Review Movie | Dendam Penunggu (2021)


Movie : Dendam Penunggu
Produksi : Parallax Pictures
Pengarah : Faizul Jais
Siaran : Tonton Cinema
Tayangan : 5 November 2021
Durasi : 1 jam 38 minutes
Pelakon : Ismail Izzani, Shalma Eliana, Atiq Azman, Bella Dowana, Imran Aqil, Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Shasha Abedul, Hasnul Rahmat

Dendam Penunggu merupakan filem pertama yang dilancarkan di platform penstriman Tonton Cinema, untuk menonton filem ini boleh melanggan di aplikasi atau website rasmi Tonton Cinema.

Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baru di Kolej Kebangsaan Malaya iaitu Zulkifli (Ismail Izzani), Sarah (Shalma Eliana), Bainun (Bella Dowanna), Nazrin (Imran Aqil) dan Khairy (Atiq Azman). 

Mereka berminat untuk mengetahui rahsia di sebalik tingkat atas asrama Blok M yang menjadi kawasan larangan lalu membuat rancangan untuk menceroboh masuk dan melihat sendiri apa yang ada di situ. tanpa mereka sendiri, penunggu di situ telah mengikut mereka keluar.

sejak hari itu juga seorang demi seorang dari mereka diganggu, Sarah, Zulkifli dan Nazrin cuba mencari jalan supaya dapat menghentikan gangguan tersebut dan mereka dapat tahu penunggu tersebut mempunyai kaitan dengan kes buli yang berlaku di sekolah tersebut.


Dendam Penunggu kalau ikutkan filem seram tapi aku tak tahu dia nak buat cerita pasal hantu atau mengenai buli sebab jalan cerita lebih fokus tentang buli dan part hantu ni nak muncul di awal cerita pun macam segan-segan nak tunjuk muka lepas tu bila masuk pertengahan terus keluar hantu guna cgi hodoh. elemen seram dalam filem ini fail!

mengenai buli pula, aku tak tahu apa masalah budak-budak ni kena buli sebab bukan sorang tapi ramai macam tradisi pula kat sekolah dan warden pula malas nak ambil kisah. yang jadi mangsa pula random kena. kenapa tak fokus sahaja dekat satu watak dan kembangkan watak tersebut supaya penonton boleh faham perasaan mangsa yang dibuli. 

ini tetiba muncul budak dengan tin ikat di kaki lari satu sekolah, pastu tiba ada budak kena berdiri tengah padang pegang banner bodoh. scene ni macam random dan kau tak tahu apa yang menyebabkan budak tu dibuli. ok banyak sangat benda random dalam filem ni macam scene Mael dan Shalma bergaduh time main spirit coin lepas tu tiba-tiba bercinta. APO?

walaupun ada bakat besar seperti Amerul Affendi dan Hasnul Rahmat tapi macam membazir sangat bila banyak kelemahan dari plot dan jalan cerita. kalau suruh aku rate, aku letak Dendam Penunggu di carta tercorot di bawah filem Hantu Ke Lima. 

kesimpulan, Dendam Penunggu ni sebenarnya pasal budak kena buli dan mati di asrama tersebut. bila dia jadi hantu, dia buli pula budak berlima yang sengaja cari penyakit. moral of story, jangan buli hantu hentikan budaya buli. yang tak faham apa salah budak berlima ni dengan hantu tu? ok sis pening..

Baca juga: 

Post a Comment

6 Comments

  1. mcm best ja cita ni.. busyra suka cita seram.. haha

    ReplyDelete
  2. hahahaha berdekah part jangan buli hantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. tergelak bila baca part jangan buli hantu tu.. kikiki..

      Delete
    2. tak nak letak spoiler.. sebenarnya nk tulis jangan buli kawan nanti dia mati jadi hantu, dia buli orang balik..haha

      Delete
  3. Tengok trailer dia macam seram. Ramai pelakon berbakat dalam filem ni.

    ReplyDelete
  4. Bukan dendam penunggu ni ke yang akan ditayangkan dalam slot cerekarama malam esok.

    ReplyDelete