Ratu Ten Pin (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Ratu Ten Pin (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Ratu Ten Pin
Produksi : JS Pictures
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : Rozse Faisal, Chinta Adeesha
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 28 Jun 2021
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nisdawati, Eizlan Yusof, Aleeza Kassim, Esma Daniel, Wanie Kyrie, Nasz Sally

Ratu Ten Pin sebuah drama bersiri terbaru  yg mengangkat tema suka boling di Astro Ria menggantikan drama Scammer mulai 28 Jun. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Elisya Sandha, Fify Azmi, Nazim Othman, Wanie Kyrie dan juga penampilan sulung bekas atlet kebangsaan, Syaidatul Afifah.

Ratu Ten Pin mengisahkan tentang tiga gadis yg berasal dari latar keluarga yg berbeza mengejar impian untuk bergelar Ratu Tenpin Negara. 


Norma (Elisya Sandha) berasal dari keluarga miskin, dengan keadaan ibunya yg sakit tenat memaksa bapanya bekerja keras untuk mencari wang membeli ubat untuk ibunya. Norma dan abangnya juga turut membantu menjual kelapa di gerai bapa mereka.

sejak kecil lagi Norma sangat suka bermain boling dengan menggunakan botol kosong dan buah kelapa sebagai alat permainannya. selepas habis belajar, Norma mencari kerja di Kuala Lumpur bersama kawan baiknya, Nurin (Nasz Sally).

dari situ, Norma berpeluang untuk bermain boling dengan menggunakan bola boling yg sebenar bukannya boling kelapa.


Reezs (Fify Azmi) dibesarkan dalam keluarga bermasalah yg melihat kedua ibu bapanya bergaduh. walaupun begitu Reezs sangat rapat dengan ibunya, Maznah (Nisdawati) dan sejak kecil lagi selalu menemani ibunya ke latihan boling.

sebagai bekas atlet boling Maznah selalu memasang impian mahu Reezs mengikut jejak langkahnya walaupun begitu Maznah tidak mahu memaksa apabila Reezs mengatakan yg dia tidak berminat dengan sukan boling.

Ratu Ten Pin (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sandra (Syaidatul Afifah) sangat bertuah apabila dibesarkan dalam keluarga senang dan menerima latihan boling secara profesional sejak kecil lagi bersama abangnya, Arief (Nazim Othman).

cara asuhan kedua ibu bapanya yg mahu anak mereka menjadi pemain boling terbaik juga selalu memberi tekanan kepada Sandra untuk menang dalam setiap kejohanan yg disertainya.


Apakah akan terjadi apabila tiga gadis ini bertemu? Adakah mereka dapat menjadi pemain boling terbaik yg dapat mengharumkan nama negara? Saksikan kesemuanya dalam Ratu Ten Pin setiap isnin hingga khamis jam 11 malam di Astro Ria.

Post a Comment

6 Comments

  1. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    ReplyDelete
  2. mcm best je drama ni. kena tengok la..

    ReplyDelete
  3. drama ni pon mcm best gak ni..

    ReplyDelete
  4. menariklah! and lagu tema tu memang fuhhh sesuai sangat!

    ReplyDelete
  5. Belum tengok lagi. Drama yang menarik cerita tentang sukan bowling.

    ReplyDelete