Movie Review | Guru-Guru Gokil (2020)

Guru-Guru Gokil

Title : Guru-Guru Gokil
Country : Indonesia
Director : Sammaria Simanjuntak
Screenwriter : Rahabi Mandra
Release Date : 17 August 2020
Network : Netflix
Duration : 1 hour 40 minutes
Cast : Gading Marten, Boris Bokir, Faradina Mufti, Dian Sastrowardoyo, 
Kevin Ardilova, Ibnu Jamil, Arswendi Nasution, Asri Welas

Gokil maksudnya gila-gila. Guru-Guru Gokil mengisahkan Taat Pribadi (Gading Marten) yg suka duit tapi paling benci dengan guru sebab ayahnya seorang guru. Taat nekad pergi ke bandar untuk mencari duit dengan melakukan pelbagai kerja.

Selepas 10 tahun, Taat masih tak dapat mengejar kemewahan terpaksa pulang ke kampung bila dah habis duit nak tampung hidup di bandar. duduk kat kampung kerja apa je yg boleh buat, buat vlog nak upload satu video dah habis data, makan modal lagi nak beli data internet.

Melalui sebuah agensi pekerjaan, Taat cuba mohon kerja krew kapal pesiaran mewah tapi nak sediakan dokumen penting pun perlukan belanja yg banyak.  Taat tak ada pilihan selain kerja sebagai guru ganti selama sebulan sementara mengumpul duit terlebih dahulu.

Guru-Guru Gokil

Taat dapat kerja sebagai guru sejarah di sekolah lamanya dan tempat yg sama juga bapanya iaitu Pak Purnama (Arswendi Nasution) mengajar. Pak Purnama dah bagi amaran jangan bikin malu namanya sebab reputasi Pak Purnama di sekolah tersebut sangat baik dan merupakan guru kesayangan pelajar.

tak adanya Taat nak dengar nasihat bapanya, dia sanggup buat apa sahaja demi wang termasuk minta guru ganti dengan guna ijazah palsu. baru kerja dah sibuk cari target nak pinjam duit. 

watak Taat ni jenis yg gila-gila dan kelakar, kadang aku terhibur kadang aku rasa annoying sebab dia macam tak sensitif dengan keadaan guru-guru dan sekolah tersebut sampai sanggup menipu orang demi duit.

Guru-Guru Gokil (

sekolah ni berada di luar bandar dan sangat daif sampai cikgu Rahayu (Faradina Mufti) yg merupakan guru matematik terpaksa jaga pentadbiran dan buat kerja lain juga sebab sekolah tak mampu nak gaji staf. guru-guru pun ada yg buat side income lain untuk tampung hidup mereka.

Taat plan nak ambil sedikit bahagian pencen bapa dia bila tahu yg cikgu Rahayu ambil duit gaji guru di bank, belum pun sempat ambil, wang tersebut dah kena rompak. kesian juga semua guru-guru sebab tak ada gaji bulan tersebut.

tak faham juga macam mana sistem gaji guru di sana tapi seriuslah bawa duit berbilion dengan sekolah tak ada sekuriti memang mengundang masalah dan besar kemungkinan ada orang dalam yg bagi maklumat sampai duit sekolah jadi sasaran perompak.

Guru-Guru Gokil

Taat tak nak kes tersebut bulat-bulat diserahkan kepada polis so dia ambil inisiatif untuk mencari pelaku sebenar dengan bantuan Nelson (Boris Bokir), Nirmala (Dian) dan Rahayu. Mereka dapat maklumat yg Pak Le, ketua gangster di kawasan tersebut mungkin dalang kepada rompakan tersebut.

Taat bersama Rahayu, Nelson dan Nirmala telah menyusun strategi rapi untuk menyerbu premis Pak Le seterusnya mengambil semula wang sekolah yg dicuri. berjaya ke tidak rancangan tersebut kenalah tengok filem ni.

Guru-Guru Gokil

jalan cerita Guru-Guru Gokil agak fresh juga sebab selalu kalau cite pasal cikgu mesti recycle pasal guru handle pelajar nakal tapi kali ini mereka terpaksa berkorban untuk dapatkan balik sumber rezeki mereka. cumanya bila jalan cerita ke arah ini nampak macam watak Taat mata duitan, semuanya benda yg dia buat sebab duit.

banyak juga scene yg best macam Taat rasa pelajarnya menjengkelkan tapi tersentuh juga bila tengok pelajar-pelajar ni menghormati guru dan menolong Taat dalam kes rompakan. ada juga part touching bila taat sembang dengan bapanya, kenapa dia benci sangat dengan kerjaya guru. dab banyak scene kelakar lagi-lagi aku tak expect Dian boleh berlakon watak komedi dengan baik.

walaupun ada kekurangan dalam Guru-Guru Gokil tapi bagi aku not bad lah untuk ditonton sebagai hiburan santai bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.

Post a Comment

12 Comments

  1. hahaha tula benci sgt jadi cikgu kan dah kena

    ReplyDelete
  2. plot dia mcm best ni, i nak tgk la ..

    ReplyDelete
  3. part bawa duit banyak satu beg simpan dekat almari sekolah tu geleng kepala lah sebab bahaya sangat. Bukan takat ramai yang tahu dekat mana, nak kopek mangga pun senang sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan..dgn security xde selamba je bawa duit banyak tu. Kita pula yg takut tengok..

      Delete
  4. menarik juga cerita dia.. dah byk juga pengajaran boleh dpt

    ReplyDelete
  5. Owh.. gokil tu gila-gila ye..
    Kemain si Taat.. tak nak jadi guru tapi tetap kena jadi guru.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemain tak suka cikgu last itu yg jadi kerjayanya 😂😂

      Delete
  6. first time dengar gokil dan tahu maksudnya hehehe

    nice movie tho!

    ReplyDelete
  7. Tengok poster dah boleh agak cerita ni kelakar dan best. Guru gila gila ni murid murid suka lah. Boleh ngam macam kawan gitu.

    ReplyDelete