
Drama : Bidadari Kiriman Tuhan
Produksi : Opera Klasik
Pengarah : Rashid Sibir
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 25 Ogos 2020
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episode : 26
Pelakon : Mira Filzah, Zul Ariffin, Maisara Sufia, Ruminah Sidek,
Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Adlin Arman Ramlie
Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan dua pasangan kembar lakonan Mira Filzah iaitu Manis dan Manja si gadis lembam. Manis bekerja sebagai guru tabika dan cuba meringankan beban ibunya yg menjual nasi lemak serta menjaga Manja dan nenek mereka yg sedang sakit.
Manis telah lama menjalinkan hubungan dengan cikgu Yusuf (Zul Ariffin) dan mereka merancang untuk berkahwin dalam masa terekat. masalah bila Manja yg terlalu rapat dengan Manis tiba-tiba tidak setuju Manis berkahwin kerana takut tiada siapa yg menjaganya.
bila cakap anak istimewa ni pemikiran mereka sangat simple sebab tu Manja tak ada masalah terima hubungan Manis dan Yusuf pada awalnya melainkan ada orang yg menghasut sampai Manja rasa insecure takut Manis nak berpisah dengannya.
Suria pula dah lama menaruh perasaan pada cikgu Yusuf tanpa segan silu beritahu semua orang yg Yusuf tu cinta hatinya. padahal Yusuf langsung tak layan siap bagi warning pada Suria jangan nak melebih dan kacau hubungannya dengan Manis. Suria cari jalan untuk pisahkan Manis dengan Yusuf termasuk menghasut Manja.
dah tahun 2020 masih lagi ada watak macam ni dalam drama melayu. annoying giler dengan watak Suria dalam Bidadari Kiriman Tuhan, macam tak ada life pula sibuk terkejar-kejar lelaki. aku tak tau Suria ni hidup zaman bila, kalau dah bosan sangat pergi beli handphone, jadi instafemes ke apa daripada catwalk kebaya dengan bulu mata palsu tu satu kampung semata-mata nak menyibuk hal orang.
Yusuf dah pergi merisik sendiri dengan keluarga Manis dan beritahu hasrat hatinya so tak ada masalah untuk Yusuf sebab nenek dan emak Manis memang dah lama berkenan dan merestui hubungan Yusuf dan Manis.
bila masuk cuti sekolah, Yusuf pulang ke kampung untuk berjumpa ibunyanya dan membawa rombongannya ke rumah Manis. tapi sejak pulang ke kampung, Yusuf pelik apabila langsung tak dapat menghubungi Manis sehingga mendapat khabar yg mengecewakan daripada kawannya.
Mak Som (Fauziah Nawi) berkenan untuk jadikan Manis sebagai menantunya untuk anaknya Iqram (Adlin Arman Ramli). walaupun ramai dah tahu hubungan Manis dan Yusuf tapi Suria ni confident je cakap kat Mak Som yg Manis tu belum berpunya. Mak Som pun terus pergi merisik Manis.
yg aku tak faham kenapa mak dan nenek Manis tak nak berterus terang bagitahu mereka tengah tunggu rombongan Yusuf. iyelah tahu Mak Som ni banyak tolong keluarga mereka tapi takkanlah sebab terhutang budi, sanggup gadaikan kebahagian anak sendiri.
watak Iqram ni macam ada something wrong sebab cara dia bercakap dengan Mak Som kasar kemain siap bagi warning jangan buka kisah masa lampau dia. rahsia apakah itu?
tengok promo Bidadari Kiriman Tuhan di tv macam best drama sebab first time tengok Mira Filzah bawa dua watak sebagai kembar tapi bila marathon empat episode ni rasa slow juga. ost dengan background music rasa macam tak kena sangat.
lagu Siti Nurhaliza tu aku pun suka juga layan dulu tapi dalam drama ni rasa macam old school sangat kecuali kalau dirakam semula khas untuk drama ni. part yg sweet cubalah cari muzik latar yg terbaru yg nampak catchy dan sweet sikit, ini rasa macam sendu giler. itu belum masuk scene sedih lagi.
bila sebut nama Rashid Sibir rasanya drama ni drama air mata, tengok promo minggu depan dalam Bidadari Kiriman Tuhan macam makin sedih je. tapi satu je nak cakap tengok scene Fauziah Nawi dan Adlie Arman Ramlie lagi best daripada tengok pelakon utama berlakon.
10 Comments
haila zul ariffin... nak tgk dia berlakon kena pujuk hati moga tak jealous hahaha
ReplyDeletemy mom dok tgk cita ni
minat ke dengan dia? i layan first week punya episode je. kalau best terus follow tapi tengok zul ariffin dalam drama ni hurmm..malaslah..haha
Deletesuka tapi tak la suka sampai nak fangirl..cuma suka sbb dia pandai berlakon and bersahaja.... sbb dia tak focus romantic drama ja heheeh
DeleteAlahai.. drama sedih nie kurang nak masuk..
ReplyDeletebiasalah drama rashid sibir..
Deletedrama rashid sibir kalau tak nangis sampai abis air mata mmg tak sah. huhu.
ReplyDeleteDone follow blog akak. GV ingatkan dah follow sebelum ini. huhu.
ReplyDeleteGV memang dah follow blog akak tapi ini blog kedua, baru buat ..jgn confius..hehe
DeleteAntara drama yang dijangka hits tahun ni. Lagi2 sebab pelakon dia MF dan ZA. Kak ana pun join tgk juga sebenarnya. Hehe
ReplyDeleteWatak Adlin tu mmg something wrong. Tgk ep 7 pelik tgk dia beria sungguh surh manis kerja padahal blh je surh manis tu yg urus anak dia. Saya rsa dia ni haruan makan anak. Ptt la slu tdur dgn anak dia & beria surh manis kerjaa huwaaaaaaa ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete