Review Drama | Kotaro Lives Alone (2021)


Title : Kotaro Wa Hitorigurashi
Another Title : Kotaro Lives Alone
Director : Kana Matsumoto
Screenwriter : Rin Eto
Network : TV Asahi / Netflix
Aired : 24 April 2021 - 26 Jun 2021
Episodes : 10
Duration : 30 minutes
Cast : Eito Kawahara, Yu Yokoyama, Maika Yamamoto, Katsuhisa Namase , Kanako Momota, Daigo Nishihata, Ken Mitsuishi, Issey Ogata


Kotaro Lives Alone mengisahkan Shin Kitano (Yu Yokoyama) seorang pelukis komik yang tinggal di sebuah aparment kecil. Suatu hari, seorang budak lelaki berusia lima tahun bernama Kotaro Sato (Eito Kawahara) berpindah seorang diri ke sebelah rumah Shin tanpa ibu dan ayah.

Shin pada mulanya malas nak ambil peduli situasi tersebut tapi dia risau kalau kejadian buruk menimpa Kotaro lalu membuat keputusan untuk sentiasa menemani Kotaro ke mana sahaja termasuk menghantar Kotaro ke sekolah.


Kotaro berpindah ke situ untuk mengelak daripada dijumpai ayahnya. setiap minggu penguam, Ayano Kabayashi (Kanoko Momota) akan menghantar duit sumbangan sebagai wang belanja kepada Kotara tapi Kotaro tak tahu duit tersebut sebenarnya wang insuran ibunya dan dia sendiri tak tahu apa yang terjadi kepada ibunya.

bukan senang budak lima tahun nak hidup seorang diri dan Kotaro pula selalu cakap dia nak jadi kuat sebab nak protect orang yang dia sayang dan tak nak bergantung kepada orang lain.


Shin ni macam tak arah hidup, setahun juga dia berhenti melukis komik dan bergantung hidup dengan hasil jualan komik sebelumnya. bila berkawan dengan Kotaro, Shin jadi bersemangat balik untuk melukis komis tapi kerjanya selalu dikritik editornya kerana hasil lukisan teruk walaupun ada plot dan jalan cerita yang bagus.


Shin belajar banyak benda bila berkawan dengan Kotaro, daripada tak kenal jiran tepi dan bawah tiba-tiba Shin semakin rapat dengan jirannya, Mizuki (Maika Yamamoto) dan Isamu (Katsuhisa Namase) apabila masing-masing concern dengan keadaan Kotaro.

mereka cuba protect Kotaro apabila dapat tahu yang ayah Kotaro mengupah penyiasat persendirian untuk mengesan tempat tinggal Kotaro dan masing-masing tak boleh berdiam diri apabila ada yang cuba mengambil kesempatan pada Kotaro.


walaupun ada yang cakap Kotaro adalah beban untuk Shin tapi bagi Shin, Kotaro dah bawa banyak perubahan dan jadi inspirasi buat dia terus melukis. sebab tu Shin cuba create memori yang indah supaya Kotaro ada memori yang gembira sepanjang dia membesar.

walaupun macam tak logik budak 5 tahun nak hidup berdikari tapi dah namanya drama, best juga untuk ditonton plus budak ni pandai berlakon dan durasi drama ni sangat pendek. overall nice story.

Post a Comment

4 Comments

  1. ada nampak di netflix...boleh masuk list..menarik..

    budak kecik kalau pandai berlakon mmg seronok tengok..

    ReplyDelete
  2. Hebat betul boleh hidup sorang diri je pada tahap umur 5 tahun tu. Memang tak logik tapi dapat bayangkan cerita dia best. Secara tak lansung disebabkan budak ni pelukis pun jadi rapat dengan jiran jiran dan ada rasa kasih sayang disitu nak selamatkan budak ni.

    ReplyDelete
  3. Hahaha try juga tgk eps 1 aritu. Ok blm dpt msk lagi citer jepun yg satu ni tp mcm dh bole agak sape bdk kecil tu hehehe kena cr.mood blk nk tgk cite jepun ni

    ReplyDelete
  4. Tak habis lagi yg ni. baru smpt tgk sikit. banyak sangat la cite best keluar now. yelp!!!

    ReplyDelete