Movie | Ikinci Sans - Second Chance (2016)

Movie Review | Ikinci Sans - Second Chance (2016)

Movie : Ikinci Sans (Second Chance)

Country : Turkey
Director : Ozcan Deniz
Screenwriter : Ozcan Deniz, Avni Tuna Dilligil
Release Date : 18 November 2016
Duration : 1 hour 36 minutes
Cast : Ozcan Deniz, Nurgul Yesilcay, Afra Saracoglu, Mesut Can Tomay

Ikinci Sans atau Second Chance mengisahkan Cemal (Ozcan Deniz) seorang chef terkenal yang memiliki restorannya sendiri dan juga seorang playboy. Cemal ada seorang anak leaki bernama Mahmut (Mesut Can Tomay) yang baru berusia 19 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.


walaupun masih mudah, Mahmut menolong menguruskan restoran milik Cemal, dalam masa yang sama Mahmut rajin chatting dengan seorang budak perempuan bernama Cicek (Afra Saracoglu) melalui sosial media.

Yasemin (Nurgul Yesilcay) juga seorang ibu tunggal, tiba-tiba dia jadi risau dengan anak gadisnya bila Cicek rajin chatting dengan orang yang tidak dikenali. Yasemin ambil alih laptop Cicek dan tanya soalan yang Mahmut tak reti nak jawab. nak dijadikan cerita, Cemal yang tolong jawab bagi pihak Mahmut.

Yasemin pergi ke restoran Cemal untuk berjumpa dengan Mahmut tapi dah jadi salah faham bila dia ingatkan Cemal tu Mahmut yang cuba menipu anaknya. tapi kes tersebut selesai bila Mahmut dan Cicek berjaya selesaikan salah faham yang berlaku antara Cemal dan Yasemin.


Yasemin juga seorang guru matematik di sebuah sekolah swasta, pengetua di sekolah tersebut nak beli sebuah bangunan untuk dijadikan tempat sekolah mereka buat majlis social dan amal kebajikan. masalahnya Cemal dah beli bangunan tersebut untuk dijadikan restoran barunya.

pengetua minta tolong Yasemin pujuk Cemal jual bangunan tersebut kepada mereka jadi nak tak nak Yasemin kena pergi jumpa juga dengan Cemal. bila dah selalu jumpa masing-masing pun jatuh cinta.

first half movie ni sangat kelakar lagi-lagi part Yasemin dan Cemal baru bertemu dan berkenalan, sampai ke pertengahan terus jalan cerita bertukar lebih serius dan emosi bila banyak konflik yang berlaku dalam hidup Cemal.


hubungan Cemal dan Mahmut tak berapa rapat, Cemal dapat tahu bekas isterinya mengandung pun lepas mereka bercerai tapi dia malas nak ambil tahu hal anaknya sendiri. sampai Mahmut tiba-tiba datang ke Instabul dan tinggal bersamanya.

Cemal susah nak adjust keadaan tersebut apabila selama ini dah biasa hidup sendiri dah bebas tanpa tanggungjawab keluarga. Mahmut pula rasa macam jadi beban bila emak dah berkahwin dan Cemal pula sibuk dengan teman wanitanya. 

bila Mahmut nak tinggalkan dia, baru Cemal sedar dengan salah sendiri dan cuba baiki balik hubungan mereka anak-beranak.


Cemal dah bersedia untuk mulakan hidup baru tapi Yasemin nak putuskan hubungan mereka bila Yasemin masih trauma dengan penceraiannya dulu. bagi Yasemin cara hidup mereka sangat berbeza bila dia nak kehidupan sederhana jauh dari bandar tapi Cemal pula sukakan perhatian dan punya matlamat hidup yang lebih besar.

perangai Cemal sama dengan bekas suaminya so Yasemin takut bila suatu hari nanti Cemal akan bosan dengannya dan tinggalkan dia macam yang bekas suaminya buat dulu. 

lakonan Yasemin sangat bagus, bila dia cerita pasal perkahwinannya dulu boleh rasa yang dia betul-betul terluka sampai takut nak beri peluang pada diri sendiri dan Cemal.


bagi aku jalan cerita dia sangat menarik yang penting ending dia happy, tak ada tragis macam filem Su Ve Ates. kesimpulannya kat sini, peluang kedua akan wujud kalau kita yang mencipta peluang tersebut dan pilih untuk bahagia 😊

Post a Comment

6 Comments

  1. Part kecelaruan identiti tu yang kelakar kan? Mujur jugalah ada penyelesaian lepas tu. Kalau tidak, haru sampai ke sudah chat dengan orang lain dan salah faham.

    ReplyDelete
  2. Trending betul filem romantik Turki sekarang ni ye. Nantilah kalau ada mood nak layan

    ReplyDelete
  3. ai peminat film turkey..awww kena tgk ni

    ReplyDelete
  4. Cerita turkey di mana2 sejak pandemik ni yek... Tapi Aien blom ada jodoh lagi dgn turkey ni. Haha

    ReplyDelete
  5. Tengok tajuk macam mudah je ceritanya tapi baca review, fuhh pusing pusing!

    ReplyDelete