Review Movie | Proksi (2021)


Movie : Proksi
Produksi : FEG Equipment Sdn Bhd
Pengarah : Shaufe Wahib
Penulis Skrip : Azril Hamzah, Fairul Nizam Ablah
Siaran : Astro First
Tayangan : 18 November 2021
Durasi : 1 jam 23 minit
Pelakon : Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Sangeeta Krishnasamy, Susan Lankester, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Siti Saleha, Adrianna Qasmia

Filem Proksi baru sahaja ditayangkan di Astro First bermula 18 November 2021, filem yang berkisarkan cyber thriller tapi sejujurnya aku langsung tak faham jalan cerita dia pasal apa sampai tak reti nak tulis sinopsis so sis ambil sinopsis dari blog myinfotaip.

SINOPSIS FILEM PROKSI
Mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront Palarae) bersama rakannya, Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair) yang telah melarikan diri ke Bangkok. Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam ‘platform keselamatan data’ yang dikenali sebagai MYSOIL dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok. Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang CARRIE. Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor). Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negara.


yang aku faham, Sam (Bront Palarae) dan Aman (Ashraf Sinclair) melarikan diri ke Bangkok untuk menghidupkan kembali FutureZero kononnya nak bebaskan dunia daripada hutang. tapi tak dibertahu pula apa rancangan mereka berkaitan dengan FutureZero sebab bila sampai ke Bangkok, Aman plan nak jual data MYSOIL kepada Carrie.

kat sini pun tak diterangkan juga data apa dalam system MYSOIL dan siapa Carrie? yang Aman terjumpa adalah Aqil (Remy Ishak) dan Cik Rose (Susan Lankester). apa peranan sebenar dua watak ini? pendek cakap bila tengok movie ni, otak kau tak boleh nak proses sebab terlampau banyak diberi persoalan yang tiada jawapan.

lepas tu banyak scene yang kau tengok mereka berdua melarikan diri yang kau pun tak pasti lari dari siapa lepas tu terjumpa si Elle (Sangeeta) balik. apa point dari awal kau lari dari dia pastu jumpa balik dia kat Bangkok lepas tu jadi pelarian bersama pula. seriuslah apa benda yang cuba diberitahu penulis skrip ni?

jalan cerita fail, watak pun lagilah fail sebab tak tahu apa peranan mereka sebenarnya. jahat ke baik ke. yang si Aqil kemain ganas korek biji mata orang at the end nak buat twist dengan watak tu. APO? pastu scene Rosyam Nor dan Faizal Hussein apasal teruk nau. asyik nak mengamuk belasah orang sebab tak bagi skema jawapan macam mereka nak. ada masalah bipolar ke watak Rosyam Nor. aduh penat wei tengok movie ni.

Apa yang bagus pasal filem Proksi? 
poster cantik dan pelakon semua gempak, itu je lah bagus.

tapi kalau jalan cerita macam kartun (tapi Ejen Ali pun lagi bagus dari movie ni wei!!), memang tak function semua pelakon yang kelas A tu. please lah. penat tau mengadap citer melayu tapi masalah sama je. jalan cerita lemah, skrip lemah. macam mana orang nak support filem dan drama melayu.

selalu cerita melayu dia selalu tekankan pasal moral story tapi aku tak tahu apa moral story cerita ni. kesimpulannya, Aman tu tak wujud, Sam tu skizo. okbye!

Post a Comment

6 Comments

  1. hahahaha dia nak sembang realiti kehidupan tapi kita dibawa ke dunia orang skizo. Apooooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kita pun kena jadi psiko sekali ke untuk faham apa yg cuba dilakukan oleh Sam? hahahahaha

      Delete
  2. wak dh lama x layan movie melayu nih., ;p

    ReplyDelete
  3. my opinion is same as the witer..x faham citer ni pasal apa sebenarnya

    ReplyDelete