Review Movie | Stand by Me Doraemon (2014)


Title : Stand by Me Doraemon
Director : Ryuichi Yagi, Takashi Yamazaki
Screenwriter : Takashi Yamazaki
Network : Netflix
Release Date : 8 August 2014
Duration : 94 minutes
Voice Cast : Wasabi Mizuta, Megumi Ohara, Satoshi Tsumabuki, Yumi Kakazu, Tomokazu Seki, Subaru Kimura, Sachi Matsumoto, Vanilla Yamazaki, Shihoko Hagino

Sebelum ni tak pernah pula terasa nak tengok movie doraemon sebab dah waktu kecil dulu rajin baca komik dan follow siri dia di tv dubbing dalam bahasa melayu jadi pelik pula bila tengok doraemon cakap jepun..haha


Stand By Me Doraemon mengisahkan budak lelaki 10 tahun bernama Nobita Nobi yang malas belajar, kerap didenda kerana datang lambat ke sekolah dan selalu dibuli oleh Giant dan Sinyu.

Suatu hari, muncul robot kucing bernama Doraemon dan cicit Nobita iaitu Sewashi dari abad ke-22 melalui mesin masa yang berada di dalam laci meja di bilik Nobita.


Sewashi menghantar Doraemon untuk membantu Nobita menjalani kehidupan dengan lebih baik dengan harapan dapat mengubah masa depan Nobita. Doraemon telah diprogramkan tidak dapat kembali ke abad-22 melainkan berjaya dalam misi tersebut.

Sejak hari itu, Doraemon telah memperkenalkan Nobita alat dari masa depan yang boleh membantu Nobita mencapai kegembiraan dalam pelajaran dan kehidupannya. dalam masa yang sama Doraemon telah memberi amaran kepada Nobita jangan terlalu bergantung kepada gajet tersebut.


sejujurnya tak tau nak komen apa dengan jalan cerita sebab filem ini macam summary kisah Doraemon dan Nobita daripada 45 volume manga dalam masa 90 minit. aku tengok movie ni sambil buat kerja lain memang tak fokus sangat. but still nice untuk ditonton sebab plot disusun dengan baik dan ada elemen drama diselitkan dalam  jalan cerita.

kalau dulu, tengok doraemon rasa kesian dengan Nobita sebab tak habis kena buli dengan Giant dan Sinyu tapi bila tengok balik sekarang menyampah pula sebab pemalas ya amat budak ni padahal semuanya jadi salah sendiri juga. yang patut kesian sebenarnya Doraemon, sebab terpaksa selesaikan semua masalah Nobita.


plot filem Stand by Me Doraemon sebenarnya kombinasi dari cerita pendek siri Doraemon so kalau pernah baca komik atau follow siri tv doraemon mesti sangat familiar dengan jalan cerita dan alat yang Doraemon perkenalkan kepada Nobita. overall, masih menghiburkan untuk ditonton secara santai.

Post a Comment

2 Comments