Drama Thailand | So Wayree (2020)


Title : So Wayree
Another Title : Chance of Vengeance
Network : Channel 7
Aired : 14 August 2020 - 13 September 2020
Episodes : 15
Duration : 1 hour 35 minutes
Cast : Kem Hussawee, Mookda Narinrak, Mint Baramita, Boss Chanakan,
Am Pheerawas, Gookgiik Kochakorn


So Wayree mengisahkan Paramitha yg menyambut Ladies Night sebelum dia berangkat ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Mitha tak tahu yg kawannya Pam telah masukkan dadah ke dalam minumannya. Mitha terkejut bila dia bersama lelaki dalam bilik hotel selepas tersedar keesokan harinya.

Mitha tidak memberitahu kepada sesiapa tentang hal tersebut dan terus fly ke luar negara. Mitha tertekan dan hampir bunuh diri bila dapat tahu dia mengandung nasib baik ada Aunty Maew yg banyak beri semangat kepada Mitha sehingga dia melahirkan sepasang kembar, Nick dan Nina.

Aunty Maew memberitahu ibu bapa Mitha yg dia mengambil Nina dan Nick sebagai anak angkat. tiada siapa yg syak dengan status Nick dan Nina apabila melihat Mitha sangat rapat dengan kembar tersebut. perkara itu menjadi rahsia Mitha dan Aunt Maew.


Selepas lima tahun, Mitha pulang ke Thailand bersama Nick dan Nina dan bekerja di syarikat ayahnya. Mitha terkejut dapat tahu Parin yg bekerja di syarikat pesaing mereka merupakan orang yg bertanggungjawab ke atas dirinya lima tahun yg lepas.

Parin rasa bersalah juga apa yg dia buat kepada Mitha dulu dan cuba cari Mitha untuk minta maaf sampai lima tahun baru jumpa balik. Parin ingatkan Mitha boleh terima dia tapi tak sangka Mitha masih berdendam dan guna taktik kotor untuk curi maklumat tender syarikat dia.

Parin cuba siasat apa yg terjadi pada Mitha malam tu, dia tanya si Pam sampai kesudah perempuan ni tak mengaku. bila soal Mitha pula, Mitha mengamuk tak nak ingat malam tu. Parin jadi buntu nak siasat hal sebenar dan dia pun tak tahu yg dia ada anak dengan Mitha.


watak jahat dalam drama memang  annoying giler. si Pam ni cemburu dengan Mitha sebab Mitha anak orang kaya dan senang je nak capai sesuatu tapi dia terpaksa bekerja keras. selepas lima tahun, Pam menjadi pelakon terkenal di Thailand dalam masa yg sama bercinta dengan Chen, anak kepada majikan Parin.

Pam sebenarnya bukan ikhlas sangat bercinta dengan Chen sebab dalam masa yg sama dia jadi perempuan simpanan lelaki kaya. Pam ni memang licik giler lagi-lagi bab nak jatuhkan Mithra.

Dr Traitot pun perangai dua kali lima juga bersubahat dengan Pam padahal dia orang kepercayaan bapa Mithra. tapi disebabkan terdesak nak bayar hutang boyfriend dia, Dr Traitot sanggup khianat bapa Mithra. geli scene gay traitor ni.


my favourite watak ialah Gaweena, kawan terbaik Mitha. Na ni sangat sempoi dan low profile. kalau tengok penampilan memang tak sangka dia ni anak orang kaya. bila Mitha cuba larikan diri daripada semua orang dan rahsiakan kandungannya, Na sanggup fly ke luar negara. bila tahu Mitha kena khianat, teruk juga Pam kena Na. best ada kawan macam ni tau. 

Chen pula anak emak, perangai pun agak spoilt juga. aku tak suka juga si Chen ni sebab asyik memberontak, bila dengan Pam macam bodoh pula percaya je apa yg Pam cakap. tapi bila Chen berkawan dengan Pam baru nampak dia happy giler dan bijak sikit berfikir. scene diorang yg paling best dalam drama ni.


kalau sebut slap and kiss lakorn mesti watak hero sangat hipokrit, heroin pula degil. watak jahat pula licik tak reti nak bertaubat. jalan cerita absurd giler. aku terjebak dengan drama bila nampak group lakorn rajin sangat update pasal drama So Wayree tapi bila tengok first episode terus menyampah dengan watak hero tapi still layan juga sampai habis dengan speed yg pantas..hahaha

Post a Comment

8 Comments

  1. tak ada apa yg sakit selain kena betrayed by org yg we trust kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sakit hati sangat sebab kawan tu jenis annoying. naik menyampah lagi ada la..haha

      Delete
  2. Baca review TS best.. Lama tak tengok movie macam ni, kena tekun movie marathon suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih LZ :)
      nak maraton drama ni kena cari masa sikit..hehe

      Delete
  3. baca review ni mcm tgh tgk movienya la tiara.. terbaekk

    ReplyDelete
  4. Dah boleh bayangkan la cerita ni. Mesti best!

    ReplyDelete
  5. Nak try tengok lah tapi malas pula nak tengok sebab tipikal Thai Lakorn.

    ReplyDelete