Review Drama Korea | Rugal (2020)


Title : Rugal
Director : Kang Cheol Woo
Screenwriter : Do Hyun
Network : OCN/Netflix
Aired : 28 March 2020
Episodes : 16
Duration :  65 minutes
Cast : Choi Jin Hyuk, Park Sung Woong, Jo Dong Hyuk, Jung Hye In,
Park Sung Ho, Kim Min Sang


Kang Gi Beom seorang anggota polis yg dituduh membunuh isterinya lalu menikam matanya sendiri. kes dia mendapat perhatian netizen yg marah dan mempersoalkan kenapa seorang anggota polis tergamak buat benda macam tu. 

Gi Beom sebenarnya diserang oleh geng Argos pada malam tersebut malangnya tak ada seorang pun yg percaya. Gi Beom dihukum penjara dan tidak dapat membersihkan nama baiknya.

selepas beberapa bulan di penjara, Gi Beom berjaya melarikan diri dan masuk satu organisasi rahsia yg bernama Rugal. Gi Beom dapat melihat semula dengan bantuan mata artifial yg mempunyai teknologi yg canggih.


Rugal sebuah organisasi rahsia yg ditubuhkan untuk menjatuhkan Argos Group yg diketuai oleh Chief Choi dan juga team Dr Oh yg banyak mencipta teknologi yg tinggi seperti eye artificial. member Rugal pula terdiri daripada Mina (junior Gi Beom), Han Tae Woong (bekas gengster) dan juga Gwang Chul. 

mereka ini ada sejarah hitam dengan geng Argos tapi berjaya diselamatkan oleh Dr Oh dan dipasangkan artifial organ dalam badan mereka. kiranya tanpa teknologi daripada Rugal mungkin mereka dah lama mati.


penjahatnya pula this ahjushi yg memegang watak Hwang Deuk Goo, orang kanan ketua Argos. ketua Argos merasakan Hwang Deok Goo satu ancaman jadi dia arahkan orang untuk bunuh Hwang Deok Goo. yg bodohnya takkan ketua sendiri tak tahu kekuatan orang bawah dia sebab Hwang Deok Goo ni kuat giler kot. last sekali Hwang Deok Goo yg bunuh ketua dia sendiri.

bila ketuanya mati, Hwang Deok Goo tak ada masalah nak control Argos walaupun tahu puak dalam Argos bukan suka dia sangat. tapi itu bukan masalah besar pun sebab Hwang Deok Goo ni kuat kot, bukan dia heran sangat.

Hwang Deok Goo berminat nak cipta human weapon so dia tubuhkan satu team dan banyak yg nyawa tak bersalah terkorban sebab experiment bodoh dia. 


first impression drama ni memang gempak sangat. konsep drama Rugal ni sangat menarik dan best. aku suka setiap character dalam team Rugal iaitu Kang Gi Beom, Mina, Han Tae Woong dan Gwang Chul yg unik dan ada kekuatan tersendiri. tapi adakah drama ni berbaloi untuk ditonton? jawapannya TIDAK!

plot di awal drama sangat menarik tapi lepas tu terus flop. jalan cerita dia agak confuse dan plot asyik dok ulang benda yg sama je macam tak ada arah tuju. macam tu juga dengan dialog dia, bosan giler.

watak dalam drama ni sangat menarik tapi tak dikembangkan langsung. penulis lagi suka fokus pada watak Kang Gi Beom yg kononnya teknologi dialah paling terhebat so apa function team Rugal yg lain kalau hero nak jadi hero.


banyak benda yg tak diberi perincian sangat macam Argos Group, aku sendiri tak tahu apa aktiviti sebenar puak ni yg kebal sangat sampai pihak polis tak boleh berkas mereka. yg aku tak faham juga macam mana Hwang Deok Goo tahu pasal human weapon dan kenapa tiba-tiba dia berminat sangat nak explore bidang ni.

drama ni banyak sangat tunjuk pasal terrorism lepas tu muncullah team Rugal yg ala-ala power rangers datang menegakkan keadilan. aish kartun betul drama ni. aku tengok drama ni sampai episode 10 lepas tu terus lompat tengok last episode. memang ada plot twist tapi aku dah malas nak ambil tahu motif dia.

Post a Comment

37 Comments

  1. Banyak drama Choi Jin Hyuk oppa tahun ni.. sampai tak terkejar dah saya. Ahaha, nice review, Tiara.. Teruja saya baca ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat lagi nak usha drama dia yg lain..hehe

      Delete
  2. kalau setengah drama mmg diorg awal2 best...last2 macam bosan je.. eheh.. kalau drama berepisod tu beter buat gempak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama korea macam itu, kalau awal best ending mesti kureng. kalau awal bosan ending maybe gempak.hehe

      Delete
  3. Last time obsessed K-drama adalah 2004 Full House. Byk drama movi 'canggih' ciptaan korea lately. Mostly nak kan kita berfikir secara deep n out of the box. Lihat saja Rugal, penonton boleh jadi confused. Tapi klau ada chance madam nak tengok gak halfway. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la madam..mungkin teknologi dia terlalu advanced untuk tahun 2020 ni..haha

      Delete
  4. Baru ada semangat nak tengok sekali baca review macam kartun. Hurm. Takpe la. Layan time bosan-bosan ok kot kan?

    ReplyDelete
  5. drama yang tak ada arah tuju ni, geram ja bila tonton kan

    ReplyDelete
  6. dah slow follow kdrama, maybe tanda2 penuaan, dah tak lalu nak tengok drama berjam2 haha. tapi ada nampak drama ni kawan review haritu, macam menarik je

    ReplyDelete
  7. Alaa baru nak tengok tapi last-last bosan. Selalu drama best mula-mula aje macam ni

    ReplyDelete
  8. alamak. maknanya tak berbaloi ke tengok? saya suka drama thriller dan aksi macam ni tapi itulah, kadang-kadang pun kecewa sbb ada yang slow dan agak cacamarba plot dia. tapi nampak senarai pelakon bukan calang-calang tu. mesti dari segi lakonan mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi drama thriller OCN yg lagi best, boleh skip je yg ni dan cari drama lain..hehe

      Delete
  9. HAHAHAHAHA baca review part awal tu macam dah syok dah sekali part bawah dah kecewa habis. Cancel terus niat nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam itu juga my feeling. tengok episode awal dah excited giler sekali kat belakang tu kecewa habis.

      Delete
  10. hahahaha~ ala ala Power Rengers.. tapi niche / genre cam ni memang akak suka.. tembak tembak, bunuh bunuh, plot twist.. nanti lah ada masa sket nanti akak tengok plak dan buat review style akak..

    ReplyDelete
  11. dah lama tak layan drama korea ni. nampak macam best jugak drama ni. bolehlah nnti cari waktu terluang. :)

    ReplyDelete
  12. Kita jarang tonton Kdrama tapi anak bujang kita minat sangat drama ala penyiasatan. Nanti nak kasitau dia kdrama ni..

    ReplyDelete
  13. Mula baca tajuk je Sis nak gelak sebab anak ada tengok, dia asyiklah membebel pasal cite ni, sekali baca ayat Tiara yang bawa tu hahaha lagi gelak sebab sama le macam anak cakap, macam cite katun hahahaha

    ReplyDelete
  14. I heard about this korean drama but dont have to time to watch yet coz nowaday my workload getting more.

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak tengok citer korea.Sebab bila dah tengok, mesti banyak kerja tertangguh hehehe. so kita baca ajelah review dari tiara :)

    ReplyDelete
  16. Oppa bestnya cerita ni. Walaupun sekarang takde masa nak tengok korean drama, tapi baca review ni pun dah rasa macam menarik sangat. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  17. Lama giler tak tengok drama Korea dah... Macam best jalan cerita dia tapi part jump to final episode ni, that so me juga hahaha...

    ReplyDelete
  18. I have watched this but unfortunately it does not live up to its hype and name. Still it is not too bad.

    ReplyDelete
  19. Oh nice, another K movie Rugal for me to watch at home now. Thanks for recommendation ya

    ReplyDelete
  20. Cite ni mmg best kak dah tgk jln cite mmg bagus

    ReplyDelete
  21. saya dah tengok . memang bestt sangatttt 🤩

    ReplyDelete
  22. lama x layan korea... hehe nanti bebila free nak layan 1,2 cerita korea balik lah

    ReplyDelete
  23. lama xlayan korea..tp kak shida selalunya akan tnya husben dulu..cite korea yg mana best dan xbest..sbb husben kaki cite korea hahaha

    ReplyDelete
  24. Akak tengok iklan drama siri ni. Nak tengok, tak tengok-tengok kat Netflix. Nanti nak tengok malam ni. Tunggu semua episod selesai baru akak tengok.

    ReplyDelete
  25. Ada tgk cerita ni. Rasanya dalam 2 or 3 episode je pastu stop sebab rasa macam jalan cerita dia slow. Huhu

    ReplyDelete
  26. Banyak sgt dh cite korea ni smpi tak terikut dah.. Hahha i skang tgk cite tamil je plak..

    ReplyDelete
  27. baru baca sinpsis dah berdebar ni kalau tgk cerita maunya terjerit2 saspen

    ReplyDelete
  28. Tengok sebab suka watak hero dengan penjahat tu hehehe..

    ReplyDelete
  29. nanti nak layan juga cerita ni pasal ada park sung woong.
    menyampah dgn dia dlaam filem the great battle, haha.
    tapi tersuka time layan drama Remember tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni best bila bawa watak komedi, saya suka tengok dia dalam drama Life On Mars :)

      Delete