Sinopsis Drama | Checklist Mr. Right (2021)


Drama : Checklist Mr Right
Produksi : Imaginal Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi. Eenaz Mokhtar, Ctna Marzuki, Shamaine Othman
Siaran : TV3/WeTV
Mula Tayangan : 25 Ogos 2021
Episod : 13
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Pelakon : Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Amy Mastura, Wafiy Ann, Atiq Azman, Nelissa Nizam, Harris Baba, Intan Ladyana, Izzat Mushtaq

Checklist Mr Right sebuah drama arahan Tam Suhaimi yang ditayangkan di slot Sakura TV3 bermula 25 Ogos 2021. Drama 13 episod ini menampilkan gandingan Eyka Farhana dan Ikhsan Saleh yang merupakan pelakon dari Indonesia.


actually waktu tertengok drama ni kat tv, dah familiar sangat dengan barisan pelakon dan jalan ceritanya. kalau tak salah tajuk asal drama ni adalah Cinta Itu Fairy Tale tak tahulah kenapa tajuknya diubah kepada Checklist Mr Right.

Drama Checklist Mr Right mengisahkan seorang instafamous bernama Nina Suraya (Eyka Farhana) yang terkenal dengan review mengenai makanan dan produk kecantikan.


Suatu hari, Nina mendapati teman lelakinya, Zach (Harris Baba) telah curang lalu memutuskan hubungan mereka. malangnya ada orang yang telah merakam kejadian tersebut dan Nina menjadi mangsa kecaman netizen.

video viral tersebut hanya menunjukkan bahagian Nina mengutuk Zach dan Nina terus dikecam oleh netizen yang tidak tahu kisah sebenar. kerana video tersebut kerja review Nina terjejas dan hal ini menyebabkan Nina bertambah stress.


Nina membuat keputusan untuk melawat sepupunya Niesa (Afifah Nasir) di Johor Bharu dan disana Nina bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Adam (Ikhsan Saleh).

Siapakah sebenarnya Adam? tonton kesemuanya dalam drama Checklist Mr Right setiap Isnin isnin hingga khamis jam 6 petang di slot Sakura TV3 bermula 25 Ogos 2021. Checklist Mr Right juga boleh ditonton online secara percuma melalui website atau download aplikasi WeTV.

Lagu Tema/OST: Aina Abdul & Daniesh Suffian - Warna Warni

Post a Comment

9 Comments

  1. Banyak juga drama Eyka Farhana tahun ini.

    ReplyDelete
  2. pelakon pelakon baru semuanya. Belum tengok lagi episod 1 semalam.

    ReplyDelete
  3. eh dah start eh....terlepas plak tgk 2 hari ni... ok pasni bole try layan :)

    ReplyDelete
  4. Tengok tadi. Macam... Ada Haris Baba tapi... Laku Eyka tahun ni. murah rezeki dia. :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya pelakon peremppuan tu

    ReplyDelete
  6. ok ade tgk iklan dah kat tv..blm sempat tgk lg nih..

    ReplyDelete
  7. ada nampak di wetv...oo..ada Amy Mastura....boleh try layan..

    ReplyDelete
  8. Eyka Farhana ni kalau berlakun jadi adik fazura mesti sesuai.

    ReplyDelete