Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria) | Sinopsis Drama


Drama : Cik Ayu Mee Sanggul
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Idora Abd Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 27 Julai 2021
Episod : 16
Lagu Tema: Neeta & Radityo - Jodoh (OST Cik Ayu Mee Sanggul)
Pelakon : Amelia Henderson, Aqasha, Aryan Adzrin, Aznah Hamid, Iman Zulkarnain, Mahmud Ali Bashah, Asha Merican, Nabil Aqil, Natasha Hamzah, Fimie Don, Cat Farish, Shikin Kamal, Rosyam Nor, Dynas Mokhtar


Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul

Cik Ayu Mee Sanggul mengisahkan Ayu (Amelia Henderson) yang dikahwin dengan Tuan Baharom (Rosyam Nor) untuk melangsaikan hutang ibu dan ayahnya. walaupun begitu, kehidupan Ayu bahagia apabila Tuan Baharom membawanya ke bandar dan membenarkan dia menyambung pelajaran ke universiti.

Selepas Tuan Baharom meninggal, Ayu mewarisi segala harta benda arwah suaminya dan menjaga amanat Tuan Baharom dengan baik. Ayu juga mahu berjaya dengan hasil usahanya diri lalu membuka sebuah cafe yang menjadikan mee sanggul sebagai menu utamanya.

Ayu dibantu kawan baiknya dan juga anak saudara arwah suaminya, mereka semua senang dengan perwatakan Ayu yang baik hati, suka menolong orang lain dan membuat kebajikan atas nama Tuan Baharom.


namun begitu, ada juga yang tidak senang dengan status yang dipegang Ayu seperti Wanmila yang menyebar fitnah kononnya Ayu suka mengikis duit dan menggoda kaum lelaki padahal suaminya sendiri yang tak habis menganggu Cik Ayu. Akhtar (Aqasha) juga percaya dengan fitnah Wanmila dan memandang serong kepada Ayu ketika terserempak dengan Ayu di kedai Wanmila.

selain itu juga, Razak yang merupakan adik ipar Tuan Baharom tidak berpuas hati apabila Ayu mewarisi segala harta dan tak habis menyuruh Ayu menyerahkan segala bahagian anaknya. namun Ayu tetap bertegas yang dia memegang segala amanat dan menyuruh Razak melangsaikan segala hutang yang ada lagipun Ayu yang menjaga segala kebajikan anak Razak.

Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Ayu bertambah rapat dengan seorang budak lelaki bernama Uwais (Aryan Azdrin) selepas membantu Uwais yang terjatuh basikal. Uwais juga sangat sukakan Ayu dan juga suka makan mee sanggul di cafe Cik Ayu. masalah berlaku apabila Uwais adalah anak kepada Akhtar dan Akhtar melarang anaknya makan di cafe Ayu.

Akhtar sebenarnya dah benci dengan kaum wanita selepas bercerai dengan isteri yang mempunyai skandal. Wan Cun (mak Akhtar) dan Uwais mencari jalan supaya Akhtar dapat berubah berfikir negatif tentang kaum hawa dan mereka juga mahu menyatukan Akhtar dengan Cik Ayu.

Apakah kisah pengakhiran Akhtar dan Cik Ayu?

Post a Comment

7 Comments

  1. Jalan cerita dia macam best. Tapi itulah belum tengok lagi.

    ReplyDelete
  2. aqasha,...makin berusia makin hensem. hahaha

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dengan amelia ni. cantik. Walaupun dia berlakon macam kaku sikit. Mungkin sebab melayu dia ada slang omputeh kot. Tapi okay la digandingkan dengan aqasha. Wow...

    ReplyDelete
  4. Banyak pula Astro ni citer yang best. Macam nak kena langgan Astro je ni..

    ReplyDelete