Seribu Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Seribu Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Seribu Rindu
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Siti Solehah, Raja Azidah, Anina Sahal, 
Eja Lorena, Shida Zali, Amin Shakib
Siaran : TV3
Tayangan : 12 November 2018
Episod : 28
Pelakon : Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Fadlan Hazim, Mona Allen, Ku Fridah, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin, Zaefrul Nordin, Aman Graseka, Ainul Aishah, Harris Baba

Sinopsis Drama Seribu Rindu

Drama Seribu Rindu diadaptsi dari novel karrya Hani Fazuha mengisahkan konflik percintaan tiga segi antara Maisarah (Azira Shafinaz), Irfan (Zul Ariffin) dan Ariel (Fadlan Hazim). Maisarah dan Ariel telah bercinta sejak zaman universiti dan kini merancang masa depan mereka untuk berkahwin sebaik sahaja Maisarah mendapat pekerjaan.

Dalam sibuk merancang hari bahagia, Maisarah rasa dipermainkan oleh Ariel bila mengetahui ayah Ariel, Datuk Muiz (Zaefrul Nordin) mahu menjodohkan Ariel dengan Damia (Mona Allen) yang merupakan anak kenalan rapatnya.

Ariel mahu menjelaskan yang dia tidak mengetahui rancangan ayahnya namun Maisarah yang kecewa memilih untuk menerima lamaran Irfan walaupun dia tidak mempunyai perasaan kepada lelaki itu kerana selama ini mereka berkawan baik dan menganggap Irfan seperti abang kandungnya.

Selepas berkahwin, Maisarah bahagia dengan perkahwinannya namun tidak lama kemudian, Irfan ditimpa kemalangan sehingga disahkan lumpuh. Irfan mendapatkan rawatan rapi dari doktor pakar dan dari situ Maisarah bertemu kembali dengan Ariel yang menjadi doktor kepada Irfan.

Konflik tercetus apabila Ariel mahu mendapatkan semula cinta lamanya, Irfan pula cuba menjauhkan diri kerana tidak mahu Maisarah bersamanya hanya kerana simpati. Adakah Maisarah akan kembali semula kepada Ariel atau terus setia dengan Irfan?

Post a Comment

0 Comments