Movie Review | Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa (2021)


Tajuk : Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa
Produksi : Enjit-enjit Semut
Pengarah : Mamat Khalid
Siaran : Astro First
Tayangan : 27 Mei 2021
Durasi : 96 minit
Pelakon : Bell Ngasri, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri, Nazeera Saidi, Afea Deanna, Awie, Kaka Azraff, Joey Daud, Yeop Hitler, Ahmad Yasin, Avaa Vanja, Elizad Sharifuddin, Norainisham, Nizam Mokram, Imuda

tak tahu pula lepas 18 Puasa Di Kampong Pisang, Mamat Khalid ada lagi filem baru untuk raya iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa. terjebak juga melanggan movie ni bila ramai yg cakap best.

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa mengisahkan penduduk Kampong Pisang bergotong royong menyediakan juadah untuk menyambut hari raya. jalan cerita kali ini lebih ringan dan santai, selain daripada membuat persiapan raya terselit kisah cinta yg tergantung sepi.

Cik Chun (Nazeera Saidi) kecewa apabila Husin (Awie) balik dengan teman baru iaitu Nelly (Kaka Azraff) anak Dato Mahfuz. Barkoba (Bell Ngasri) dikejut dengan kepulangan kekasih lamanya, Yati yg telah bercerai. dan ada lagi beberapa kisah menarik pada watak lain.

yang best layan citer Kampung Pisang sebab watak yg ada macam Yah Kuchai, dalam movie ni tak habis dengan pantun burung merbuk di laut, asam di darat. kemain lagi pickup line dia..haha

part Daud M dan Manap Sengau yg penat nak gelak tengok diorang dua bergaduh, sibuk nak betulkan orang padahal diri sendiri pun tak betul. dalam muzikal ni memang havoc la bila yg lain pun join sekaki menyanyi dengan penuh perasaan.

kalau follow citer Kampong Pisang dari siri lagi memang akan terbiasa dengan watak dan lawak mereka. dialog dia memang best dan kelakar, tak habis menyindir drama pukul 7. 

overall jalan cerita memang simple sangat sampai tak tahu nak komen apa tapi yg pasti cerita macam ni sesuailah nak tengok santai-santai dengan keluarga di hari raya sambil dengar lagu raya tu.

Post a Comment

9 Comments

  1. Pergghhh Mamat Khalid memang all out ea dengan franchise ni. Kemain siap ada musical lagi

    ReplyDelete
  2. huaaaa, i terlepas nak tgk... tgk listed lagu dia best2 huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ia santai , tak berapa berat macam Puasa 18 kan.. haha. Pak Karim best haha

    ReplyDelete
  4. Terlepas lah nak tengok :'(

    ReplyDelete
  5. seronok tengok ni... terhibur walaupun xde storyline sgt pun.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. yang siri pun tak tertengok lagi ni dh ada muzikal pulak? haihhh

    ReplyDelete
  7. ala tak tengok lagi. mesti pecah perut ni

    ReplyDelete
  8. Beberapa watak memang function. Prefer bukan musikal lagi berbanding musikal. but still lawak dan best layan.

    ReplyDelete