Hello Jangan Tapau Cintaku (TV3) | Sinopsis Drama

Hello Jangan Tapau Cintaku (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Hello, Jangan Tapau Cintaku
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Norazwanizan Awang
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Ogos 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Elisya Sandha, Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Syerinie Myra, Lisdawati, Dynas Mokhtar, Badrul Muhayat, Azri Iskandar, Amyza Adnan, Ikhwan Khairudin, Cahaya Nilam, Mieza Idora, Sefik Khair


Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku

Hello Jangan Tapau Cintaku diadaptasi dari novel karya Hasreeyati Ramli mengisahkan Ain Dheya (Elisya Sandha) yang baru mula bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, berasal dari keluarga susah banyak mengajar Ain untuk hidup dengan bersederhana dan berjimat cermat. 

Ain rajin memasak dan membawa bekal sendiri ke pejabat dan jika mempunyai majlis makan-makan, Ain akan membungkus makanan yang lebih untuk dibawa balik sehingga ada yang mengelarnya Minah Tapau.

Ain langsung tidak kisah pandangan orang lain asalkan tidak berlaku pembaziran dan dia dapat berjimat duit membeli makanan kerana mahu membantu kehidupan Mak Jah (Lisdawati) dan adiknya, Aira (Mieza Edora) di kampung.

Hello Jangan Tapau Cintaku (TV3) | Sinopsis Drama

Ain selalu lambat ke tempat kerja sehingga boss mereka, Ash Fayyad (Nafiz Muaz) memantau sama ada Ain melakukan tugasan kerja atau tidak dan pantang salah mesti Ain kena marah dengan Ash.

Ash selalu sibuk dengan kerjanya tambahan pula bapanya sendiri mahu Ash mengambil alih syarikat keluarga mereka. namun teman wanita Ash iaitu Ann Dayana (Eyka Farhana) selalu merungut apabila Ash tidak mempunyai masa untuk dirinya.


kehidupan Mak Jah di kampung makin tertekan apabila Pak Long Asmadi (Azri Iskandar) meminta Mak Jah membayar hutang sewa tapak rumah keluarga sebanyak 30 ribu jika tidak Pak Long akan menjual tanah tersebut.

hasil kebun yang dimiliki arwah suami Mak Jah dan hasil jualan ikan perkasam tidak mampu melunaskan segala hutang tersebut. Aira mahu bekerja mencari duit tapi emaknya tidak membenarnya kerana mahu Aira menumpukan perhatian pada SPM lalu Aira menyuruh Mak Jah memberitahu perkara tersebut kepada Ain.

Hello Jangan Tapau Cintaku (TV3) | Sinopsis Drama

Ash mempunyai seorang adik bernama Alia (Syerinie Myra) yang lumpuh dan selalu berkurung di dalam bilik. Alia sudah berputus asa untuk menerima rawatan malah tidak suka orang luar termasuk teman wanita Ash.

puas sudah Puan Anisa (Dynas Mokhtar) dan Tuan Darren (Badrul Muhayat) mencari pembantu yang boleh menguruskan keperluan Alia tapi semuanya tidak mahu bertahan lama dengan perangai Alia yang panas baran.

Suatu hari, Ash menawarkan gaji bulanan yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga Alia yang berkerusi roda. Ain tertarik dengan tawaran tersebut tambahan pula dia terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang keluarganya.

Mampukah Ain bertahan dengan kerenah Alia dan adakah cinta Ash kepada Ann akan berubah? 

Post a Comment

6 Comments

  1. Eh eh nama wataknya Ain. hehehe dah lama tak layan drama TV

    ReplyDelete
  2. tengok gak drama ni tp mcm x bole nak masuk la jalan citer dia ehhehe ke sbb semua byk pelakon2 baru...

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi drama ni. Ramai pelakon pelakon baru :)

    ReplyDelete
  4. ada tengok sikit2 kat tv..layan dgn mak..

    ReplyDelete
  5. mcm menarik je plot drama ni. sy dah tak tapau lo nim. sy terus gi dine in...

    ReplyDelete