Review Drama | Keluarga Baha Don (2019)

Keluarga Baha Don

Drama : Keluarga Baha Don
Produksi : Anomalous Films
Pengarah : Syed Fariz
Penulis Skrip : Fairul Nizam
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 11 Julai 2019
Episod : 10
Durasi : 30 minit
Pelakon : Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Melissa Campbell, Sabri Yunus, Namron, Razak Ahmad, Mark Adam, Alwin Wong, Othman Hafsham

Keluarga Baha Don

Keluarga Baha Don mengisahkan Jo Don (Remy Ishak) yg bekerja sebagai chef di Perancis terpaksa balik ke Malaysia selepas menerima berita kematian bapanya, Baha Don. 

Jo merancang pulang semula ke Perancis selepas habis majlis tahlil arwah bapanya sebab dia lebih sayang dengan kerjanya. tapi Jo terpaksa melupakan niatnya itu kerana telah diamanahkan untuk mewarisi perniagaan keluarga Baha Don.

wasiat Baha Don tersebut agak mengejutkan sebab selama ini Mat Don (Khir Rahman) selaku anak sulung dengan yakin yg dia akan mewarisi perniaagan Baha Don manakala Jo pula lebih berminat untuk menceburi bidang masakan.

Keluarga Baha Don

dalam wasiat tersebut juga, Jo dikenakan syarat untuk berkahwin dengan Suzi Faye (Melissa Campbell), anak kepada rakan sekutu bapanya Little Kok.

ada sebab juga kenapa Baha Don tak pilih Mat sebagai pewarisnya. Mat Don ni jenis buaya darat, lebih gemar berjoli dan menghabiskan duit keluarga tambahan pula Mama Don (Suzie Lansketer) terlebih manjakan Mat sejak kecil.

Mat mengarahkan pembantunya Angelito (Mark Adam) untuk sabotaj perkahwinan Jo tapi semuanya gagal sebab Setiausaha Hui lebih bijak.


sebenarnya susah untuk Jo penuhi permintaan bapanya, dah la terpaksa lupakan impiannya sebagai chef lepas tu kena kahwin dengan pilihan keluarga pula. padahal Jo dah ada kekasih hatinya bernama Kesuma (Jihan Muse).

Jo dan Kesuma merancang untuk melarikan diri dengan bantuan adiknya, Ucu Don (Sharifah Alesya) malangnya rancangan mereka dapat dihidu oleh Setiusaha Hui. Jo terpaksa meneruskan perkahwinannya dengan Suzy Faye.

Kesuma pula dihantar ke utara tapi selepas berjaya cari jalan pulang, Kesuma masih lagi gigih mengejar cinta Jo menyebabkannya ditangkap sekali lagi dan dihantar ke Mongolia oleh Madam Mendoza.


Selepas berkahwin, Jo dan Suzy bersetuju dengan syarat masing-masing untuk mengelakkan mereka jatuh cinta. Jo juga tekad untuk fokus pada perniagaan restoran mewah milik keluargamya, La Baha.

Jo kemudian dapat tahu yg bisnes restoran cuma luaran sahaja sebenarnya keluarga Baha Don sebenarnya sebuah oraganisasi mafia, pembekal yg dikenali Jo selama ini iaitu Little Kok, Madam Mendoza, Abe Wan Katok, Bundo Sari, Talal al-Halal dan Awang Kebas sebenarnya adalah rakan sekutu mereka.

Jo sekarang mempunyai satu cabaran besar iaitu untuk mencuci peniagaan milik Baha Don dan menyatukan rakan sekutunya yg selama ini asyik berselisih pendapat. dalam masa yg sama Jo mula jatuh dengan Suzy yg banyak membantunya selama ini.


walaupun nampak macam cerita klise dengan Jo kena kahwin paksa disebabkan wasiat tapi Keluarga Baha Don sebuah drama yg unik dan cuba membawa kelainan dari segi watak  dan jalan ceritanya yg berkisarkan sebuah keluarga mafia. lain daripada kebiasaan drama melayu yg selalu ditayangkan di tv.

setiap watak dalam drama ini mempunyai keunikan sendiri dari loghat bahasa dan pemakaian. agak meriah juga dengar pelbagai loghat dan dialek dalam drama ni. 

walaupun drama ni menarik dan kelakar untuk ditonton tapi tak sesuai untuk tayangan tv sebab awal-awal lagi diorang dah rate 18 tahun ke atas disebabkan penggunaan kata-kata kesat dan juga perkataan double meaning yg lucah.

apapun, sis terhibur melayan tengok drama ni, tak sabar nak tengok Keluarga Baha Don musim kedua yg sudah ditayangkan di VIU mulai 3 Disember 2020.

Post a Comment

7 Comments