Takdir Yang Terhenti (TV3) | Review Telefilem

Takdir Yang Terhenti (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Takdir Yang Terhenti
Produksi : Primeworks Studios
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Shukran Syafiq
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 4 Mac 2017
Pelakon : Syafiq Kyle, Zara Zya, Jasmine Suraya,  Amirul Farqeem, Ku Faridah, Feiyna Tajudin, Liza Zain


Takdir Yang Terhenti mengisahkan Asif (Syafiq Kyle) yang bercinta dengan Mary (Jasmine Suraya) dan mahu mengahwini Mary tapi hubungan mereka tidak direstui Norisa (Mak Engku) kerana berlainan agama.

ibu mana tak bimbang kalau anaknya ambil mudah bab solat dan selalu lalai inikan pula nak membimbing isteri masuk Islam. Mampukah Asif menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami sekiranya berkahwin dengan Mary?

Hal ini menyebabkan Norisa mahu menjodohkan Asif dengan Raudhatul (Zara Zya) kerana akhlak dan agama yang dimiliki gadis tersebut dengan harapan dapat mengubah anaknya.

Takdir Yang Terhenti (TV3) | Review Telefilem

Asif terpaksa mengikut kehendak ibunya tapi selepas berkahwin, Asif tak habis nak marah dan cari salah Raudhatul dengan harapan isterinya akan minta cerai. 

Raudhatul pula selalu berdoa suaminya akan berubah dan tidak pernah pun cerita layanan buruk yg dia terima apabila ditanya oleh keluarga mereka.

Takdir Yang Terhenti (TV3) | Review Telefilem

tak tahu la kalau sebelum ni Syafiq Kyle ada bawa watak macam ni tapi seriusly rasa nak maki je perangai lelaki macam ni. kalau tak suka lepas cara elok kenapa nak seksa jiwa batin isteri macam tu. 

jangan sampai bila isteri dah tiada baru boleh nilai yg mana intan yg mana kaca. waktu tu nak menyesal pun dah terlambat selain daripada redha. telemovie ni penuh dengan pengajaran, walaupun Mary kecewa kerana ditinggalkan Asif tapi dia dapat hidayah dengan cara yg lebih indah. 

Post a Comment

10 Comments

  1. Macam pernah tengok cerita ni. Tapi lupa dah, baca jalan cerita pun tak ingat. huhu...kena tengok semula :)

    ReplyDelete
  2. hahaha part yg nak maki tu yang buat AD nak tengok cerita ni..kompem best

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram je tengok syafiq kyle dalam cite ni..haha

      Delete
  3. Tak pernah tengok. boleh tengok lapang nanti..

    ReplyDelete
  4. Rimas perangai lelaki macam ini.. Tak nak lepaskan jelah.. Bila dah akad patutnya terima je sepenuh hati.. ini bila dah hilang baru nak menyesal..

    ReplyDelete
  5. ex come back la ni kan... nasib syafiq kyla hahah

    ReplyDelete
  6. kalau sy tgk ni mahu berbakul2 kena maki

    ReplyDelete
  7. kiranya berjaya la syafiq kyle bawa watak tu sampai org geram dgn dia kan

    ReplyDelete
  8. syafiq berjaya bawa watak sampai rasa nk maki

    ReplyDelete