Drama | Malaysian Ghost Stories - Nenek Hostel (2021)


Drama : Malaysian Ghost Stories - Nenek Hostel
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 25 Ogos 2021
Episod : 18
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Chubb-E, Fariz Iskandar, Fadhli Masoot, Azman Ahmad, Tuan Asmawi, Ruminah Sidek

Malaysian Ghost Stories sebuah drama seram terbaru di Astro Ria yang menghimpunkan 18 kisah seram berkaitan alam mistik yang biasa kita dengar dalam pelbagai versi kini diberikan sentuhan baru dan dijadikan asas penceritaan utama.

Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan makhluk ini.


Malaysian Ghost Stories - Nenek Hostel (Episod 1)

Nenek Hostel berlatarkan kisah seram yang berlaku di sebuah hostel yang menjadi tempat penginapan pelajar. Ajak (Chubb-E) seorang pelajar senior berasa gelisah dan rasa bersalah apabila seorang pelajar junior meninggal dunia pernah menjadi mangsa bulinya.

Suatu malam, Ajak tidak dapat tidur dan tiba-tiba muncul jelmaan nenek tua di dalam biliknya lalu mengira bilangan penghuni bilik yang belum tidur. Ajak yang ketakutan berlari keluar sehingga mengejutkan semua penghuni hostel yang terdengar Ajak meracau.

Gangguan tersebut berlaku lagi kepada Ajak pada malam seterusnya sehingga kecoh cerita mengenai nenek tua tersebut dalam kalangan pelajar.


first half cerita rasa seram juga dengan kemunculan nenek tua yang tiba-tiba muncul. persoalannya kenapa Ajak yang menjadi sasaran nenek tua tersebut? 

cumanya dialog dan watak Ustaz Kamarul (Tuan Asmawi) agak spoil mood aku juga sebab diawal cerita aku rasa ustaz ni macam scammer pun ada juga bila tak percaya dengan cerita pelajar tentang gangguan nenek tersebut. masuk second half tiba-tiba watak Ustaz Kamarul bertukar penuh karisma dan beritahu warden Sudin (Azman Ahmad) yang tempat tersebut ada gangguan dan cuba menyelesaikan masalah yang berlaku.

overall, untuk first episode jalan ceritanya agak menarik dan dikaitkan juga dengan kisah buli yang berlaku untuk dijadikan sebagai pengajaran cerita.

Post a Comment

7 Comments

  1. abe kie tgok di astrogo sbb x sanggup nak tunggu jam 11 mlm...kisah seram yg ada pengajaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengok cite kat astro go je sekarang. tak rajin nak tunggu tengah malam..haha

      Delete
  2. genre seram ni kurang sikit... teringat masa duduk hostel dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat hostel ni macam2 cerita la dengar, nasib baik tak suka tengok cite seram dulu takde la terbayang benda bukan2..hehe

      Delete
  3. Semua drama dia cerita seram seram. Layan jugak tapi tengok siang siang lah :)

    ReplyDelete