Movie Review | Seandainya Kau Ada (2021)


Tajuk : Seandainya Kau Ada
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Chad Rahman, Fadzil Teh
Siaran : Astro First
Tayangan : 29 April 2021
Durasi : 90 minit
Pelakon : Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Ruhainies, Aidit Noh, Fauziah Nawi, Shah Iskandar, Rozita Che Wan, Scha Elinnea, Nafiez Zaidi

Review Movie | Seandainya Kau Ada (Astro)

Seandainya Kau Ada sebuah filem adapatasi novel karya Kamsiah Abu mengisahkan Syahirah (Rasya Rizrose) dan Fazlur (Fendy Bakry) berkawan sejak kecil. selepas Fazlur menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia, mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

malangnya pada hari pernikahan, Fazlur ditangkap basah dengan Rozita (Ruhainies). Syahirah yang kecewa membawa diri ke Uzbekistan dan langsung tidak pulang ke kampung selama enam tahun.

Perkenalan singkat Syahirah dengan Iskandar (Aidit Noh) berjaya membuka hati Syahirah untuk pulang ke Malaysia dan menerima lamaran Iskandar.


Perkahwinan Fazlur dan Rozita tidak bahagia walaupun Rozita cuba mencari jalan untuk membaiki rumah tangga mereka namun Fazlur tetap tidak dapat menerima isterinya. Fazlur berkahwin dengan Rozita semata-mata mahu membalas dendam kepada abang iparnya, Rizman (Shah Iskandar) kerana telah menghancurkan hidupnya .

Rozita pula sanggup menerima segala sejarah hitam Fazlur walaupun tahu keadaan suaminya tidak sempurna. Rozita pergi berjumpa Syahirah untuk menyelesaikan segala faham yg berlaku.


Kehidupan Fazlur musnah kerana tersalah memilih kawan. so point kat sini, kenapa  nak salahkan orang lain bila diri sendiri yang membuat pilihan untuk memilih jalan tersebut. rimas juga bila Fazlur tak habiskan nak salahkan Rizman dan yang menjadi mangsa keadaan adalah Rozita.

tak faham juga sama ada mereka berdua berjaya menamatkan pengajian atau tidak sebab bila balik kerja masing-masing macam tak ada kerja. Fazlur memanjang duduk rumah bergaduh dengan Rozita. Rizman pula tak habis datang minta duit dengan adik sendiri.

Review Movie | Seandainya Kau Ada (Astro)

Permulaan cerita suka juga dengan watak Iskandar tapi bila flashback kisah dia putus tunang, aku macam terkejut juga dengan dialog dia macam wowww sangat.

"Pengantin dari neraka ini tak sesuai bersanding di syurga."

"You nak ke neraka dengan Fazlur atau ke syurga dengan suami you"

eh eh eh kau senang-senang nak tentukan syurga dan neraka orang lain, kau tu perfect sangat ke?

actually watak Iskandar nampak gentleman la cuma itulah tak faham kenapa dialog dia macam ni.  kalau pun tak setuju Shahirah tolong Fazlur, kau siapa nak syurga nerakakan orang. hilang respect betul bila dengar dialog macam ni.


shooting filem dijalankan pada awal tahun 2020 sempatlah team produksi shoot kat luar negara seperti Uzbekistan, Makkah dan Madinah dan beberapa lokasi dalam Malaysia. memang banyak view yg cantik dalam movie ni, paling suka dengan wedding Syahirah dan Iskandar yg berlatarkan tasik timah tasoh. untuknglah dapat kahwin dengan orang kaya.


jalan cerita Seandainya Kau Ada sebenarnya nak bagitahu bercinta tak semestinya bersatu bila segala urusan jodoh dah ditetapkan oleh Allah. cuma kelemahan pada jalan ceritanya bila ada plot yg tak dikembangkan dengan baik dan transition antara plot kurang smooth buat emosi tu tak sampai. dialog pun macam awkward.

tapi ending dia memang sedih lepas tu buat scene pula depan kaabah mahu menangis juga kat situ. drama pukul 7 bila difilemkan. not bad la..

Post a Comment

16 Comments

  1. movie baru..yg ade pn xtgk lagi nih aduhai ^_^

    ReplyDelete
  2. drama kalau takde character development mmg penat minda tengok...kecuali plot cerita menarik..nampaknya 3 hero tu mcm jerk je semuanya...

    shooting kat oversea..bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita dia tak jauh beza dengan drama melayu kat tv..haha

      tempat shooting kat oversea tu memang cantik :)

      Delete
  3. Nampakk macam menarikkkk! Bolehlah try tengokk lepas ni, asyik tengok korea je hahaha.

    ReplyDelete
  4. Filem yang best menampilkan pelakon baru dengan jalan cerita yang menarik.

    ReplyDelete
  5. I'm not a fan of Malay movies or the Islamic romance genre. But your review makes this movie sounds sweet. Maybe I will give it a try. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya shooting location tu....pelakon2 yang menjayakan pun dikenali juga tu. Boleh masuk list juga ni.

    ReplyDelete
  7. Dari pictures nie, nampak memang menarik sinematografi dia. I suka gak nak tengok love story nie kalau mainan emosi dia power. Power tak?

    ReplyDelete
  8. bet this gonna be a good movie that worth for the review. can't wait to check this out

    ReplyDelete
  9. Fuhhh lokasi shootingn citer ni lawa betul. Seronok cuci mata tengok keindahan musim yang mereka paparkan. Cuma tulah, cerita melayu ni kes lebih kurang lah kan. Konflik keluarga tak habis-habis. Letih tengok.

    ReplyDelete
  10. Tak tau plak ada cite ni, nampak sangat Sis tak layan ek astro, sejak dh potong tuu... nanti nak cari kot ada kat Youtube ...

    ReplyDelete
  11. Wah astro 1st pun dah banyak keluarkan movie baru. Boleh masuk wishlist ni. Jalan cerita nampak best

    ReplyDelete
  12. tengok screen shot tiara ni pun nampak best aje dia punya scenary! tapi baca review macam tak nak tengok aje.

    ReplyDelete
  13. Jarang tgk movie dan drama melayu sjrg ni sbb kdg2 cite nak brp menarik sgt

    ReplyDelete
  14. Musim pandemik ni mesti orang suka tengok movie ni sebab latar belakang luar negara. Cantik lokasi deorang shot ni.

    ReplyDelete
  15. Ending dia serius sedih. Tapi macam yang sis cakap lah. Transition dia laju sangat sampai tak sempat nak nangis. Maybe dalam novel dia cerita ni panjang lagi and watak² dan plot dikembangkan lagi. Bila nak jadikan movie 2 jam je pulak tu, kenalah potong cut and edit macam² kan

    ReplyDelete