Review Movie | Sa Balik Baju (2021)


Movie : Sa Balik Baju
Produksi : Red Communications Sdn Bhd
Pengarah : Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah, Afiza Asram
Penulis Skrip : Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram
Siaran : Netflix
Tayangan : 21 Oktober 2021
Durasi : 1 jam 47 minit
Pelakon : Nadiya Nisaa, Elena Lauren Moujing, Sarancak, Juliana Evans, Kaka Azraf, Mira Filzah, Alif Satar, Kahoe Hon, Idris Khan, Haleeda, Joanne Kam

Sa Balik Baju kisah mengenai enam wanita yang menempuh cabaran media sosial yang mampu mengubah kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya.


Kisah 1 : Hak Peribody

Dahlia (Nadiya Nisaa) seorang penulis artikel hilang pekerjaan apabila syarikat penerbitan berhenti operasi. Dahlia dahulunya tidak gemar dengan media sosial menggunakan platform media sosial untuk memulakan perniagaannya bagi membantu wanita memilih pakaian dalam  yang sesuai.


Kisah 2 : Love Clicks

Hannah (Elena Moujing) gemar menggunakan aplikasi mencari jodoh, Love Clicks. Hannah kemudiannya jatuh cinta dengan kenalan dalam aplikasi tersebut tanpa mengetahui bagaimana rupa sebenar lelaki tersebut.


Kisah 3 : Bukan Salah Ibu Mengandung

Myra (Juliana Evans) seorang influencer kecantikan terkenal di media sosial dan itu juga sumber pendapatan utama Myra dan suaminya, Irfan (Alif Satar) yang merupakan pengurusnya.

sejak mengandung, Myra jadi alah dengan produk kosmetik dan ini menambah tekanan pada Myra apabila client mahu membatalkan kontrak mereka apabila hasil kerja Myra sejak dia mengandung tidak memuaskan hati mereka.


Kisah 4 : Dalam Kain

Sierra (Sarancak) mempunyai follower yang ramai di media sosial kerana dia selalu berkongsi kehidupan bersama suaminya Hanif (Idris Khan) dan gemar memberi nasihat tentang perkahwinan.

Sierra malu bila suatu hari viral berita mengenai suaminya yang curang. hal ini menyebabkan Sierra dan Hanif bergaduh kerana Sierra tidak percayakan suaminya. Hanif pula kecewa bila Sierra lebih pentingkan followers daripada perasaannya sebagai suami.


Kisah 5 : Angkat Kaki

Aria (Mira Filzah) mempunyai cita-cita untuk berjaya dalam kerjaya daripada memikirkan soal perkahwinan. tapi Aria kecewa apabila ayahnya menegaskan perempuan perlu berkahwin, duduk di rumah dan layan suami.

di tempat kerja pula, Aria tidak dapat naik pangkat hanya kerana dia wanita walaupun prestasi kerjanya sangat bagus.


Kisah 6 : Aset

Salina (Kaka Azraff) malu dengan saiz payudaranya dan terganggu apabila dapat tahu rakan sekerja lelaki berkongsi gambarnya di group whatsapp dan bercakap mengenai asetnya.

ketika dalam bas untuk balik kampung, Salina berkenalan dengan Sally (Joanne Kam) yang sangat peramah dan confident secara tidak langsung mengubah pandangan Salina untuk menjadi lebih yakin dengan dirinya.


jalan cerita Sa Balik Baju sangat simple tapi menarik untuk ditonton kerana ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan dalam setiap kisah tersebut. isu-isu yang diangkat dalam filem ni mungkin sensitif untuk dibahaskan secara terbuka tapi benda ni juga secara tak langsung merupakan insecurities, masalah dan kebimbangan pada golongan wanita.

overall, lakonan semua pelakon dalam filem Sa Balik Baju agak bagus dan cinematography dia pun cantik. walaupun isu dalam filem ni nampak macam berat tapi nampak sangat menarik bila disampaikan secara santai.

Post a Comment

5 Comments

  1. Cerita yang menarik boleh relate dengan zaman sekarang.

    ReplyDelete
  2. Movie indie ke? Bagus pendekatan begini. Realiti tau..

    ReplyDelete
  3. Cerita ni kelakar tau. Satu scene tu LH akan tengok ulang-ulang. Paling suka kisah Myra, Aria dengan Salina tu. Sebab benda yang sangat relatable. And cerita ni memang memberi inspirasi sangat pada para wanita jangan cepat mengalah dan terus kuat. Cerita ni enam orang perempuan tu sebenarnya berkait or kenal satu sama lain. Contoh Aria dengan Dahlia tu sepupu. Myra tu pula suami dia tu anak saudara mak Aria.

    ReplyDelete
  4. happy bila ada movie berkisar kehidupan wanita yang dibikin dengan bagus skripnya siap masuk Netflix. Semoga lepas ni makin banyak movie menarik dari industri filem tempatan

    ReplyDelete
  5. Aduh.. macam best pula baca review Tiara ini.. nantilah try tengok..

    ReplyDelete