang apa yang mereka lihat tersebut ada kena dengan sejarah silam keluarga Mai. kebenaran apa yang cuba disembunyikan oleh Wan dan Pong?


bagi aku movie ni lebih kepada saspen daripada seram, hantu dia pula macam meniru hantu jepun Sadako tapi bila part hantu tu muntah darah memang aku tak boleh tengok sebab nanti rasa nak termuntah sekali..haha

jalan cerita The Whole Truth sangat menarik, dari permulaan cerita memang  tak senang duduk  sebab asyik berteka-teki siapa sebenarnya Wan dan Pong ni. apa kebenaran di sebalik lubang tersebut?

cuma masalah filem ini durasi dia terlampau panjang so ada part yang rasa bosan sebab plot dia lambat bergerak dan repeat benda yang sama dan ada juga scene yang macam tak perlu letak pun tak apa sebab tak mengganggu perjalanan cerita. 

ada beberapa twist yang menarik tapi plot twist kat ending tu memang terbaik sebab tak expect siapa yang jahat sebenarnya dalam movie ni. overall, nice lah.

Post a Comment

4 Comments

  1. wah..mcm best je..nk kena tengok ni nanti

    ReplyDelete
  2. Citer seram thai ni slalu nya mmg seram btul hahha.. Pk byk kali klu nk tgk tkut terbw2 dlm mimpi hahaha...

    ReplyDelete
  3. Mcm best je..tapi Aini takde netflix..
    Kene tunggu movie online atau astro keluar la..hehe

    ReplyDelete
  4. kenapa pinya beria nak jadi hantu tapi ayah dia yang teraniaya tak jadi hantu? Hahaha lenguh tengok movie ni

    ReplyDelete