Review Drama | The Bridge Season 2 (2020)

The Bridge Season 2

Drama : The Bridge Season 2
Pengarah : TJ Lee, Jason Chong, Zahir Omar
Siaran : Viu
Mula Tayangan : 15 Julai 2020
Episod : 10
Durasi : 50 minit
Pelakon : Bront Palarae, Rebecca Lim, Ario Bayu, Wan Hanafi Su, Andrian Pang, Fikry Ibrahim, Miller Khan, Amanda Manopo, Aida Aris, Cheryl Samad

The Bridge kembali semula dengan musim kedua yg mana setahun selepas kes Truth Terrorist, Inspektor Megat masih bersedih dengan kematian Mia lalu mengambil keputusan untuk berhenti daripada ICD Malaysia.

Pada masa yg sama berlaku satu kes pembunuhan usahawan Indonesia, Susilo Punomo dan keluarganya di atas sebuah kapal mewah di kawasan perairan Johor. tapi disebabkan ICD Malaysia tak ada pengawai yg berpengalaman, kes tersebut diserahkan kepada ICD Singapura yg diketuai Serena Teo (Rebecca Lim) dibantu Yusof (Izzat Mushtaq) dan Lyanna Mokhtar (Alicia Amin).

Serena cuba meminta maklumat peribadi Susilo Purnomo melalui ICD Indonesia tapi tak mahu pihak sana terlibat. Leftenan Heriyanto Salim (Ario Bayu) dari ICD Indonesia rasa tersinggung juga dengan Serena apabila tak dibenarkan campur tangan dengan kes yg melibatkan warganegara mereka.

The Bridge Season 2

Serena mendapati kes pembunuhan ada kaitan dengan penyeludupan dadah dan cuba menangkap suspek utama mereka iaitu Zekry, anak kepada Dato Ishak. namun serbuan mereka gagal dan menjumpai Megat di tempat kejadian.

Serena terkilan bila melihat Megat sekarang jauh berubah, yg paling mengejutkan bila tahu yg Megat telah menjadi orang kanan Dato Ishak. Serena cuba menyoal siasat Megat tapi kerana tiada bukti yg kukuh, dia tiada kuasa untuk menahan Megat.

persoalannya, adakah Megat sudah berpaling tadah daripada ICD atau ada agenda tersembunyi lain yg cuba dilakukan Megat.

The Bridge Season 2

Leftenan Heriyanto tiba-tiba muncul di ICD Singapura untuk mengambil alih kes tersebut selepas mendapat kebenaran dari pihak atasan. ini menambah ketegangan pada Serena yg bersusah payah menyiasat tapi terpaksa bekerjasama dan biarkan Heri menjadi ketua pasukan kerana pangkat Heri lagi tinggi.

Heri sebenarnya berminat dengan kes tersebut selepas abang angkatnya dibunuh menggunakan modus operasi yg sama dengan kes Purnomo. tapi Heri terpaksa menyembunyikan fakta tersebut disebabkan peraturan yg tidak membenarkan pengawai menyiasat kes yg ada kaitan dengan anggota keluarga mereka.

Serena dan Heri terdesak untuk mencari pembunuh sebenar selepas berlaku beberapa lagi kes pembunuhan yg menggunakan modus operasi yg sama. sepanjang siasat mereka cuba ada satu nama yg ada kait dengan semua mangsa iaitu Dato Ishak. malangnya mereka dihalang Lim yg merupakan orang atasan Serena daripada menahan Dato Ishak kerana tidak mempunyai bukti yg kukuh.

The Bridge Season 2

Dato Ishak (Wan Hanafi Su) sebenarnya ketua mafia yg merupakan orang kuat Red Harvest di Asia Tenggara. Dato Ishak sangat sayang dengan keluarganya sebab itu dia cuba penuhi hasrat isterinya, Ros (Aida Aris) untuk cuci tangan daripada kegiatan haram.

dari awal lagi, Dato Ishak dah warning anaknya, Zeckry (Fikry Ibrahim) supaya tidak terlibat dengan bisnes haramnya. Lion Renewal yg diuruskan Zek merupakan langkah permulaanya untuk mulakan bisnes bersih. malangnya, Dato Ishak tak sedar yg anaknya sendiri dah terlibat dengan kegiatan haram.

bermula dengan kes Purnomo, Dato Ishak makin paranoid bila seorang demi seorang kawan baiknya mati dibunuh menggunakan modus operasi yg sama. ICD syak Dato Ishak terlibat tapi Dato Ishak cuak dan tertanya-tanya siapa pembunuhnya sebab boleh jadi dia sendiri akan jadi mangsa seterusnya.

The Bridge Season 2

walaupun ramai juga watak jahat untuk musim kali ni tapi agak susah nak teka siapa pembunuh sebenarnya sebab banyak sangat konflik antara mereka. ICD sendiri ambil masa untuk jejak pembunuh sebenar. bila motif sebenar pembunuh terdedah secara perlahan boleh faham kenapa orang sekeliling Dato Ishak yg menjadi target pembunuh.

watak yg aku paling suka dalam drama ni ialah Dian, anak angkat kepada Dato Ishak yg dilakonkan oleh Amanda Manopo. watak yg kau nampak paling naif dan paling baik dalam drama ni tiba-tiba buat kejutan di penghujung drama. kejutan apa..haaa itu tak boleh bagitau nanti jadi spoiler pula.

The Bridge musim kedua ni makin menarik, plot juga makin kemas. bila tengok The Bridge ni, boleh nampak macam mana polis buat kerja, bukan ke hulur ke hilir sembang 24 jam macam Gerak Khas. patut bagi kredit team production sebab berjaya hasilkan The Bridge 2 dengan gabungan tiga buah negara.  harapnya akan ada musim ketiga dengan plot yg lebih menarik.

Post a Comment

31 Comments

  1. tudia, punya lama i forward the files u baru tgk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap kali teringat drama ni mesti tengah tengok drama lain. kena cari mood sama..hahaha

      Delete
  2. Wah.. dah seasons 2.. macam makin menarik pula drama ini ye..

    ReplyDelete
  3. cerita melayu rupanya. menarik jalan cerita dia penuh debaran

    ReplyDelete
  4. paling suka kalau nampak bront palarae yang berlakon menjadi

    ReplyDelete
  5. hmm menarik. suka genre nya tapi memang ada dekat viu ja ya? neflix takda ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni diterbitkan viu, boleh tengok kat viu je lah, netflix takde.

      Delete
  6. Wow a series which involves 3 different countries? Like you have said the production should be given credit where it is due. Thanks for the review, I wanna check it out too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka cite crime investigation & mystery boleh try tengok the Bridge :)

      Delete
  7. Musim kedua libatkan negara Indonesia pulak ea. Seaason lepas bergaduh Malaysia dengan Singapore je. Perangai Serena ni tak berubah haha nanti nak tengok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bront xde so dia cari gaduh dgn ario bayu pula kali ni..haha

      Delete
  8. Ok. Dah boleh tengok dah full episode Brigde season 1! Haha Rawlins sejenis suka tengok jika episode dah complete

    ReplyDelete
  9. Menarik juga cerita ni. Nak cari season 1 dululah..baru boleh marathon ☺️

    ReplyDelete
  10. macam menarik drama ni. bolehlah layan lepas drama skrg yg saya tengah layan ni habis. :) terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  11. Menarik jalan cerita dia. Nanti nak install viu lah nak tengok. Banyak cerita best kat viu ni.

    ReplyDelete
  12. ramai share cite ni. tak pernah tengok. macam best jugak. nanti nak tengok

    ReplyDelete
  13. Oo yang ini belum tengom lagi.. nanti boleh laaa smabung balik tengok.. tak tau plak dah keluar season2 ni, ke anak lupa nak bagitau

    ReplyDelete
  14. Dah tengok sampai episod last.. Haritu ada kat astro.. Hehehe.. Best.. Tak sangka rupanya dia jadinpengintip semua.. Last ending not bad juga la

    ReplyDelete
  15. Oo season 2 dah keluar..boleh laa layan pulak..ramai yang cakap season 2 lagi best..

    ReplyDelete
  16. I have not watched The Bridge Season 1 and 2 now that I read this, I can catch them this long weekend

    ReplyDelete
  17. Pelakon underground yang sangat berbakat. Best tengok dowang berlakon sebenarnya

    ReplyDelete
  18. I'm actually looking forward to watch this series but i need to catch the 1st season first.. :) Else I will miss out the entire story right? long weekend approaching.. i can finish them out i guess.

    ReplyDelete
  19. Alamakkita tak ada viu jadi belum pernah thk cerita ni baik musim satu atau musim 2... nampak menarik jalan ceritanya tu...

    ReplyDelete
  20. Hahaha tau takpe, Gerak Khas tu untuk budak2 sekolah rendah boleh la tengok. Siri The Bridge ni macam best je. Saya suka genre crime thriller.

    ReplyDelete
  21. Kalau baca jalan cite mcm best dah masuk season 2, yg pertama pun blm tgk

    ReplyDelete
  22. Tak tengok lagi. Lama dah peram nak tengok.

    ReplyDelete
  23. Seems like a very interesting drama, I like the plot, really exciting.

    ReplyDelete
  24. dont watch drama series for such a long time... guess i should get and watch it again.. hahaha

    ReplyDelete
  25. what a great review. this looks like such an exciting drama to watch. cant wait to add it to the list!

    ReplyDelete