Drama Turki | Kalp Yarasi (Heart Wound)


Drama : Kalp Yarasi (Heart Wound)
Pengarah : Yildiz Hulya Bilban
Mula Tayangan : 28 June 2021
Pelakon : Gokhan Alkan, Yagmur Tanrisevsin, Merve Cagıran, Toprak Can Adıguzel, Senay Gurler, Mahir Gunsiray, Inanc Konukchu, Burcin Abdullah, Kemal Burak

dah lama juga aku tak melayan drama turki since susah sangat nak jumpa subtitle, tak tahulah pula sekarang ni dah banyak drama turki dari official channel yang siap dengan english subtitle, sangat memudahkan untuk peminat luar. so lepas ni bolehlah godek cari drama yg best kat situ.

drama Kalp Yarasi yang ada subtitle bukan aku jumpa dari channel rasmi, itu yg laju tengok sebab takut kena delete. so far baru update sampai episode 3, tak sure berapa episode untuk Kalp Yarasi sebab siri ini masih lagi ditayangkan di turki.


Kalp Yarasi mengisahkan Ferit (Gokhan Alkan) yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Hande (Merve Cangiran) tapi lagi tiga hari majlis mereka Ferit ternampak tunangnya curang dengan kawan baiknya sendiri, Yaman. Ferit yang kecewa membawa diri ke Istanbul.

sewaktu di Instabul, Ferit terjumpa dengan seorang gadis bernama Ayse (Yagmur) ketika cuba menyelamatkan seekor anjing yang dilanggar kereta. Ferit senang bersama Ayse berborak pada malam tersebut. keesokannya harinya, Ferit datang buat tawaran pada Ayse untuk kahwin kontrak dengannya.

pada mula Ayse tak setuju dengan idea gila Ferit tapi Ayse terdesak perlukan duit bila kawan baiknya masuk lokap gara-gara hendak menolongnya. Ayse bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Ferit selama 6 bulan dan perlu tinggal dengan keluarga besar Ferit di Antakya. serius sangat cantik tempat yang mereka pilih untuk shooting ni.


kalau drama ni dalam genre komedi romantik maybe boleh enjoy dengan kisah cinta Ferit dan Ayse tapi drama ni bergenrekan melodrama, banyaklah isu dengan watak yg ada dalam Kalp Yarasi.

dari awal lagi Ferit dah bagi warning pada Ayse bukan senang Ayse nak diterima sebagai menantu dalam keluarganya since emaknya iaitu Azade dah lama berkenan pada Hande. perangai Azade pula jenis dominan dan suka mengatur kehidupan anak-anaknya. bila ada yg bangkang memang cari nahas.

perkahwinan Ferit dengan Ayse adalah satu protes juga kepada emaknya sebab selama ini Ferit ikut sahaja semua kemahuan ibunya sampai Ferit tak tahu apa sebenarnya kemahuan dia.


rumah Ferit tu memang cantik dan besar tapi seram pula nak duduk situ bila ada emak mertuanya macam Azade. asyik remind Ayse yang dalam rumah dia ada undang-undang yang semua orang wajib ikut cara dia. adoi macam filem P. Ramlee pula.

Azade langsung tak berkenan dengan Ayse siap upah orang untuk siasat latar belakang Ayse sebab dia masih tak berputus asa untuk satukan Ferit dengan Hande. good thing heroinnya walaupun nampak lembut tapi bila Azade cross the line langsung Ayse tak teragak-agak nak bangkang Azade.


Ferit langsung tak beritahu alasan sebenarnya untuk jaga maruah Hande dan Ferit dah warning Hande untuk batalkan sahaja perkahwinan mereka. masalahnya Hande percaya yang Ferit akan berkahwin juga dengannya tapi akhirnya malukan diri sendiri bila Ferit bawa pengantin lain pada hari perkahwinan mereka.

menyampah dengan Hande ni macam dia yang jadi mangsa keadaan, biasalah anak manja yg dah biasa dapat semua benda sekali kena reject macam tu mahu jatuh terduduk nak dapatkan balik hak dia. memanglah Hande takkan pandang Yaman sebab Yaman tu tak ada apa-apa nak dibandingkan Ferit. 

yg Yaman ni pula depan orang bukan kemain baik tapi belakang orang tak habis nak provok Ferit, tikam member dari belakang. dasar tak kenang budi.


hubungan Ayse dan Ferit bukan tipikal drama kahwin kontrak yang gaduh-gaduh cinta, hubungan mereka macam kawan masing-masing nampak sangat matang, sangat tenang dan saling hormat. walaupun perangai mereka jauh berbeza tapi Ferit selesa dengan Ayse yg bawa banyak perubahan dalam hidupnya.

aku pun tak tahu Kalp Yarasi ada berapa episode kalau rajin tengok je la, hero dalam gambar nampak biasa saja tapi bila tengok drama nampak hensem plus gentleman pula tu. tak pasal terjebak.

Post a Comment

16 Comments

  1. Menarik drama ni. Boleh cari nanti

    ReplyDelete
  2. ada tgk org dkt tiktok post pasal cerita ni. haritu dh follow dua movie turki. yang ni masuk list jgk ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi tengok movie Turki. Kot teringin tengok boleh mulakan dengan yang ni.

    ReplyDelete
  4. Ahh yang ni baru ja saya nampak ada org post dekat tiktok hehehe saya siap screenshot lgi untuk saya tengok nanti. wahh memang best jugakan movie turki ni kan

    ReplyDelete
  5. rasanya cite turki last yg mama tgk yg citer hantu tu

    ReplyDelete
  6. Ok. Boleh tengok la nie since WFH kan. Memalam boleh layan la sambil2 turut sama sakit hati atau nangis bila ada scene yang sesuai kan

    ReplyDelete
  7. I haven't watch any Turkish drama. This one sounds interesting. The girl look so beautiful. Maybe I should give this drama a try. Thank you for sharing. Good review.

    ReplyDelete
  8. Sekarang cerita makin popular kan.. lps satu satu cerita y jadi trending. Sis pun layan jugak kadang2 tu.

    ReplyDelete
  9. Seriously I have not watched any Turkey movie before, but their actresses and actors look so gorgeous and handsome.

    ReplyDelete
  10. Lately bnyk dramaa turki trending. Nampak mcm best sbb bnyk plotwist kan. Yg ni pun storyline dia mcm menarik. Nak kena tengok ni

    ReplyDelete
  11. Sekarang memang trend drama turki kan.. fafa xsempat nak tengok2 lagi apa yang best. Nanti nak cari masa sesuai

    ReplyDelete
  12. Macam best jer jalan cerita filem ni, macam familiar jer tapi ni versi oversea kan! Sure lain sedikit from the typical yang kita selalu tengok! Boleh put this on the watch list..

    ReplyDelete
  13. Menarik review drama Turki ni. Tak pernah layan sebelum ni and should give a watch.

    ReplyDelete
  14. Yang satu tu belum tengok lagi, ni ada lagi ek yang best... waaa sejak=sejak ni ramai layan drama Turki yaa hahahaha

    ReplyDelete
  15. Nanti nak tengok. Nampak macam menarik. Akak baru habis citer drama bersiri. Nak sambung citer ni plak. Kikiki.

    ReplyDelete
  16. Saya suka jugak layan drama turki ni. Tp sy suka cte yang ganas dan cte hantu hahah tp turki banyak love story kan

    ReplyDelete