Movie | Layla Majnun (2021)


Title : Layla Majnun
Country : Indonesia
Director : Monty Tiwa
Screenwriter : Alim Sudio, Monty Tiwa
Duration : 119 minutes
Release Date : 11 February 2021
Network : Netflix
Cast : Acha Sepriasa, Reza Rahadian, Baim Wong,
Uli Herdinansyah, Beby Tsabina, Natasha Rizki, Dian Nitami


Diinspirasi dari kisah legenda Layla dan Majnun, filem Layla Majnun mengisahkan Layla Mashabi (Acha Septriasa) seorang guru di Semarang dan juga penulis novel yg telah mendapat tawaran sebagai pensyarah jemputan selama dua minggu di Azerbaijan.


Sebelum berangkat, Layla telah dipinang oleh Ibnu Salam (Baim Wong) yg bakal menjadi ketua daerah di situ. ibu Layla sendiri dalam dilema untuk menolak lamaran tersebut disebabkan keluarga mereka dah banyak makan budi pada keluarga Ibnu Salam.

Layla menerima pinangan Ibnu Salam dengan dua syarat iaitu dengan membenarkan dia terus mengajar selepas berkahwin dan syarat kedua, benarkan dia pergi ke Azerbaijan.


Semasa di Azerbaijan, Layla bertemu dengan Samir Asadzadeh (Reza Rahadian) yg juga pelajarnya dan peminat setia novel Layla. Samir sebenarnya sudah jatuh cinta pada Layla dan cuba meluahkan perasaannya malangnya ditolak sebab Layla rasa timing mereka dah terlambat.

di saat Layla nekad untuk membalas cinta Samir, Ibnu Salam datang ke Azerbaijan untuk menjemput Layla pulang ke Indonesia.


Samir yg kecewa mendengar berita terus membawa diri ke gurun pasir sambil ditemani bayangan Layla. apakah pengakhiran cinta Samir?

Layla Majnun

bila ternampak trailer Layla Majnun dah excited sebab ada Reza Rahadian dan Acha Septriasa. yg best juga pasal movie ni sebab shoot kat Azerbaijan, memang cantik view dan cinematography filem ni.

seni bina bangunan yg ada di Azerbaijan tak jauh beza dengan seni bina di turki, bila tengok view cantik dalam ni terus rasa nak tengok drama turki..hehe

Layla Majnun

dari segi jalan cerita pula agak mendatar di penghujung rasa messy betul dengan scene atas jambatan, dengan samir bawa diri ke padang pasir. dah masuk tahun 2021 pun still jumpa plot macam ni memang lemau betul nak habiskan filem ni.

Post a Comment

17 Comments

  1. Dah tgk gak tp kita sempat tgk separuh je heheh

    ReplyDelete
  2. second half macam mengah nak tengok. bertahan sebab reza je hahaha

    ReplyDelete
  3. still in the list, tak tgk lagi.. aduhaii byk tul movie

    ReplyDelete
  4. selalu nampak movie ni lalu kat netflix..tapi tu la xsure nk tgk ke tak..mgkin pasni boleh tgk

    ReplyDelete
  5. Cantik Acha Septriasa bertudung 😘😘

    ReplyDelete
  6. Memang lemau pun.. hahaha.. mujurlah pemandangan dia cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan dan acting sgt cantik, itulah seribu kali sayang..haha

      Delete
  7. mesti pelakon lelaki tu antara pelakon terbaik kn..macam selalu nampak ja muka dia dekat kebanyakan drama indo..biasa nampak dekat iklan viu hehe

    ReplyDelete
  8. Ramai yang review cerita ni agak slow. Orang nak tengok mostly sebab pelakon Reza dan Acha. Suka cinematography yang cantik tapi jalan cerita tak best, tak best juga kan.

    ReplyDelete