Review Movie | Midnight Runners (2017)


Title : Midnight Runners
Country : South Korea
Director : Jason Kim
Screenwriter : Jason Kim
Release Date : 9 August 2017
Duration : 1 hour 49 minutes
Cast : Park Seo Joon, Kang Ha Neul, Sung Dong II, 
Park Ha Sun, Lee Ho Jung, Go Jun, Bae Yoo Ram,


Midnight Runners mengisahkan Park Ki Yong (Park Seo Joon) dan Kang Hee Yeol (Kang Ha Neul) yang belajar di Korean National Police University dan menjadi kawan baik selepas satu insiden semasa latihan. 

Kiyong masuk polis kerana yuran free dan tak mahu menyusahkan ibunya. Hee Yeol pula pelajar cemerlang dan join polis kerana merasakan KAIST tak begitu mencabar baginya.


Suatu hari semasa keluar outing, mereka menyaksikan penculikan seorang gadis dan cuba melaporkan kejadian tersebut kepada balai polis terdekat. malangnya pihak polis sibuk dengan kes lain dan langsung tak mempedulikan aduan mereka.

Ki Yong dan Hee Yeol rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan gadis tersebut, walaupun mereka tak ada pengalaman menyiasat tapi mereka cuba praktikkan semua benda yang mereka belajar di akademi untuk menyiasat penculikan tersebut.

dalam satu malam, banyak benda yang Ki Yong dan Hee Yeol terpaksa tempuh untuk menyelamatkan gadis tersebut dan akhirnya membawa mereka kepada satu sindiket yang menculik gadis dengan tujuan untuk menjual telur atau ovum secara haram.


gandingan Park Seo Joon dan Kang Ha Neul yang buat  filem ini menarik untuk ditonton. banyak scene mereka yang bikin terhibur keadaan sebab awal-awal jumpa macam anjing dan kucing tapi bila berbaik semua benda boleh ngam walaupun masing-masing berbeza personaliti.

jenayah yang ditunjukkan dalam movie ni sebenarnya satu info yang menarik juga sebab kalau berkaitan penculikan mesti terfikir tentang sindiket jual organ atau pelacuran, tak tahu pula ovum pun boleh dijadikan satu bisnes haram.

overall, Midnight Runners menarik untuk ditonton sebab jalan ceritanya tak heavy sangat, babak aksi sangat gempak dan gandingan Park Seo Joon dan Kang Ha Neul yang serasi.

Post a Comment

6 Comments

  1. ovum pun boleh dijual ye, seram jugak tu!

    ReplyDelete
  2. Dah tengok movie ni. pelakon favourite pulak tu kan. Part paling tak boleh blah bila dorang tak habis training lagi dah gigih nak solve jenayah. Mostly pihak atasan ni agak slow nak buat kerja kan. Kesian dorang bertaruh nyawa nak selamat nyawa orang lain. Mujur tak hilang nyawa masa kena tangkap tu. So far cerita ni memang best lah. Ada kelakar ada aksi. Ye betul tak ganas sangatlah kot kan.

    ReplyDelete
  3. Puas hati tengok cerita ini.. Kelakar dan emosi.. gandingan dua pelakon nie pun best..

    ReplyDelete