Movie Review | Dubai My Love (2017)


Movie : Dubai My Love
Produksi : Tsar Asia Sdn Bhd
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Penulis Skrip : Aidilfitri Mohamed Yunos, Fairul Nizam Ablah
Siaran : Netflix
Tayangan : 26 Oktober 2017
Durasi : 1 jam 24 minit
Pelakon : Erwin Darson, Hana Aqeela, Putri Najuwa, Ben Ali


Dubai My Love mengisahkan Amar (Erwin Darson) yang bekerja di Dubai dan mempunyai kekasih hati bernama Maryam (Putri Najuwa). Amar terlalu sibuk dengan kerjayanya menyebabkan Maryam tekad untuk melamar Amar sebagai suaminya kerana penat mahu menunggu Amar masuk meminangnya.


Alkisahnya, Amar masih tak boleh lupakan bekas kekasihnya Balqis yang telah meninggalkannya tanpa sebarang alasan pada hari pernikahan mereka. walaupun sudah lima tahun menjalinkan hubungan dengan Maryam, Amar lebih selesa fokus pada kerjayanya.

Suatu hari, muncul Fazlina (Hana Aqeela) yang mengaku saudara kepada Balqis. Fazlina mahu menyerahkan diari milik Balqis kepada Amar tapi sebelum itu, Amar mesti menemaninya untuk melawat tempat-tempat menarik di Dubai.

Hal ini menimbulkan rasa tidak senang buat Maryam apabila Amar masih memberi jawapan kepada lamarannya dan kini mengetahui Amar masih tidak dapat melupakan Balqis dengan menemani Fazlina ke tempat yang pernah menjadi wishlist bulan madu Amar dan Fazlina.


bagi aku, jalan cerita dan watak dalam filem Dubai My Love tak cukup kuat rasa macam tak berbaloi pergi shoot kat tempat cantik dan menarik macam Dubai tapi jalan cerita macam drama pukul 7.

masalah Amar bila dia belum boleh move on daripada Balqis yang secara tiba-tiba tinggalkan dia tanpa pesan. bila tahu alasan Balqis kat hujung tu, aku pun tak tahu nak react apa sebab bagi aku benda tu bukan hal yang besar kalau Balqis berterus-terang sahaja hal yang sebenar.

masalah Maryam pula insecure dengan hubungan dia. memang tak boleh salahkan Maryam, mana-mana perempuan pun rasa insecure kalau boyfriend tak pernah serius bincang hal kahwin bila dah lama berpacaran. lagi Maryam rasa insecure bila Amar beri lebih perhatian pada orang luar daripada dirinya.


masalah Fazlina pula, boleh saja dia terus bagi diari tersebut kepada Amar dan berterus-terang sahaja apa yang sebenarnya terjadi kepada Balqis. nak juga Amar teman dia pusing satu Dubai padahal orang tu dah ada kekasih kot. tak fahamlah aku dengan motif dia.

kesimpulannya, tiga watak utama dalam filem ini tak tak cukup kuat untuk aku, at the aku pun malas nak ambil kisah Amar pilih siapa, lantak koranglah.  maaflah banyak pula complain pasal filem ini sebab tak tahu nak review macam mana bila tak boleh masuk dengan jalan cerita dia.

Post a Comment

7 Comments

  1. ooo...ada di netflix ye...filem 'mari melawat Dubai' rasanya...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tengok dubai pun xde mood bila tak boleh masuk dgn jalan cerita dia..haha

      Delete
  2. Tak sukanya dengan watak Fazlina yang pushy tu. Lelaki kalau tak boleh move on ni elok tinggalkan jela. Kita tunggu beria esok kita yang makan hati. Ni cakap dari pengalaman sendiri. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kesian si Maryam la tapi watak dia pun tak kuat untuk buat i suka dengan dia.

      aishh memang betul pun. esok lusa dia balik kat ex dia, buang masa saja dengan lelaki macam tu..

      Delete
  3. Tak perasan pulak filem ni. Putri Najuwa macam tak kenal pulak. Kurang menarik ye jalan cerita dia. Spoil mood pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun tak tahu kewujudan filem ni tiba2 keluar kat netflix.

      Delete
  4. movie yang mengundang carutan. Kalau jadi Maryam memang buang terus je Amar tu. 5 tahun ajak pergi Burj Khalifa dia tak nak, datang Fazlina saiko tu terus terhegeh nak pergi yihhhh

    ReplyDelete