Movie | Love O2O The Movie (2016)


Title : Love O2O
Another Title : One Smile is Very Alluring
Country : China
Director : Zhou Tian Yu
Screenwriter : Gu Man
Release Date : 12 August 2016
Duration : 1 hour 35 minutes
Network : Netflix
Cast : Angelababy, Jian Bo Ran, Janice Wu, Seven Tan, 
Li Xian, Li Qin, Johnny Bai


Love O2O diadaptasi dari novel yg ditulis Gu Man yg juga penulis skrip untuk filem ini. Selepas Love O2O ditayangkan di pawagam, versi drama juga mula ditayangkan pada bulan yg sama tapi menggunakan pelakon yg berbeza.

Yang Yang dan Zheng Shuang diberi peranan sebagai watak utama dalam versi drama tapi yg movie ni, watak utama dilakonkan oleh Angelababy dan Ji Boran.



Love O2O mengisahkan Bei Wei Wei, pelajar sains komputer yg suka bermain online game dengan menggunakan nickname Luwei Wei Wei. 

suatu hari, ada top player dalam server tersebut bernama Yixiao Naihe yg approach Wei Wei. dalam game tersebut ada quest yg memerlukan player jadi couple secara tak langsung boleh naikkan lagi rating player.

walaupun Wei Wei ni top 10 player tapi dia pun tak pernah jumpa player no 1 satu dalam game tersebut dan terima Yixiao Naihe sebagai suami online dia.


walaupun cuma main game bersama dan selalu sembang dalam game tersebut tanpa bersua muka, Wei Wei dah jatuh dengan Yixiao Naihe sampai roommates dia pun pelik apahal minah ni tersengih sorang diri. nak kata bercinta sibuk belajar dengan main game je.

suatu hari, Yixiao Naihe ajak Wei Wei berjumpa in real life. bila sampai di tempat yg dijanjikan, Wei Wei terkejut bila senior dia iaitu Xiao Nai yg muncul. Xiao Nai pelajar lelaki paling popular di situ, rama pelajar perempuan yg minat dengan Xiao Nai tapi seorang pun dia tak layan.


selalu bila tengok drama mesti heroin yg jatuh cinta dulu dan terkejarkan hero tapi dalam Love O2O, Xiao Nai yg jatuh cinta dahulu. bila tahu Wei Wei pun suka main game, Xiao Nai try approach Wei Wei dalam game. unik tak cara Xiao Nai ni mengorat..haha

kalau nak bandingkan antara drama dan filem, aku lebih suka versi drama sebab plot lebih banyak dikembangkan begitu juga dengan watak. dalam movie lebih fokus pada hubungan Xiao Nai dan Wei Wei dan second half pula jatuh bangun Xiao Nai nak bina kerjaya dia dengan kawan-kawannya. 

tapi dalam movie nampak lebih realistik bila Xiao Nai nak bangunkan syarikat sendiri. cgi dalam movie pun nampak lebih cantik dari drama.


bila tengok lagi sekali baru perasan Li Xian pun berlakon sekali dalam movie, sebelum ni tak pernah sedar pun kewujudan sebab ingatkan drama Go Go Squid tu, first drama dia yg aku tengok. Seven Tan  dan Janice Wu pun dah banyak pegang watak utama sekarang.

walaupun jatuh cinta dengan Yang Yang gara-gara drama Love O2O tapi aku lebih suka lakonan Ji Boran dan Angelababy sebab tak nampak kayu. chemistry pun mantap buat kita yg tengok ni rasa berbunga-bunga sekali.


ost untuk filem ni pun best juga tapi still tak boleh move on dengan ost drama yg Yang Yang nyanyi 😍

Post a Comment

13 Comments

  1. Terus masuk senarai tontonan akak lepas baca review Tiara :)

    ReplyDelete
  2. mcm senang ja jumpa jodoh ! haha tapi mmg byk juga kawan i jumpa jodoh dlm game :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dengar cerita orang macam eh senangnya jumpa jodoh tapi memang dah jodoh dia kan..haha

      Delete
  3. Ada pro dan kontra antara drama dan filem.

    ReplyDelete
  4. tak puas tgk versi movie, pendek sangat...hihi...

    ya, betul view dlm game lg cantik..esp masa depa kahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul. kalau tengak drama lepas tu tengok movie pula mesti rasa laju giler citer dia. tak puas..haha

      Delete
  5. hahhaha ni bila mood datang baru bole layan drama2 cina ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak drama china yg best. selamat menonton..hehe

      Delete
  6. Ohh lelaki yang jatuh cinta dulu ye. Kalau suka pelakonnya, mesti akan suka dengan ceritanya juga. okaylah pelakon tak kayu dan ost pun best layan.

    ReplyDelete
  7. Movie dan drama dah tengok..
    Akak lebih suka versi drama juga lebih romantis dan jalan cerita dia lebih sweet..

    ReplyDelete
  8. waa mama boleh layan citer macam ni

    ReplyDelete