Ramadan Pertama Edi (Astro Ria) | Sinopsis Drama


Drama : Ramadan Pertama Edi
Produksi : Yureka Films
Pengarah : Ezrie Ghazali
Penulis Skrip : Sham Hashim, Bainun Waheeda, Akmal Nahar, Arshad Adam
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 31 Mac 2021
Episod : 8
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Raja Azura

Ramadan Pertama Edi sebuah drama bersiri komedi terbaru di Astro Ria menggantikan drama The Maid yg ditayangkan bermula 31 Mac 2021. dibarisi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Nawawi dan Elly Mazlein.

Ramadan Pertama Edi mengisahkan Edi (Redza Rosli) dan Nadia (Mimi Lana) yg akan menyambut ramadan pertama mereka selepas enam bulan berkahwin di rumah bapa Nad iaitu Pak Sobri (Aznil Nawawi).


Edi gemuruh nak balik rumah pak mentuanya disebabkan majlis akad nikah online dulu yg kecoh gara-gara kekasih lama Edi tiba-tiba menerjah masuk melalui live streaming. Edi risau nak berdepan dengan Pak Sobri selepas insiden tersebut.

Selain bapa mertuanya, Naemah (Elly Mazlein) kakak Nad juga tinggal dengan Pak Sobri apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya yg kononnya bekerja di Singapura dan tak dapat pulang disebabkan pandemik.


bila tinggal serumah dengan bapa mertua ni terpaksalah Edi memikirkan cara untuk memikat hati Pak Sobri. bukan senang nak masuk dengan keluarga ni tambah pula perangai Naemah pun macam Pak Sobri juga susah nak teka mood mereka.

sejak berkahwin dengan Nad banyak juga pengorbanan yg Edi terpaksa buat seperti berhenti merokok bila Nad disahkan mengandung. yang paling mencabar bila pertama kali Edi kena berpuasa penuh dengan keluarga Nad. sangat mencabar time puasa ni, air kolam pun nampak macam air bandung.

Ramadan Pertama Edi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

drama ini baru sahaja ditayangkan dua episode tapi best  dan kelakar tengok gandingan Pak Nil dan Kak Lina Pom Pom yg bikin gamat keadaan. watak Edi pula memang kesian bila selalu salah timing dan blur nak menyembang dengan bapa mentua dan kakak iparnya.

banyak lagi rahsia keluarga ini yg bakal terbongkar tapi berjayakah Edi untuk berpuasa penuh bersama keluarga Nad? yg itu kenalah tengok sendiri dalam drama Ramadan Pertama Edi.

Post a Comment

9 Comments

  1. hahahaah byk btul citer best2 kat astro skrg ni ye..
    ni kena langgan astro blik ke camne ni haha?!

    ReplyDelete
  2. Best drama ni. Dah tengok episod satu. jadi best sebab ada kak lina dan lawak lawak dia.

    ReplyDelete
  3. Ramadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Ada kak lina.. memang ohsemlah.. hehehe

    ReplyDelete