Tajuk : Bikin Filem
Produksi : Empire Film Solution
Pengarah : Latiff Zami
Tarikh Tayangan : 5 November 2020
Durasi : 70 minit
Pelakon : Azhan Rani, Sherry Alhadad, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah. Zain Hamid,
Azhar Sulaiman, Mark Adam Azrel Ismail, Scha Alyahya, Erra Fazira
Bikin Filem ini baru sahaja ditayangkan di Astro First pada 5 November 2020 mengisahkan Khaty (Sherry Alhadad) bekas pelakon popular yg ingin menerbitkan filem menggunakan duit pampasan selepas bercerai dengan suaminya.
Khaty meminta Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. sepanjang pembikinan filem, pelbagai masalah yg dihadapi Rahim G dan kru produksinya.
kalau tengok trailer nampak macam gempak giler dan barisan pelakon pun semua hebat belaka. tapi tak maknanya semua itu kalau plot pun bersepah. watak utama sebenarnya Azhan Rani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah dan Sherry Alhadad yg lain tu cuma sebagai penyeri sahaja.
Bikin Filem secara ringkasnya nak tunjuk macam mana kru belakang tabir filem buat kerja dan secara tak langsung mengkritik orang dalam industri tapi rasanya macam kritik kat diri sendiri je. kononnya nak hasilkan karya agung terhebat tapi cara kerja carca marba, berkualiti ke filem yg dihasilkan Rahim G tu?
ntah la wei aku tak rasa berbaloi pun tengok Bikin Filem, rasa hampeh betul filem ni. filem macam ini antara penyebab aku malas nak tengok filem melayu.
8 Comments
tgk santai boleh la.. time drive atau time makan nasi... klu filem2 malay ni haha
ReplyDeletetime santai ni i lagi suka layan drama luar drpd tengok filem melayu..haha
DeleteAlamak.. bila caca marba memang tak bestlah nak tengok..
ReplyDeleteciter ni spatutnya buat telemovie je kak sha. tak patut dijadikan filem..
Deletehuuurmmm promosi kena gempak.. itula content kena sama naik kan.. baru orang yang tngk rasa puas spend masa tngk..
ReplyDeletebetul..walaupun citer dia pendek rasa tak berbaloi tengok..
DeleteTu lah, cerita dia macam sampai tak sampai hahaha
ReplyDeletekalau sherry berlakon kompem best ni
ReplyDelete