Tajuk : Mon Amour, Tuan Arman Harith
Penulis : Cik Mardiah
Mukasurat : 362
Penerbit : AHA Publication
Terbitan : Mei 2026
Mengisahkan Jazleen Amaya seorang pereka kasut dan instafamous terkenal yang menetap di Perancis bersama ibunya, Madam Elise. Suatu hari, Jazleen terpalit dengan kontroversi isu plagiat dan dikatakan menganggu rumah tangga seorang vip terkenal di sana.
Atas saranan kawan baiknya, Jazleen balik ke Malaysia sehingga keadaan reda dan dia pilih untuk bertenang di Langkawi malangnya homestay yang ditempahnya sudah tidak beroperasi kebetulan dia bertemu Puan Salbiah, orang kampung situ. kesian dengan Jazleen, Puan Salbiah menawarkan Jazleen untuk tinggal di rumahnya.
Dan ini membawa perkenalan Jazlen dengan anak lelaki Puan Salbiah, Tuan Arman Harith seorang juruterbang helikopter TUDM.
Jazleen ni ada konflik dengan bapanya, Dato Jawhar. Dia balik Malaysia pun tak bagitau bapa dia tapi last sekali bapa dia tahu juga dia berada di Langkawi. Dato Jawhar bagi psyarat pada Jazleen untuk berkahwin dengan calon menantu pilihannya atau Jazleen tak boleh balik semula ke Paris.
apa pilihan yang Jazleen ada?, dia tak nak kahwin dengan calon suami bapanya tapi kalau tak kahwin dia tak boleh balik Paris so dia buat kerja gila pergi ajak Arman kahwin.
Bagi aku, jalan cerita novel ni sangat menarik. kisah cinta Arman dan Jazleen sangat comel sebab masing-masing tak ada perasaan tapi terikat dengan hubungan suami isteri. Mereka saling belajar untuk menyesuaikan diri dan akhirnya saling jatuh cinta.
kisah hidup Jazleen ni sebenarnya agak kesian sebab kena tikam dengan orang paling dia sayang dan percaya, syarikat yang dia bina dengan titik peluh sendiri hampir musnah tapi Jazleen berjaya bangkit untuk bina semula kerjaya dia. at the end baru dia tahu siapa sebenarnya yang betul-betul ikhlas dengan dirinya.
“Kurang ajar betul! Berani ya kau pecah masuk rumah orang?! Apa miskin kedana sangat ke hidup kau ni sampai nak kena mencuri?” – Jazleen.“Lahawlawalaquwwataillabillah…” – Arman.Salah faham yang memalukan! Namun, tanpa mereka tahu salah faham yang memalukan itu menjadi satu titik permulaan untuk sebuah kisah cinta yang tidak pernah tersenarai dalam perancangan hidup mereka.Beberapa bulan selepas mereka berpisah membawa haluan masing-masing, takdir kembali mempertemukan mereka semula dalam versi yang berbeza. Satu ruang yang sunyi dalam hati mula mencari penghuninya.“It was an honour to work with you, lieutenant commander,” – JazleenBagi Jazleen, Arman itu lelaki yang tenangnya luar biasa.Bagi Arman pula, Jazleen itu perempuan yang menghuru-harakan jiwa.“What are you doing, Tuan Arman?” – Jazleen.“Just making sure this princess doesn’t get burnt,” – Arman.Di saat Jazleen sedang berjuang dengan luka dan kecewa yang belum sembuh, ada Arman yang sentiasa di sisi. Dan di saat satu kebenaran pahit yang menyakitkan terungkap, Arman tidak pernah tinggalkan Jazleen sendiri.



0 Comments