Drama Korea | Sweet Home (2020)

Sweet Home

Title : Sweet Home
Director : Lee Eung Bok
Screenwriter : Heung So-Ri, Kim Hyung-Min, Park So-Ri
Network : Netflix
Release Date : 18 December 2020
Episodes : 10
Duration : 50 minutes
Cast : Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, Park Gyu Young, Kim Nm Hee, Go Min Si, Ko Yoon Jung, Kim Kap Soo, Kim Sang Ho


Sweet Home drama siri yg diadaptasi daripada webcomic Sweet Home mengisahkan Cha Hyun Su yg berpindah ke Green Home Apartment selepas keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 

beberapa siri kejadian aneh berlaku selepas seminggu di situ, Hyun Su mula menyedari yg dunia diancam bahaya apabila jirannya tiba-tiba bertukar menjadi makhluk pelik.


pada masa yg sama, penduduk kecoh apabila pintu keluar daripada apartment mereka dikunci. pak guard pula tak tahu menghilang kemana. bila pintu utama berjaya dibuka, masing-masing terkejut dengan kemunculan raksasa yg tunggu masa nak serang mereka di luar.

selepas terselamat daripada serangan tersebut, Lee Eun Hyuk mengarahkan mereka untuk stay di lobi apartment sebab keadaan tak selamat untuk mereka naik ke tingkat atas dan kembali ke rumah masing masing.

sebenarnya negara mereka telah diserang sejenis virus pelik, tak diketahui daripada mana puncanya dan bagaimana mangsa boleh dijangkiti. mereka yg mempunyai gejala iaitu hipotermia, hidung berdarah, pengsan dan berhalusinasi dinasihatkan kuaratin diri.

dalam Sweet Home ni, aku suka bila penulis tak terlalu higlight pada watak utama iaitu Cha Hyun Su bila banyak lagi watak menarik yg ada kisah mereka tersendiri yg buat drama ni lebih beremosi dan menyentuh perasaan .


Cha Hyun Su (Song Kang) pelajar sekolah yg lebih suka mengurung diri  dan bermain game. Hyun Su menyedari yg dirinya telah dijangkiti virus pelik tersebut lalu memilih untuk terus mengurung diri sebelum bertukar menjadi raksasa.

keputusan yg paling sukar bila Hyun Su memilih untuk keluar rumah menyelamatkan dua beradik yg tinggal di tingkat bawah berbekalkan senjata yg dibuat oleh pacik Du Sik yg o.k.u, jiran sebelah rumah.

watak Hyun Su betul-betul buat aku menangis, satu sebab dia baik sangat dan penduduk kat situ gunakan dia sebagai senjata. lagi satu bila didedahkan yg Hyun Su sebenarnya mangsa buli kat sekolah. memang kejam bila dibuli atas sebab tak munasabah dan keluarga sendiri pula tak pernah ambil kisah sampai Hyun Su decide untuk pisahkan diri dari dunia luar dan banyak kali juga fikir nak bunuh diri.


Lee Eun Hyuk (Lee Do Hyun) mengambil alih jaga bangunan dan penduduk yg terselamat bila berlakunya darurat. mula-mula watak Eun Hyuk macam pentingkan diri tapi lepas tengok beberapa episode boleh nampak yg dia sebenarnya pemimpin terbaik yg bijak. 

kadang nampak keputusan Eun Hyuk macam kejam tapi sebenarnya untuk kebaikan semua pihak. bukan senang nak merancang strategi, catu keperluan asas supaya semua penduduk dapat terus bertahan. 


Seo Yi Kyung (Lee Si Young) bekas ahli bomba unit khas yg turut membantu Eun Hyuk menjaga tingkat bawah.

Lee Si Young rasanya ramai yg tahu dia bekas atlet peninju dan sebelum ni pun dia ada berlakon watak strong woman macam ni dalam drama The Guardian so tak ada masalah sangat nak kena lawan dengan raksasa tapi still impress tengok scene fighting dia lebih hebat daripada watak lelaki.


Sang Wook (Lee Jin Wook) watak yg misteri sebab awal tu tak tahu dia ni baik ke jahat. Sang Wook bukan penghuni situ jadi kedatangannya ke situ menimbulkan tanda tanya pada penghuni yg lain ditambah pula imej dia yg gangster lagi la ramai takut.

Sang Wook ni bagi aku macam badang, kuat giler lawan musuh. beberapa kali juga aku ingat dia dah mati tapi masih lagi berjaya bertahan sampai ke penghujung. kadang aku rasa Sang Wook pun dah dijangkiti.

Sweet Home

Jung Jae Heon (Kim Nam Hee) seorang guru dan pemain pedang dan Yoon Ji Su (Park Gyu Young) pula pemuzik jalanan. mereka berdua tinggal di tingkat yg sama, dari awal wabak berlaku mereka kekal bersama, fight semua monster di tingkat atas, bertemu dengan Cha Hyunsu sebelum turun ke tingkat bawah.

Jung Jae Heon antara watak yg aku suka sebab sentiasa tenang tak kira situasi memandang dia penganut katolik yg alim. tapi sedih juga bila penulis matikan watak dia macam tu je. besar sangat pengorbanan yg dia buat tu..huhu

Sweet Home

walaupun ramai watak yg kuat, banyak juga watak yg lemah yg berharap pada watak-watak kuat ni untuk terus hidup. kerja mereka cuma tahu merungut dan pentingkan diri sendiri. drama ni nak tunjukkan tak mustahil mereka boleh terus hidup kalau bekerjasama tapi disebabkan kebodohan seorang, yg lain boleh menjadi mangsa.

betullah apa yg ditunjukan dalam drama ni, manusia itu lebih menakutkan daripada raksasa. at least kita memang dah tahu raksasa ni jahat tapi manusia pula tak boleh nak dijangka pemikiran mereka. ada yg bertindak lebih kejam daripada raksasa. kononnya nak berkawan tapi ada niat yg tersembunyi.

Sweet Home

drama ni sangat exciting dan thrilling. setiap watak yg ada sangat menarik. jalan cerita yg mantap walaupun still ada beberapa persoalan yg belum terjawab mungkin akan terhurai dalam musim kedua, itupun tak tau bilanya musim kedua. overall, penutup drama terbaik untuk aku bagi tahun 2020.

Post a Comment

8 Comments

  1. my friend suka gila cita ni..tapi i tak pernah tgk lagi..

    ReplyDelete
  2. Tgh tgk tak abis lg tp dh terbaca spoiler.. cikgu bhs korea tu mati rupanya 😭😭

    ReplyDelete
  3. mama dah tgk sampai habis cerita ni. memang best dan lain dari yang lain

    ReplyDelete
  4. Bila baca komik dia lepas tu tengok drama ini.. Memang puas hati sangat walaupun tak berapa sama.. Hopefully memang akan ada lah next seasons..

    ReplyDelete
  5. Tengok dari trailer dan poster tu boleh agak thriller. Nak tengok lah sebab ada Lee Si Young tu.

    ReplyDelete
  6. sebenanrynya tak sabar kut2 ada sseason 2 sebab ending dia tu buat mama tertunggu2 apa kan jadi

    ReplyDelete
  7. Tengok trailernya best!!! Teringin nak tengok. Tapi kat netflix 😅... Cik TK tak ada netflix huhuuu

    ReplyDelete