Movie Review | Su Ve Ates - Water and Fire (2013)

Movie : Su Ve Ates (Water and Fire)

Country : Turkey
Production : Avsar Film
Director : Ozcan Deniz
Release Date : 15 November 2013
Duration : 1 hour 48 minutes
Cast : Ozcan Deniz, Yasemin Kay Allen, Pelin Akil, Yusuf Akgun, Kaan Cakir, Irem Candar, Sefika Tolun, Burcu Kiratli

sebelum ni ada terbaca review Su Ve Ates kat blog lain tapi tak rasa nak tengok pula bila orang cakap ending dia sedih. disebabkan lately rajin buka youtube melayan drama turki boleh pula terjumpa movie so tengoklah. aku tak ada tik tok tapi dengarnya movie ni viral kat tik tok sampai ada yang menangis. betul ke? 


Su Ve Ates mengisahkan Hasmet (Ozcan Deniz) yang melarikan diri ke London bersama orang suruhannya untuk bersembunyi daripada musuhnya. Hasmet bertemu dengan Yagmur (Yasemin) dalam penerbangan dan kemudian mereka berjumpa lagi di hospital semasa Yagmur menemani kawannya untuk mendapat kan rawatan.

Hasmet memperkenalkan dirinya sebagai Kemal kepada Yagmur, bermula saat itulah hubungan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta. selepas hampir setahun menjalin hubungan, Yagmur selalu ajak Kemal balik ke Turki masalahnya keadaan tak mengizin dan Yagmur tak tahu siapa sebenarnya Kemal.


Hasmet sebenarnya dari keluarga mafia, dia melarikan diri ke London sebab dah bunuh ketua musuhnya. selepas setahun, emak tirinya menyuruh Hasmet pulang ke Istanbul untuk menyelesaikan permusuhan yang berlaku antara kedua keluarga mafia ini.

mereka berpakat menyatukan Hasmet dengan Nupelda (Pelin Akil) dengan harapan dendam antara keluarga ini akan terlerai. bukan senang Hasmet bersetuju dengan perkara tersebut sebab dia sudah merancang untuk mengahwini Yagmur.


Hamza yg merupakan orang kuat keluarga Hasmet tahu yang Yagmur akan menjadi penghalang mereka jadi dia perlu pastikan Yagmur pergi jauh daripada hidup Yasmet lalu mengupah doktor untuk mengugurkan kandungan Yagmur.

benda ini sangat mengejutkan Yagmur bila tahu siapa Hasmet yang sebenarnya padahal dia baru sahaja nak buat kejutan pada Hasmet tentang kandungannya. nasib baiklah Yagmur dapat melarikan diri daripada Hamza dan terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan Hasmet.


konflik antara keluarga Hasmet dan Nupelda agak complicated juga tapi aku tak faham kenapa mereka buat rancangan menyatukan kedua keluarga ini dengan perkahwinan. padahal abang Nupelda sendiri tak boleh terima Hasmet, orang yg telah membunuh bapa mereka. nampak sangat benda ni dari awal lagi tak boleh menyelesaikan masalah.

cinta itu buta, Nupelda dah lama menyimpan perasaan pada Hasmet sebab itu dia nak kahwin juga dengan Hasmet. malangnya perkahwinan mereka tak bahagia bila Hasmet sendiri masih tak boleh lupakan Yagmur dan Nupelda tahu perkara tersebut.


konflik makin memuncak apabila Hasmet dapat jumpa balik dengan Yagmur, waktu ni baru dia tahu yang dia ada anak dengan Yagmur. Hasmet berjanji mahu hidup dengan Yagmur dan anak mereka tapi sebelum itu dia kena selesaikan semua masalah yang berlaku termasuk apa yang Hamza dah buat pada orang dia sayang.

sudah tentu benda ini bukan mudah lagi-lagi hubungan Hasmet dan keluarga Nupelda sendiri sangat tegang. nak tahu Hasmet dapat hidup bahagia ke tidak dengan Yagmur kenalah tengok sendiri movie ni.


walaupun movie ni nampak macam kisah cinta biasa sahaja di permulaan cerita tapi jalan cerita makin menarik bila sampai di pertengahan hingga ke penghujung. 

the good thing emosi pelakon dan cerita sangat bagus ditambah pula dengan muzik latar yang kena dengan mood cerita macam tak hairan ramai yang meleleh bila tengok movie ni. kesimpulangnya cinta itu memerlukan pengorbanan.