Luluh (TV3) | Review Telefilem

Luluh (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Luluh
Produksi : P&D Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Pali Yahya
Saluran : Cerekarama TV3
Tarikh Tayangan : 22 Ogos 2020
Pelakon : Aeril Zafril, Izzue Islam, Nad Zainal, Ummi Nazeera

Luluh (TV3) | Review Telefilem

Telefilem Luluh mengisahkan Farhan (Aeril Zafril) yg pulang ke kampung semasa cuti semester untuk bertunang dengan Khairina (Nad Zainal), gadis pilihan ayahnya. namun tidak lama selepas majlis pertunangan mereka, ayah Farhan meninggal dunia terjatuh daripada bot semasa keluar ke laut.

Farhan membuat keputusan untuk berhenti belajar dan mengambil tempat ayahnya untuk menjaga ibunya dan menanggung kos yuran pengajian adiknya iaitu Syakir (Izzue Islam) yg telah mendapat tawaran ke universiti.

Farhan bagi alasan berhenti belajar sebab gagal satu kertas padahal result gempak kot. Syakir pula dapat belajar satu universiti dan satu course dengan Khairina. tak pasti Syakir dan Khairina ni sebaya ke tidak sebab macam penulis tak mention pun or maybe aku yg tak perasan.

Luluh (TV3) | Review Telefilem

selama Khairina belajar sampailah bekerja, Farhan sanggup menunggu dan beri laluan pada Ina mengejar cita-citanya. tapi putus juga akhirnya disebabkan Ina dah banyak berubah dan mereka berselisih pendapat disebabkan soal duit.

sebenarnnya baik Farhan mahupun keluarga Ina tidak tahu sepanjang pengajian, Ina dan Syakir sangat rapat sampai mereka pernah terlanjur. selepas Ina putus tunang, Syakir dan Ina buat keputusan untuk berkahwin secara senyap tanpa beritahu keluarga di kampung.  Ina pula anak yatim yg tinggal dengan nenek dan adiknya Suri jadi tak ada masalah untuk Ina berkahwin.

Syakir dan Ina tidak pulang ke kampung untuk mengelak dirinya yg sedang mengandung diketahui keluarga di kampung. yg paling teruk, Ina tukar nombor telefon sebab tak nak berhubung dengan nenek dan adiknya.

Luluh (TV3) | Review Telefilem

orang cakap bila berkahwin tanpa restu keluarga hidup tak berkat so itulah yg terjadi pada Khairina dan Syakir. selama ini ada kerja bagus, rumah dan kereta mewah tiba-tiba mereka hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. time itulah baru nak sedar dengan kesilapan yg mereka dah buat.

telefilem Luluh ni walaupun dah boleh teka jalan cerita dia tapi best juga layan sebab pelakon dia memang best dan banyak pengajaran dalam Luluh. Aeril Zafril kalau watak macam ni mahu nangis juga tengok dia berlakon kena naya dengan adik sendiri. tapi ending dia memang sedih la..huhu

yg tak best layan drama ni di youtube, lagu dan muzik latar semua dah kena mute rasa macam tengok drama bisu pun ada bila part sendu tu..adoi! hahaha

Post a Comment

12 Comments

  1. this telemovie is on my list.. i jumpa online, tapi tak tgk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best pelakon dia tapi kalau tengok di youtube takde background music, so tak boleh nak fefeeling sgt tengok kat situ :(

      Delete
    2. i kan..syusshhh download from telegram hahaha

      Delete
    3. selalu lakorn je i cari kat situ. drama melayu tak rajin nak mencari, asal ada kat youtube tengok je lah..haha

      Delete
  2. HAHAHAHAHA part lagu mute tu heyyy geram je. Kalau tengok dekat youtube tv3 tak boleh nak feel sebab bgm antara faktor scene tu menjadi. Nanti nak try tengok lah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila mute dah jadi macam scene kelakar pula..haha

      Delete
  3. ahhh rindunya nak tengok aeril zafril berlakon... dah lama gila tak tengok cerita melayu... tv sejak start duduk asrama dulu memang tak tengok dah terbawa smpai sekarang... nak tengok dekat youtube ke web lain memang geram la sebab mostly akan ada audio yang mute ugh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..itu yg kadang malas nak tengok kat youtube.

      Delete
  4. Wah.. wah.. cantiknya.. simple and nice..
    Tu masalah bila tengok dekat youtube.. tiba tiba je dia bisu.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat part bisu tu, saya terus skip je, nak feeling pun dah tak boleh..haha

      Delete
  5. ritu nak tengok kat tv3. terlupa la pulak.. haha

    ReplyDelete