Review Drama | Black Malaysia Musim 2 (2021)


Drama : Black 2
Pengarah : Ghaz Abu Bakar, Sein Qudsi
Penulis Skrip : Bernice Low
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 10 Jun 2021
Episod : 10
Durasi : 55 minit
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Zoey Rahman, Nabila Huda, Pablo Amirul, Nam Ron, Adlin Arman Ramli, Josiah Hogan, Luqman Hafidz, Azman Hassan, Juzzthin

selepas mendapat sambutan yg hangat dan ramai yg tak puas hati dengan ending makanya siri Black yg diadaptasi dari drama korea telah disambung ke musim kedua. pengarah untuk untuk Black 2 adalah Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi.

kalau tengok gap antara dua musim ini dengan pandemik lagi sebenarnya tak ambil masa yg lama sangat tapi struggle juga nak faham dengan Black 2 bila aku dah lupa jalan cerita yg musim pertama. sepatutnya letak spoiler terus waktu review first season dulu..haha


Black mengisahkan Sofia (Siti Saleha) yg mempunyai keistimewaan untuk melihat bayang hitam yg menandakan kematian seseorang, apabila menyentuh tersebut dia dapat melihat cara kematian mereka.

444 (Kamal Adli) pula merupakan kaum bunian yg datang ke dunia manusa untuk mencari 419 yg telah melanggar undang-undang mereka. 444 menggunakan badan Malik yg telah mati menerus misi cariannya tapi terganggu apabila ada orang yg menyerang dan mahu membunuh Malik.

444 menggunakan kelebihan Sofia untuk membantunya mencari 419, dalam masa yg sama cuba mencari pembunuh Malik dan motif Malik diserang.


Dalam Black 2 bermula dengan 444 yg berjaya menjumpai 419 malangnya lagi sekali terlepas dan Malik sudah hilang petunjuk tentang 419. 444 cuba membantu Sofia menyelamatkan beberapa orang, secara tak langsung semua benda ini ada kaitan dengan kes runtuhan Seri Setia Mall yg berlaku 20 tahun lepas. kes sama yg cuba disiasat oleh Malik.

bermula dengan kematian Pak Hassan (Rusdi Ramli) yg mahu memberitahu kepada dunia tentang Wong Wai Keong orang yg bertanggungjawab dalam insiden runtuhan tersebut masih hidup dan sengaja memalsukan kematiannya sendiri. 

watak Woo Wai Keong nampak penting bila banyak kes relate dengan dia tapi macam tak penting juga sebab polis sendiri tak pernah buktikan kesahihan tuduhan Pak Hassan tersebut. tak tahulah maybe aku terlepas something.


pihak polis makin tertekan dengan kemunculan Bagas Tobing iaitu orang membunuh Detektif Farid (ayah Sofia) selepas 20 tahun menghilangkan diri. seorang demi seorang menjadi mangsa terbaru Bagas dan polis menyiasat motif pembunuhan tersebut.

selepas kes Bagas selesai, Borhan (Khir Rahman) masih lagi mahu menyiasat kes tersebut disebabkan dia rasa ada benda yg tak kena walaupun pihak atasan dan beri arahan untuk menutup kes tersebut.

bukan senang nak selesaikan semua puzzle yg ada bila tak tahu motif kejadian dan individu yg terlibat. walaupun nampak Rahman (Riz Amin) yg buat semua benda jahat tapi dia cuma nak bersihkan semua taik yg bapa tinggalkan demi menjaga kepentingan Mahkota.


geng polis dalam Black tak pernahlah tak kelakar dengan Borhan yg tak habis menyumpah orang. bengang Borhan apabila kes yg disiasat semuanya ada kaitan Seri Setia. ada apa dengan Seri Setia tu? 

selepas kes Bagas, Borhan dapat jumpa klu yg semua benda ni ada kaitan dengan video rakaman lucah budak bawah umur yg bernama Karina Hani. ada pihak tertentu yg mencari pita rakaman tersebut kerana dalang di sebalik benda ini adalah individu berpengaruh dalam politik.

ramai juga pelakon yg buat penampilan dalam Black kali ini antaranya Adlin Arman Ramli yg memegang watak Zaid, detektif yg baru ditukarkan ke dalam team Borhan. tapi kehadiran Zaid tak dialu-alukan di situ dan Zaid sebenarnya ada motif tersembunyi.


dalam Black 2 juga terselit kisah cinta antara Sofia dan 444 tapi banyak halangan yg berlaku. Dr Aisha (Nabila Huda) masih lagi berharap pada Malik walaupun sedar yg Malik tidak lagi mempunyai perasaan padanya. Lokman (Zoey Rahman) juga menaruh perasaan pada Sofia.

apa akan terjadi apabila Sofia mengetahui identiti sebenar Malik?


jalan cerita musim 2 ni agak complicated, kadang aku pun macam ter-lost dan tak faham sangat. semua benda yg berlaku mesti ada kaitan dengan Seri Setia, pita rakaman dan Mahkota Sejagat. pusing-pusing mesti akan mention tiga benda ni, macam mana Detektif Borhan tak menyumpah bila kes yg disiasat langsung tak ada progress, orang yg berkaitan pun tak dapat dikesan.

aku tak tengok yg versi Korea sebab rasa heroin dia annoying dan kali ni pun aku rasa watak Sofia betul-betul annoying. banyak benda yg dia buat dan nak siasat tapi tak sedar kemampuan sendiri.

bila Sofia nak cari maklumat mengenai Bagas, Malik dah warning jangan pergi seorang diri tapi manalah Sofia nak dengar cakap end up menyusahkan semua orang bila jadi satu kerja pula nak mencari dia. tak tahu kenapa kuasa Sofia macam tak berapa nak function dalam beberapa scene bila dia tak nampak bayang-bayang hitam pada kakak Bagas dan Nazir.


antara yg menarik juga dalam siri Black adalah cinematography yg cantik dan banyak action scene. sangat impress tengok Kamal Adli buat babak dalam air dan scene lawan akhir antara 444 dan 419 rasa macam tengok Jumper pula bila mereka lawan bertukar-tukar tempat.

walaupun jalan cerita Black 2 ada plot hole dan agak mengelirukan tapi masih lagi menarik untuk ditonton sebab jalan cerita dia lain daripada drama pukul 7. barisan pelakon dalam Black 2 sangat mantap dalam deliver watak dan dialog masing-masing terutama Nabila Huda dan Khir Rahman. ending quite nice lah.

Post a Comment

20 Comments

  1. yang musim 1 tak tengok lagi. Ramai kata drama siri black ni best. Cinematography menarik lagi best layan.

    ReplyDelete
  2. nak tgk musim 1 dulu baru nk tgk hat 2..mcm best je citer ni..

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pulak kewujudan drama Black ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni tak keluar kat tv, kena tengok kat viu..hehe

      Delete
  4. Nak tengokkk tapi tak minat kamal adli pulakkk >.<

    ReplyDelete
  5. Ramai juga pelakon dikenali yang berlakon dalam drama ni. Siti Saleha punya rambut tu pelesu ke rambut betul tu?. Nampak cute pulak fesyen macam tu.

    ReplyDelete
  6. Akak tengok Black Korean Drama aje. Belum tengok Black VIU ni lagi. Season 1 dan 2 belom lagi. Tengok dari review ni macam best. Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha macam good pairing. Nanti nak tengoklah. Tq share.

    ReplyDelete
  7. Nampak gaya I kena tengok yang first season dulu la sebelum tengok this one. Bagus gak ada cerita thriller Malaysia gini. Berkembang la sikit dunia drama Malaysia.

    ReplyDelete
  8. gee.. this seems like a very good watch and i wanna watch the season 1 first... then watch this next

    ReplyDelete
  9. Tengok dekat viu je kan sis? Nak kena tengok ni. Baca sini teruja pula nak layan. Tapi kena tgk season 1st dulu baru faham.

    ReplyDelete
  10. Ada nampak kat VIU tapi belum nengok lagi.. now duk layan Netflix aje manjang hahahaha..

    ReplyDelete
  11. Ala. Apeni !! Musim 1 pun tak tengok lagi. Hee~ Nanti lah kejar Musim 1 dulu baru tengok yang terkini ni.

    ReplyDelete
  12. Suka jalan cerita yg ada kelainan mcm ni.. xde cliche penuh dengan kisah cinta semata

    ReplyDelete
  13. macam best je citer ini.kena tengok musim 1 dulu nie :)

    ReplyDelete
  14. Best dah tengok yang season 1 , cerita ni follow Kdrama dengan nama yang sama Black . Tu rasa kagum sebab memang lain dari yang lain drama Melayu yang biasa kita tengok pukul 7 tu. Nanti bolehlah layan season 2 pulak.

    ReplyDelete
  15. Sebelum ni ada tgk beberapa episod Black yg versi korea. Baru tau rupanya drama black versi melayu pun ada. tak sangka dah siap 2 season. Thank you share!

    ReplyDelete
  16. Wah, ada Nam Ron, Khir Rahman dan Adlin Aman Ramli? Tiga2 pelakon favorite saya tu. Tapi sy belum tgk lagi siri yg 1st.

    ReplyDelete
  17. belum habis tengok lagi..stop at ep4..mula2 tu excited tapi bila dah tengok mcm pening lalat sikit...hehe..

    ReplyDelete