Review Telefilem | Aku, Mawar & Makhluk Asing (2017)


Telemovie : Aku, Mawar & Makhluk Asing
Produksi : Playground Production
Pengarah : Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Nazri M Annuar
Siaran : Astro Citra & Mustika HD
Tayangan : 20 Mei 2017
Pelakon : Beto Kushairy, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal,
Julia Farhana, Yuyun Yuzlin

Telemovie Aku, Mawar & Makhluk Asing sebenarnya prekuel kepada Kekasih Elektrik. kalau tak tengok Kekasih Elektrik masih boleh faham jalan ceritanya sebab cerita dia tak berkaitan cuma ada watak dalam Kekasih Elektrik yg disebut dalam telemovie ni. so kalau belum tengok Kekasih Elektrik mesti asyik tertanya-tanya siapa Puspa tu.


Aku, Mawar & Makhluk Asing mengisahkan Bart Ahmad (Beto Kusyairi) yg tidak bertanggungjawab dan selalu ambil mudah semua perkara menyebabkan selalu dimarahi tunangnya Mawar (Tiz Zaqyah). bagi Mawar, Bart tak pernah serius dengan hidupnya dan juga hubungan mereka.

Suatu hari, mereka bergaduh sampai Bart tercakap tak tahan dengan perangai Mawar yg garang dan mahu memutuskan hubungan mereka. selepas itu, Mawar pulang ke rumah tapi keretanya pula rosak di tengah jalan. Mawar tiba-tiba ternampak UFO  dan kemudiannya tubuh Mawar telah diambil oleh makhluk asing.

selepas peristiwa tersebut, Mawar yg garang terus berubah jadi seorang yg lemah-lembut. Bart mula tu pelik juga dengan perangai Mawar tapi Bart suka dengan perubahan tersebut sampai perangai pemalas dia makin menjadi-jadi bila terlebih dimanjakan si Mawar alien.


peristiwa aneh dan kelakar terjadi terutama sekeli bila alien ni confius nak guna bahasa melayu Malaysia atau Indonesia sampai kena tegur dengan Bart, awat yg sehari suntuk Mawar bercakap dalam bahasa Indonesia..haha

namun begitu perubahan Mawar menjadi persoalan besar buat kawan baik Bart iaitu Bob (Anas Ridzuan) yg pelik bila tak kena marah walaupun dia buat salah. Bob cuba menyiasat apa yg jadi kepada Mawar.

apa yg terjadi bila Bob tahu identiti sebenar Mawar, adakah rahsia makhluk asing tersebut akan terbongkar pada Bart? apa tujuan sebenar makhluk asing ni datang ke bumi?

Post a Comment

9 Comments

  1. untuk beto.. cita apa pun boleh tgk :)

    ReplyDelete
  2. Pelik juga. Apa yang makhluk asing tu nak? Persoalannya kenapa ambil Mawar 🤔?

    ReplyDelete
  3. mawar tu makhluk asing ke? hahahaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mawar tu manusia tapi makhluk asing dah ambil jasad dia, itu yg perangai pelik semacam..haha

      Delete
  4. dari mana alien tu serap bahasa indonesia kalau dia land dekat malaysia? Hahaha

    ReplyDelete
  5. dua dua pelakon best. okay nak tengok lah.

    ReplyDelete
  6. my fav ni! sebab sejenis yg fanatic dengan beto! semua movie yg ade die akan tgk heheh

    ReplyDelete