Drama China | Please Feel at Ease Mr Ling (2021)


Title : Please Feel at Ease Mr. Ling
Director : Zhong Qing
Screenwriter : Dai Qi, Daisy Yan
Network : Youku
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Zhou Lusi, Terry Liu, Zhou Jun Wei, Qi Pei Xin, Daisy Li, 

Please Feel at Ease Mr. Ling mengisahkan Ling Yue yg terlibat dalam kemalangan dan Gu Anxin yg menjumpai Ling Yue membawanya ke hospital. bila tahu lelaki tersebut hilang ingatan, Anxin rasa bersalah juga makanya terpaksa dia bawa Ling Yue pulang ke rumahnya.


Ling Yue sebenarnya CEO sebuah syarikat teknologi, New Way dan juga anak orang kaya yg mana bapanya pengasas kepada Ling Group. persaingan antara Ling Yue dan abangnya, Ling Fang untuk berebut jawatan chairman dalam Ling Group sangat tinggi sebab tu Ling Yue abangnya yg merancang kemalanganya.

Ling Yue terpaksa berpura-pura hilang ingatan dan bersembunyi di rumah Gu Anxin untuk mengelak daripada ditemui daripada orang-orang Ling Fang. semasa tinggal di rumah Anxin, Ling Yue dan Anxin saling jatuh cinta.


dalam 10 episode awal tu konflik dalam drama ni nampak macam ringan sebab mostly jalan cerita lebih fokus pada Ling Yue dan Anxin. Anxin bekerja sebagai penghantar barang untuk tampung kehidupan dia tapi Anxin sebenarnya bercita-cita untuk menjadi kartunis. dia pun tak ambil serius nak fokus pada webtoon dia disebabkan rating yg rendah.

tapi bila banyak watak baru yg muncul dan Anxin dapat tahu siapa sebenarnya Ling Yue, aku rasa jalan cerita jadi dragging bila banyak pula subplot baru. bukan Ling Yue sahaja yg ada konflik tapi Anxin pun ada konflik sendiri bila kena buang dengan keluarga angkatnya.


keluarga angkat Anxin iaitu keluarga Gu antara orang yg berpengaruh juga, Anxin bergaduh dengan bapa angkatnya kerana dikatakan memalukan keluarga mereka. sejak itu Anxin berhenti belajar dan hidup berdikari.

dalam keluarga tersebut Gu Ansheng sahaja yg layan Anxin dengan baik. Ansheng ni memang concern giler dengan Anxin. bila tahu Anxin dating dengan Ling Yue, nampak sangat yg Ansheng sebenarnya dah lama simpan perasaan dengan Anxin. 

Ansheng ni memang baik tapi perangai yg overprotective tu annoying macam takde kerja pula sepanjang masa asyik cari Anxin.


Gu Xin Er pula walaupun luarannya nampak macam baik tapi dari kecil tak pernah suka dengan adik angkatnya. dia ni macam kurang kasih sayang juga sebab abang dia lebih sayangkan Anxin dan bapa dia pula tak pernah bagi peluang untuk menerajui syarikat keluarga disebabkan dia anak perempuan.

Xin Er pernah satu sekolah dengan Ling Yue dulu lepas tu cemburu bila tahu Anxin dating dengan Ling Yue. Xin Er ni memang terkejar-kejar Ling Yue sampai sanggup guna taktik kotor untuk pisahkan Ling Yue dan Xin Er.

yg kesian dengan Ling Sheng yg dah lama suka pada Xin Er tapi Xing Er tak pernah nak buka hati pada mamat ni.


dari awal lagi nampak Ling Fang ni macam orang jahat tapi bila tengok setiap episode nampak macam dia pak lawak pun ada juga. walaupun Ling Fang memang suka bersaing dengan Ling Yue dari kecil tapi ada satu episode nampak dia concern dengan Ling Yue yg ditimpa kesusahan. persoalannya siapa yg jahat sebenarnya ni?


walaupun drama ni ada 24 episode sahaja tapi jalan cerita dia sangat slow sebab banyak sangat plot dan subplot baru nak ditambah. aku rasa director dia nak buat banyak benda supaya tak nampak klise tapi bagi aku tak berapa menjadi.

yg best pun tengok sebab chemistry antara main lead tu memang best, walaupun ada orang menganggu hubungan mereka tapi mereka tak ambil masa yg lama pun untuk selesaikan salah faham yg  berlaku.  yg tak best ada beberapa episod tu subtitle tak betul macam guna google translate je stress juga nengok sebab pening dengan subtitle dia.

Post a Comment

1 Comments