i-Tanggang : Mother of All Lies (Astro Citra) | Sinopsis Drama

i-Tanggang : Mother of All Lies (Astro Citra) | Sinopsis Drama

Drama : i-Tanggang : Mother of All Lies
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza, Wan Alauddin, Rashidi Ishak
Siaran : Astro Citra
Mula Tayangan : 13 September 2021
Episod : 12
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Sofea Jane, Zarina Zainuddin, Emelda Rosmila, Wan Raja, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah

Astro Originals sekali lagi membawa drama bersiri terbaru, I-Tanggang selepas kejayaan drama premium Kampung Pisang bersiri-siri dan Projek Anchor SPM. Drama 12 episod ini mengabungkan barisan pelakon baru dan pelakon hebat seperti Danish Hazriq, Nadhir Nassar, Emma Sofea, Sherie Merlis, Faizal Hussein dan Sofea Jane.

Diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di Amerika, drama I-Tanggang mengetengahkan isu penderaan mental Munchausen Syndrome by Proxy iaitu satu sindrom di mana pesakitnya mendera orang lain bagi meraih perhatian dan simpati masyarakat.

Drama I-Tanggang: Mother og All Lies mengisahkan Khalil Rayyan (Danish Hazriq) atau Khay yang menghidap kanser dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Puan Erma (Sherie Merlis) merupakan ibu kepada Kay juga seorang influencer dan penulis buku telah mengumumkan kanser Khay telah mencapai tahap empat pada majlis pelancaran buku terbarunya.

Rahmat (Faizal Hussein) yang hadir pada majlis tersebut kesal dengan sikap bekas isterinya kerana tidak diberitahu langsung tentang perkembangan penyakit Khay malah hasratnya untuk bertemu anaknya juga selalu dihalang oleh Erma.

tanpa pengetahuan Erma, Rahmat telah menghadiahkan Khay sebuah tablet yang kini membuka ruang buat Khay untuk meneroka dunia baru sehingga terjumpa dua rakan baru secara maya iaitu Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan satu group chat yang diberi nama i-Tanggang.

plot dan isu yang dibawa dalam i-Tanggang ini sangat menarik, yang mana sejak kecil lagi kita diajar jangan sesekali menjadi anak derhaka seperti kisah dongeng Tanggang. persoalan dalam drama i-Tanggang, adakah anak akan digelar derhaka jika ibu bapa mengawal dan mendera emosi anak-anak?

dalam episod satu juga penuh dengan kejutan apabila terbongkar semuanya yang berlaku ke atas Khalil adalah satu perbohongan besar yang dicipta oleh Erma untuk meraih perhatian masyarakat.

menarik juga dalam i-Tanggang ini membawa tiga kisah remaja dari latar keluarga yang berbeza. Selain kisah Khay dan Erma turut dipaparkan juga konflik dilalui oleh Syafiq Hanbali (Nadhir Nasar) apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menyara kehidupan adik-adiknya yang masih kecil dengan bekerja sebagai penghantar makanan.

Manakala Esra (Emma Sofea) pula dibesar dan dimanjakan dengan kehidupan yang mewah sehingga sanggup melawan ibu bapanya apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Apa akan terjadi apabila tiga remaja ini bertemu?

Drama I-Tanggang mempertaruhkan naratif baru yang memaparkan kisah seorang ibu yang mempergunakan anaknya yang dikatakan sakit demi meraih simpati, sumber perhatian dan dendam. 

Nantikan drama premium Astro Originals, I-Tanggang: Mother of All Lies mulai 13 September ini setiap Isnin, 9.00 malam eksklusif di Astro Citra atau strim di On Demand dan Astro GO.

Post a Comment

9 Comments

  1. Nanti nak tengok drama ni. Ceritanya macam best. Nampak macam mak dia sesuatu sangat.

    ReplyDelete
  2. haritu tengok episod 1 dah geram dah tengok perangai erma ni. Kesian betul dekat anak dia jadi mangsa

    ReplyDelete
  3. Nampak macam best je sinopsis ni. Ada lain sket la citer dari Tanggang tu. Pelakon pun ada beberapa yg dikenali juga.

    ReplyDelete
  4. Ada satu movie yang sebegini gak tapi tak ingat namanya: ibunya gunakan anak untuk meraih simpati dan mendapatkan dana. Malah sanggup dera anak secara fizikal agar nampak real

    ReplyDelete
  5. mcm best cerita ni.. jln cerita bukanlah mcm cerita biasa.. byk plot yg menarik

    ReplyDelete
  6. Dah lama takde astro rumah ni.. ada Xbox lupa pulak nak bukak sebab rasa siaran astro tu, cuma malas nak naik atas, semua duk tengok tv bawah layan Netflix.. nanti nak tengok laaa

    ReplyDelete
  7. Watak Sherie Merlis dalam drama ni memang buat kita sakit hati kan. Nanti akak nak tengok sambungan lagi. Terus rasa nak tengok keseluruhan episod kan. Hahaa

    ReplyDelete
  8. nampak ada sherie merlis. suka dengan lakonan dia memang menjadi.pure talent. tapi tu lah takde astro lak kat rumah hahaha kalau tak boleh tengok

    ReplyDelete