Ayahanda (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Ayahanda
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Penulis Skrip : Maizura Mohd Ederis, Wan Mahani Wan Hassan
Siaran : TV3
Episod : 13
Mula Tayangan : 10 Jun 2021
Lagu Tema/OST : Awie - Coretan Pilu
Pelakon : Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikri Ibrahim, Shah Jaszle, Hairi Safwan, Noorkhiriah, Mimi Ernida, Rita Nadira, Ahmad Tamimi, Sobri Anuar, Sherry Ibrahim

Ayahanda sebuah drama terbaru di slot Lestary TV3 yg diinspirasi dari novel berdasarkan kisah benar karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah. drama bersiri 13 episode diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan dibarisi barisan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.


Ayahanda sebuah drama yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang mengisahkan Haji Abdullah (Jalil Hamid) seorang imam di sebuah masjid lama. ramai orang muda di kampung tersebut tidak suka dengan Haji Abdullah kerana menggunakan kaedah pengajaran kitab yang dianggap lapuk dan ketinggalan zaman.

keadaan masjid yang uzur dan penuh kerosakan dijadikan alasan oleh orang muda untuk tidak mahu bersolat di situ kerana takut nyawa mereka melayang ketika berada di situ. 

Ramli dan Ahmad selalu mendengar jemaah muda yg merungut tentang ayah mereka tapi langsung tidak bersuara mempertahankan Haji Abdullah apatah lagi menyokong tindakan jemaah muda di masjid tersebut.


Haji Abdullah dan Hajah Noriah (Fauziah Amad Daud) mempunyai empat anak iaitu Halimah (Norkhiriah), Ramli (Shah Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah menyeru Aziz pulang ke kampung untuk membincang masalah ayah mereka dan juga masjid kerana Haji Abdullah lebih suka mendengar cakap Aziz berbanding adik-beradik yang lain.

Aziz sendiri mempunyai masalah lain apabila isterinya, Mazni (Rita Nadira) terlalu sibuk dengan bisnes online sehingga tiada masa untuk menguruskan kerja rumah dan anak mereka. Aziz cuba bersabar dengan tindakan isterinya dan membantu menguruskan hal rumah dan anak mereka.

Haji Abdullah gembira mendengar berita kepulangan Aziz kerana telah berbincang dengan Lebai Kassim (Ahmad Tamimi) mahu meminta Aziz membantu membuat kertas kerja memohon dana bagi membaik pulih kerosakan di masjid tersebut. namun begitu, Haji Abdullah terkilan bila tahu yg anak-anak tidak menyokong usahanya.


Aziz meminta Haji Abdullah meletakkan jawatan di masjid tersebut kerana mampu menanggung keperluan ibu dan ayah mereka. Ramli dan Ahmad yang selalu berdiam diri selama ini rupanya hanya kerana hormat dengan Haji Abdullah tetapi mereka sebenarnya menyokong pendapat jemaah muda yg lain.

Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkah anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah? 

Post a Comment

18 Comments

  1. Sedih cerita ni bila anak2 minta ayah letak jawatan jadi imam.. tak sabar tunggu next episod

    ReplyDelete
  2. adoiii sampai macam tu sekali masjidnya. Kalau dah tak nak solat tu bermacam alasan diberi kan

    ReplyDelete
  3. Oh ni kisah family ye....pelakon pun ramai yang dikenali ni. Pasti penghayatan watak terbaik ni.

    ReplyDelete
  4. Tak sempat nak tengok kat tv. Nak tengok online kena subscribe pulak kat disney+hotstar. huhu

    ReplyDelete
  5. Tengok drama ni hari tu
    Sedih sgt 😭

    ReplyDelete
  6. tengok tajuk macam sedih jeee, pastu tengok barisan pelakon hah, memang akan sedih ni pastu baca pulak sinopsis, konfem meleleh air mata kalau tengok !

    ReplyDelete
  7. Jalil Hamid? Ogy Ahmad Daud? Wow! Gandingan mantap tuh. Mesti best. Nak usha la kelak.

    ReplyDelete
  8. Sedih la pula jalan cerita ni. Lagi sedih bila pelakon hebat pegang watak. Memang boleh bikin kita pun rasa sebaknya.

    ReplyDelete
  9. Baru tadi tengok tapi tak pasti episod berapa. Tadi ayah Haji pergi Masjid nak beriktikaf pastu masa dia ngaji turun hujan lebat , mak haji pula datang ke masjid cari suaminya tiba2 palang kayu jatuh timpa mak haji dan ayah haji pulak macam jatuh tangga. Apalah nasib diorang berdua tu yer. Best jugak ceritanya. Rasa macam emosi pulak.

    ReplyDelete
  10. Itu sinopsis dia. Tengok tak faham sangat sebab rasa Ayahanda tu cuba menolak anak-anak dan keluarga dia sendiri. ==' Rupa-rupanya begitu..

    ReplyDelete
  11. Baru dapat tgk citer ni semalam...
    kadang geram plak ngan ayahanda tu sebab degil tp kadang kesian pun ada...

    ReplyDelete
  12. Sedih laaaa.. walau Ayahnya kepala batu, tapi dah Ayah kita kann.. tu semalam apalah ceritanya mereka berdua kena hempap kayu tuuu, huwaaaa.. terus teringat arwah Abah dan arwah Emak Sis huuuuuu :((

    ReplyDelete
  13. Best ek cte ni? Kte selalu tgk iklan je tp selalu lupa nak tgk sbb selalu malam kul 9 dok tgk drama korea haha nnt nak tgk la sbb pelakon dia best2

    ReplyDelete
  14. what an interesting drama. loving the entire cast featured here

    ReplyDelete
  15. Kalau Uncle Jalil Hamid berlakon watak ayah ni memang menyentuh perasaan. Tambahan saya rindu arwah ayah saya. Rasa macam bila dia sedih, saya pun sedih. Bila dia happy saya pun happy. Terkesan sangat dengan lakonan Jalil Hamid. Memang best.

    ReplyDelete
  16. lama x tgk ahmad tamimi mengarah dan berlakon.. cerita keluarga temanya berat.. mesti best cerita dia

    ReplyDelete
  17. Kita tengok iklan jer baru tak sempat lagi nak hadap tv tonton drama ni hehehe tengok barisan pelakon hebat ada Jalil Hamid, Ogy dan Fikri Ibrahim kan ok lah tu best juga kena tonton ni...

    ReplyDelete