Movie Review | Chomel (2021)


Tajuk : Chomel
Produksi : Double Vision Sdn Bhd
Pengarah : Jason Chong
Siaran : Astro First
Tayangan : 24 Jun 2021
Durasi : 1 hour 30 minutes
Pelakon : Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Zahiril Adzim, Azizah Mahzan, 
Aniq Suhair, Nadia Aqilah, Douglas Lim, Aziz M.Osman, Adibah Noor

tertarik nak tengok filem Chomel sebab jarang kat Malaysia orang buat movie pasal kucing atau haiwan. Chomel mengisahkan Mimi (Airiezara Jasmin) yg rasa keseorangan tanpa kawan selepas ibunya meninggal dunia manakala bapanya, Imran selalu sibuk dan kakaknya, Nora tidak mempedulikannya.

Imran (Zahiril Adzim) seorang freelancer pereka batik selalu sibuk bekerja dan juga menguruskan rumah. Nora (Yuyun Hikmah) pula lebih suka buat hal sendiri selepas ibu mereka tiada. Mimi cuba berkawan dengan geng taman Diva Girls tetapi mereka mengenakan syarat kerana tidak mahu bermain dengan Mimi.

Suatu hari, Mimi terjumpa seekor kucing di tempat buang sampah dan buat keputusan untuk menjaga kucing tersebut secara sembunyi di rumahnya sebab bapanya mempunyai alahan kepada bulu kucing. kucing tersebut diberi nama Chomel.

rahsia Mimi terbongkar apabila Chomel membuat kecoh dan merosak hasil rekaan batik bapanya. Imran menyuruh Mimi membuang Chomel tapi kemudian mengubah fikiran apabila kerja batiknya mendapat pujian daripada pelanggan.

Chomel sebuah filem bertemakan kekeluargaan, konflik dalam filem ini mengenai perebutan hak penjagaan antara Imran  dan Rokiyah (Azizah Mahzan). Rokiyah mahu menjaga cucu-cucunya kerana merasakan Imran tidak boleh menjaga mereka dengan baik dan dia juga tak berkenan dengan menantunya.

kemuncaknya bila Mimi sedih dapat tahu yg bapa dan neneknya bergaduh berebut hak penjagaan anak. Mimi dan Nora membuat rancangan supaya Imran dan Rokiyah dapat berbaik semula.

Mimi dan Chomel merupakan watak utama dalam filem, impress juga dengan lakonan Airiezara sebagai Mimi sebab dia boleh berlakon dengan baik.

bukan senang nak filem dengan haiwan ni, dulu filem Cinta Kura-Kura yg menggunakan kura-kura pun banyak main cgi. tapi dalam Chomel, shot untuk kucing ni memang cantik sebab nampak macam Chomel boleh faham dan bagi respon dengan setiap benda yg Mimi cakap dengan dia.

plot dan jalan cerita agak mendatar sebab isu dan konflik dalam Chomel bukan benda yg baru melainkan kucing tersebut. walaupun durasi filem ni 90 tapi minit aku rasa macam lama giler nak habiskan movie ni bila ada part yg macam hambar.

kalau ada expectation yg tinggi dengan jalan cerita maybe akan kecewa kot tapi kalau nak tengok gelagat kucing comel dan sebagai hiburan keluarga bolehlah melanggan filem Chomel di Astro First.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ya Allah comel sungguh la chomel tu! Gerammm kita!

    ReplyDelete
  2. macam manalah design rekaan Chomel....hehe...mmg cute sungguh kucing tu..

    ReplyDelete
  3. Sesekali ada filem macam ni best jugak untuk tontonan seisi keluarga. Terselit pengajaran.

    ReplyDelete