Review Drama Korea | Snowdrop (2021)


Title : Snowdrop
Director : Jo Hyun Taek
Screenwriter : Yoo Hyun Mi
Network : JTBC/Disney+Hotstar
Aired : 18 December 2021
Episodes : 16
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Jung Hae In, Kim Ji Soo, Jang Seung Jo, Yoo In Na, Kim Hye Yoon, Yoon Se Ah, Jung Yoo Jin, Heo Joon Ho, Park Sung Woong, Choi Hee Jin, Jung Shin Hye, Kim Min Soo, Jeon Moo Song, Kim Jung Nan, Baek Ji Won

dah lama nampak promo untuk Snowdrop tapi tak pernah ambil tahu pula kenapa tayangannya selalu tertangguh sebelum ini. Snowdrop merupakan drama debut untuk Jisoo Blackpink tapi aku lagi excited nak tengok drama ni sebab Jung Hae In.

lepas habis tonton episod 1 terus ternampak knetizen buat petition drama ni dihentikan tayangan kerana mengubah fakta sejarah. since tak tahu sangat sejarah korea dan sensitiviti mereka, malas nak komen bab ni. 


Snowdrop berlatarkan tahun 1987 mengisahkan Im Soo Ho (Jung Hae In) yang dituduh menjadi perisik korea utara. ketika dikejar oleh pasukan National Security Agent (NSA) yang diketuai oleh Lee Kang Moo (Jang Seung Jo), Soo Ho yang ditembak menyelinap masuk ke dorm asrama pelajar perempuan.

Eun Young Ro (Jisoo) terjumpa Soo Ho dalam keadaan cedera parah bertindak menyembunyikan Soo Hoo kerana percaya Soo Hoo dikejar pihak polis kerana menyertai kumpulan activist pelajar.

tapi sebelum itu lagi Young Ro dan Soo Hoo pernah berjumpa waktu join blind date dengan kawan mereka. sejak itu, Young Ro menaruh perasaan pada Soo Ho tanpa mengetahui identiti sebenar lelaki itu.


dah habis tengok dua episod, lakonan Jisoo nampak bagus walaupun first drama dan lakonan Jung Hae In macam biasa memang terbaik. suka main cast drama ni sebab chemistry mereka berdua nampak comel dan bagus.

walaupun tak faham kontroversi dengan jalan ceritanya tapi bagi aku terlalu awal untuk judge jalan cerita. tapi itulah tunggulah next week sama ada drama Snowdrop akan terus ditayangkan atau tidak.

Post a Comment

3 Comments

  1. good pairing couple...visually compatible...belum tengok lg, tapi ramai yg complain ttg drama ni...harap2 x drop lah kan..

    ReplyDelete
  2. Ohh Jisoo pun dah terjebak dalam lakonan jugak. Dorang ni kalau kontroversi mesti terus stop kan. Susah jugak tu kalau salah fakta sejarahnya.

    ReplyDelete
  3. Rasanya drama ini masih ditayangkan.. gandingan yang nampak sweet..

    ReplyDelete