Review Drama Korea | Oh My Venus (2015)


Title : Oh My Venus
Director : Kim Hyoung Seok, Lee Na Jung
Screenwriter : Kim Eun Ji
Aired : 16 November 2015 - 5 January 2016
Network : KBS/Netflix
Episode : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Shin Min Ah, So Ji Sub, Jung Gyu Woon, Yoo In Young, Sung Hoon, Henry Lau, Choi Jin Ho, Jo Eun Ji, Kwon Soon Joon, Jung Hye Sun, Ban Hyo Jung

aku nak stop kejap dari tengok drama thriller tapi nak layan drama ringan pun tak ada idea sebab mood pun ke laut. sekarang ni pun tengah best follow drama Hometown Cha-Cha-Cha, itu yang tetiba terasa nak layan drama ni balik sebab Shin Min Ah berlakon dengan So Ji Sub.

last drama So Ji Sub, Terius Behind Me tahun 2018. dah lama kot So Ji Sub tak ada projek drama baru. next drama dia pun tahun depan. lama lagilah nak menunggu.


Oh My Venus mengisahkan  Kang Joo Eun (Shin Min Ah) seorang gadis cantik yang menjadi kegilaan pelajar sekolah sehingga digelar Daegu's Venus dan menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar sukan bernama Im Woo Shik (Jung Gyu Woon).

Selepas 15 tahun, Kang Joo Eun berjaya mencapai cita-citanya sebagai penguam namun begitu Joo Eun tidak dapat mengekalkan gaya hidup sihat sehingga menjadi gemuk. Im Woo Shik pula mula berubah hati dan mahu memutuskan hubungan mereka.


Pada mulanya agak sukar Joo Eun nak terima apabila Woo Shik mahu memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama 15 tahun. tapi bila  Joo Eun dapat tangkap Woo Shik curang depan matanya memang kecewa sangat. paling pedih bila pasangan Woo Shik adalah Oh Su Jin (Yoo In Young) yang pernah menjadi kawan baiknya waktu zaman kolej dahulu dan kini menjadi ketuanya di tempat kerja.


Pertemuan Kang Joo Eun dengan Kim Young Ho (So Ji Sub) mula mengubah hidupnya apabila lelaki itu selalu muncul menyelamatkannya setiap kali Joo Eun ditimpa malang. Joo Eun kemudiannya dapat tahu yang Young Ho adalah John Kim, personal trainer yang sangat terkenal di Amerika jadi Joo Eun minta bantuan Young Ho untuk jadi trainer dia dalam misi menguruskan badan.

Selain Kim Young Ho, Jang Jung Sung (Sung Hoon) dan Ji Woong (Henry Lau) juga turut membantu Kang Joon Eun untuk workout. Jang Jung Sung sebenarnya UFC player yang dilatih oleh Young Ho dan dibantu Ji Woong dan hubungan mereka bertiga sangat rapat.


jalan cerita Oh My Venus sangat ringan dan santai. kelakar juga bila Joo Eun cakap dia dulu cantik dan popular, Young Ho tak percaya tapi bila pipi tembam Joo Eun hilang dan nampak lesung pipit mahu tak jatuh cinta pandang pertama. comel bila tengok Young dan Joo Eun workout sekali dan dalam diam sudah bercinta.

tapi ada juga konflik pada hero apabila Kim Young Ho sebenarnya anak orang kaya dan bakal mewarisi perniagaan keluarga. konfliknya apabila ada puak yang nak jatuhkan dia. yang sedih apabila Joo Eun dan Young Ho terpaksa berpisah sebab Young Ho tak nak Joo Eun tengok keadaan dia yang lemah. actually konflik dalam drama ni sebenarnya tak berat dan tak banyak sangat pun. 

siapa yang malas nak bersenam boleh tengok drama ni mana tahu boleh jadi motivasi untuk bersenam dan dapat tips untuk perbaiki gaya hidup ke arah yang lebih sihat.


yang buat drama ni best untuk tengok adalah chemistry antara So Ji Sub dan Shin Min Ah, maraton drama ni lagi sekali pun boleh tersenyum sorang-sorang tengok scene mereka berdua. ending drama ni pun comel sangat, kelakar tengok muka Kim Young Ho terkejut bila berat badan kesayangan dia naik balik lepas sebulan berpisah kerana kerja, nampak bahagia betul Kang Joo Eun dengan hidup dia..haha

bagi aku, ini antara drama So Ji Sub yang best untuk ditonton selepas drama Master Sun sebab chemistry So Ji Sub dengan heroin dua drama ni memang padu sangat. 

Post a Comment

7 Comments

  1. Hahahha besttt! Nmpk gaya citer2 lakonan dr gigi akan berhantu balik

    ReplyDelete
  2. Baru habis layan drama ni. Haha tak pernah bosan tengok drama ni. And tak pernah tak nangis tengok episode 13 😭

    ReplyDelete
  3. Best drama ni. Suka tengok lesung pipit Shin Min Ah. Cute. Tambah2 dalam drama Arang & The Majistrate😊💕

    ReplyDelete
  4. tengok a few ep sbb ada henry lau..tak habis nonton....

    suka OST yg cute tu..

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak lakonan drama Shin Min Ah tengah trending sekarang ni kan. Teringat dengan Show Running Man player bola tampar disamakan dengan rupa Shin Min Ah tu.

    ReplyDelete
  6. dulu pernah tengok drama ni tapi tengok tak habis hahaha dah masuk netflix boleh la layan balik.

    ReplyDelete
  7. mati2 igt drama terbaru so ji sub hehehe... heartthrob kwn sy ni. kemain suka sgt2

    ReplyDelete