Review Telefilem | Hello Suria (Awesome TV)


Telemovie : Hello Suria
Produksi : Roman Abadi Sdn Bhd
Pengarah : Muzammer Rahman
Siaran : Awesome TV
Tayangan : 14 Februari 2021
Pelakon : Sara Ali, Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Dottie

Hello Suria mengisahkan mengenai detik pertemuan dan percintaan di antara dua insan iaitu Suria (Sara Ali) dan Ilham (Beto Kusyairy). Suria seorang graduan undang-undang tapi bekerja dalam bidang pemasaran. impian Suria sebenarnya nak bekerja dengan sebuah firma jepun di Malaysia tapi permohonannya belum lagi diterima.


Pertemuan pertama Suria dengan Ilham di kedai kucing, apabila mereka terperangkap di kedai tersebut banyak benda yg mereka sembang dan tak sangka minat mereka sama. buku, kucing cuma Ilham bukan peminat kopi macam Suria.

mulai saat itu mereka berkawan baik dan selalu melepak bersama sehinggalah Suria salah faham pada Ilham. Ilham pula clueless kenapa Suria tiba-tiba mengelakkan diri daripadanya.


jalan cerita Hello Suria sama macam kisah cinta yg pernah tengok sebelum ni tapi topik yg Suria dan Ilham menyembang tu menarik sebab selalunya dalam drama melayu topik yg hangat mesti pasal harta tak pun kahwin. ini diorang banyak sembang pasal buku, kopi dan Ilham pula peminat tegar kumpulan Kembara M Nasir.

suka part bila Beto nak luah perasaan pada Suria tapi aishhh slow bebenor..macam mana tak merajuk si Suria tu. siapa yg minat Beto dan nak tengok Beto menyanyi silalah tengok telemovie ni 😊

Post a Comment

6 Comments

  1. Lain pulak isu borak dia ye. Gandingan pelakon yang agak janggal tak biasa nampak berlakon bersama.

    ReplyDelete
  2. boleh tonton..menarik dialognya..

    ReplyDelete
  3. ohh kiranya typical malay punya cerita la kann hehe

    ReplyDelete
  4. alamak, i love both tapi tatau kewujudan cita ni .. kena subscribe awesome tv ni

    ReplyDelete