Review Chinese Drama | Be With You (2020)

Be With You (2020)

Title : Be With You
Network : WeTV
Aired : 19 Nov 2020 - 3 Dec 2020
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Zhang Ya Qin, Ji Xiao Bing, 
Marcus Li, Kylie Zhou, Yang Yu Tong, Xiang Hao

Be With You (2020)

Be With mengisahkan Qi Nian, kartunis muda yg naif  mengenai cinta. walaupun lukisannya dipuji cantik tapi ramai yg mengkritik jalan ceritanya. siapa yg tak geram bila scene confession sepatutnya romatik tapi dalam webtoon Qi Nian berakhir dengan hero kena smack down dengan heroin. mau pembaca tak mengamuk.

Suatu hari, Qi Nian bertemu Ji Yangxin ketika mahu memulangkan anjing lelaki tersebut yg sebut. Qi Nian jatuh cinta pada Yang Xin dan dapat idea untuk menjadikan Yang Xin sebagai sumber inspirasi watak utamanya dan cuba mendekati Yangxin untuk memahami perasan cinta.

Yang Xin bekerja sebagai arkitek dan juga pensyarah sambilan. Qi Nian berjaya mendekati Yang Xin dengan menjadi pembantu lelaki tersebut tapi menyembunyikan motif dan pekerjaan dia sebenar.

Be With You (2020)

bukan mudah nak Qi Nian nak mengorat Yangxin yg dingin, pelajar dia sendiri pun ramai yg kecewa bila cinta mereka ditolak. Qi Nian terpaksa admit yg Yangxin ni agak pelik dan lain daripada watak hero yg ditemuinya dalam komik. walaupun begitu Qi Nian tak pernah putus asa mengejar cintanya.

bila tengok drama ni memang comel je tengok Qi Nian cuba macam-macam cara nak pikat Yangxin. makin lama hari, makin banyak pula perangai pelik Yangxin yg dia nampak, sedikit sebanyak Qi Nian cuba memahami diri Yangxin.

bila tiba Yangxin berubah sikap, dari beku jadi caring dan luahkan perasaan dia, Qi Nian pula yg awkward tak tahu nak react macam mana sebab selalunya dia yg terkejarkan Yangxin.

Be With You (2020)

drama ni comel la dan kelakar bila tengok heroin mengorat heronya tapi bila Qi Nian dan Yang Xin mula bercinta macam bosan pula sebab konflik tak banyak antara mereka berdua. lagipun klise la bila hero dah jatuh cinta memang akan setia dan support habis bila heroin ditimpa masalah.

episode yg akhir-akhir tu screentime banyak dapat pada pasangan kedua dan ketiga. semua couple ni ada gap umur yg banyak antara pasangan masing-masing maybe itu tema cinta untuk Be With You. siapa yg suka drama cinta yg comel dan fluffy bolehlah try tengok Be With You di aplikasi WeTV.

Post a Comment

12 Comments

  1. citer taiwan eh ni? Macam menarik... nanti bole layan gak ni...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi layan drama chinese. Tertarik dengan kucing comel tu.

    ReplyDelete
  3. layan drama cina mainland sekrg ni...byk yg best2..

    ReplyDelete
  4. hero kena smack down dengan heroin? wah rare ni

    ReplyDelete
  5. awww sweet la cerita ni..nak kena tengok juga..tapi tu la wishlist utk movie dah panjang lebar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie dalam wishlist memang tak akan pernah habis..hahaha

      Delete
  6. masuk dlm wishlist!!! tatau la bila mampu tgk but still ! hehe

    ReplyDelete
  7. eii dah lama tak tengok chinese drama sweet mueet

    ReplyDelete
  8. suka tgk gambar tu sweet sgt dan pelakon dia wpun mama tak kenal nampak lawa2

    ReplyDelete