Review Movie | Hantu Ke Lima (2021)


Movie : Hantu Ke Lima
Produksi : AT Movies Sdn Bhd
Pengarah : Azhari Zain
Siaran : Astro First
Tayangan : 7 Oktober 2021
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Raysha Rizrose, Adibah Noor, Izzue Islam, Shiha Zikir, 
Elly Mazlein, PU Azman, Coki, Aisar Khaled, Azman Ahmad

Hantu Ke Lima mengisahkan TKO Studio yang dimiliki oleh Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) mendapat tawaran daripada Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) untuk membuat video korporat banglo miliknya untuk dijual kepada pelabur.

Apabila mereka tiba di banglo tersebut mereka telah diganggu rupa-rupanya ini semua adalah rancangan Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) dan keluarga pak ciknya untuk menakutkan pelawat yang datang ke situ kerana tidak mahu banglo tersebut dijual.

Qaisara adalah pemilik sah harta keluarga selepas ayahnya meninggal dunia tapi kerana helah jahat ibu tirinya iaitu Puan Sri Zaleha, segala harta ayahnya telah diseleweng oleh Puan Sri Zaleha. Qaisara perlu mencari jalan untuk mempertahankan haknya.


permulaan cerita lagi dah mengelirukan sebab jalan cerita terbahagi kepada tiga iaitu kisah keluarga Iskandar (PU Azman), geng TKO dan konflik Qaisara dan Puan Sri Zaleha. bila tiga cerita ini bergabung baru aku dapat tangkap main plot.

bukan itu sahaja, sis pun confius dengan genre filem ini, memula macam seram, masuk geng TKO berubah mood komedi pula bila sampai kisah Qaisara terus buat drama air mata. kat hujung aku tinggal nak maki sebab semua benda dalam filem ni langsung tak consistent, tak faham jalan cerita dan tak boleh nak relate setiap scene. dah lah skrip pun bosan. hambar betul..

oklah dari segi visual, Hantu Ke Lima memang nampak lawa tapi jalan cerita macam ni lebih baik dijadikan telemovie sahaja. rasa tak berbaloi nak subscribe, baik layan netlix je lagi banyak cerita best. 

tapi kalau nak tengok santai-santai dengan family bolehlah kot sebab nampak macam kelakar tapi langsung tak kelakar untuk aku, lagi bertambah murung ada lah lepas habis tengok movie ni.

Post a Comment

7 Comments

  1. plot rojak namanya..tinggal nak maki tu yg tak tahan tu....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah maki pun, stress melayan citer macam ni..haha

      Delete
  2. Ramai gak kata tak best. Tak suka betul filem takde genre yang tetap

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah bila nak buat benda tu seram tapi dalam masa yg nak jadikan komedi ringan. at the end seram pun tak, lawak pun hambar..

      Delete
  3. drama air mata dia macam tak logik sebab pembantu rumah fefeeling rumah tu dia punya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorh bukan itu keluarga pacik dia ke? i guess sebab potrait buruk tu sama dengan muka iskandar jadi ingat adik bapa dia la.. ntahlah sis pun pening tengok movie ni..haha

      Delete