Drama Korea | Sell Your Haunted House (2021)


Title : Sell Your Haunted House
Director : Park Jin Suk
Screenwriter : Ha Soo Jin, Jung Yeon Seo, Lee Young Hwa
Network : KBS
Aired : 14 Apr 2021 - 9 Jun 2021
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Genre : Mystery, Fantasy, Thriller
Cast : Jang Nara, Jung Yonghwa, Kang Hong Suk, Kang Mal Geum, Baek Eun Hye, Ahn Kil Kang, Heo Dong Won, Kim Sung Bum, Choi Woo Sung

Sell Your Haunted Hause mengisahkan Hong Ji Ah (Jang Nara) mewarisi kebolehan untuk menyingkirkan roh daripada keluarga. dia juga pemilik Daebak Realty iaitu sebuah syarikat hartanah kecil yg pakar menjual rumah yg mempunyai masalah mistik.

Hong Ji Ah menggunakan kebolehannya untuk menghapuskan roh yg tidak tenteram dengan cara tersendiri sebelum proses menjual beli rumah dan bangunan dapat dilakukan.


Oh Jin Beom (Yonghwa) pula kaki penipu yg menjual alat yg kononnya boleh menghalau hantu. Jin Beom apabila bisnes dia merundum disebabkan pelanggannya dirampas Ji Ah. 

Suatu hari, Jin Beom secara tak sengaja menganggu Ji Ah melakukan proses exorcism pada sebuah bangunan dan roh tersebut telah masuk ke tubuh Jin Beom. so Ji Ah tahu yg Jin Beom ni sebenarnya psychic  dan nasib baik Ji Ah dapat mengawal keadaan.

psychic ni tak boleh nampak hantu tapi ada kebolehan untuk menarik roh masuk ke dalam tubuh badan dia dan sepanjang dirasuk tu, psychic ni memang tak akan ingat apa. Hong Ji Ah sebagai exorcist akan menggunakan peluang  yg ada untuk menghapuskan roh tersebut.


pada mulanya Oh Jin Beom tak percaya yg dia ada kebolehan menjadi psychic dan tawaran untuk menjadi psychic kepada Hong Ji Ah juga ditolak sebab dia tak percaya dengan perkara mistik ni semua.

tapi benda yg menganggu Oh Jin Beom adalah rantai yg diberikan Hong Ji Ah sama dengan rantai yg pacik dia bagi pada dia sebelum meninggal dunia. jadi dia terima tawaran untuk bekerja dengan Hong Ji Ah dalam pada yg sama menyiasat apa kaitan Daebak Realty dengan kematian pacik dia.


banyak rumah yg telah dibeli oleh pemaju untuk dibangunkan tapi Hong Ji Ah tetap berdegil tak nak jual rumah dia yg juga digunakan sebagai pusat operasi Daebak Realty.

alasannya adalah roh ibu Ji Ah masih lagi berada di rumah tersebut dan sendiri sebenarnya buntu nak cari jalan untuk menghapuskan roh ibunya. semua psychic yg dia jumpa tak mampu menolongnya termasuk Oh Jin Beom.

banyak persoalan yg buat kita nak tahu juga apa kaitan antara Oh Jin Beom dan pacik dia dengan Hong Ji Ah. 


walaupun drama ni pasal hantu dan roh yg tak tenteram tapi cite dia kelakar. selalunya bila selesai exorcism, Hong Ji Ah yg akan dapat memori roh tersebut dalam kes Jin Beom ni special sikit bila semua memori pergi kat dia.

bila dapat memori roh yg suka membersih habis satu rumah dia kemas, dapat yg sensitif sepanjang masa asyik nak menangis. Ji Ah suruh dia abaikan sahaja memori tersebut tapi bagi Jin Beom dia tak boleh ignore bila ada mesej roh tersebut nak sampaikan pada orang yg tersayang.

walaupun Jin Beom ada sejarah scam orang tapi sejak jadi psychic nampaklah sisi baik dia yg cuba untuk menolong walaupun Ji Ah tak setuju dengan cara Jin Beom.


suka watak Hong Ji Ah dalam drama ni sebab dia jenis yg lasak dan tak kisah orang lain, gangster pun takut nak cari pasal dengan dia. Oh Jin Beom pula agak kontra bila ada saja part dia yg kelakar.

overall, plot dan storyline nampak menarik tapi apa yg best pasal drama ni sebenarnya lakonan mantap daripada Jang Nara dan Yonghwa.

Post a Comment

5 Comments

  1. Tak dan lagi nak tengok drama ni😂. Macam best. BTW, jemput join bersegmen dengan Syu untuk pencarian bloglist okey 👉🏼https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html

    ReplyDelete
  2. .ada nampak kt viu...best ni, kisah estate agent...yonghwa berlakon..

    ReplyDelete
  3. Baru tengok dua episode. Nanti boleh sambung lagi. Banyak sangat dalam list sekarang ni tengah current watching. hAha

    ReplyDelete
  4. nice.... its like comedy horror

    ReplyDelete
  5. Tak sangka yonghwa dah terjebak dalam lakonan jugak. CNBlue pun lama dah tak muncul. Okay cerita kelakar macam best nak tengok campur seram seram.

    ReplyDelete